Monday, 6 July 2015

Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dh 5 tahun di alam perkahwinan. kata orang, 5 tahun perkahwinan ni adalah fasa pertama dlm kehidupan berumahtangga. kalau lepas tempoh ni dengan jayanya (of course, after a lot of ups and downs -nanges je keje huhuh), in sha Allah akan berkekalan lah ikatan yang dibina.

Bukan untuk dibangga-banggakan, cuma nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada insan-insan yang banyak berkorban dan bersusah payah untuk menyatukan kami; famili ku, terutama Ma dan Abah dan juga famili suami, terutama kepada kakak iparku Kak Salwa (kakak sulung suami) yang mewakili mak dan abah yg sudah kembali ke rahmatullah sewaktu aku mengenali suami (mohon sedekahkan al-Fatihah kepada mereka).

Alhamdulillah, dalam 5 tahun ni, kami dikurniakan 2 orang cahayamata, dua-dua perempuan. kerenahnya, biasalah...budak-budak. tapi, memang betul-betul menguji kesabaran si ibu ni. Salute kepada ibu-ibu di luar sana yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak hinggalah dewasa.

Bagi yang belum berkahwin, harus diingatkan di sini, perkahwinan ni bukanlah pengakhiran sebuah cerita, tapi baru sahaja membuka lembaran muka surat iv.  Dengan perkahwinan ni, satu tanggungjawab yang besar tersedia di atas bahu-bahu kita; kedua-dua suami dan isteri. Anggaplah ia sebuah pelayaran di lautan yang luas. adakala lautan tenang, dan adakala lautan tu bergelora, malah mengganas. Adakah kita boleh mengawal lautan? tidak kan... Jadi, apa yang kita mampu buat adalah belajar macam mana nak menghadapi ketenangan dan kegeloraan lautan tu. Peranan kedua-dua suami isteri sama-sama penting, tetapi dalam sesebuah organisasi yang berjaya (dalam cerita ni, pelayaran. dalam kehidupan sebenar, adalah perkahwinan kamu), cuma ada SATU yang mengetuai, menakhodai, mengepalai. Ketua, nakhoda atau kepala ini lah yang layak selayaknya dalam membuat keputusan dalam apa jua urusan, selagi tidak mensyirikkan ALLAH dan menyalahi syariat agama. Jadi, untuk mengetuai, menakhodai dan mengepalai, sang suami haruslah menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi. bukan ilmu agama sahaja, tapi bermacam-macam ilmu yang pasti akan digunakan dalam menempuh perjalanan nanti; antaranya ilmu psikologi, ilmu teknologi maklumat, ilmu kira-kira, ilmu masak-memasak (jangan ingat perempuan je kena belajar masak ye wahai kaum adam), ilmu keibubapaan, ilmu alam dan manusia, ilmu pertukangan, ilmu kemahiran hidup, dan banyak lagi. Tapi jangan risau, bukannya perlu kuasai semua ilmu baru boleh kahwin, ada yang boleh belajar bersama-sama bila dah kahwin...lagi seronok rasanya. Belajar kan tiada batasan masa, usia dan tempat. Jadi, kepada yang belum berkahwin, banyakkan berdoa di samping menuntut ilmu-ilmu yang disebut di atas tu. Belajar tu usaha, doa pun usaha. Cuba doa ni:

"Ya Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah kumohon apa yang telah Kau taqdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaan-Mu"
 -Dipetik daripada lagu Doa Seorang Kekasih, In-Team

Bagi yang sudah berkahwin pula, tahniah diucapkan. Ada yang baru selamat diijabqobulkan, ada yang sudah melepasi fasa pertama (macam diriku), ada yang sudah berbelas-belas tahun malah berpuluh-puluh tahun menyemai kasih sayang dan amanah dalam perkahwinan. Syabas dan tahniah sekali lagi. Sekarang kita semua dah tahu selok-belok sebuah perkahwinan. Banyak yang kita belajar tentang pasangan kita (yang sebelum kahwin tu, baru tahu 10% je), kita belajar tentang keluarga baru pasangan kita yang semestinya berbeza cara hidup dan pendekatan, malah kadang-kadang pendirian (tak kan ada orang yang sama sebiji macam kita, atau famili kita, atau ayah kita. even kembar pun tak sama, inikan pula kalau berbeza negeri dan negara), kita belajar tentang kehidupan, kita belajar tentang hati, kita belajar tentang tanggungjawab, kita belajar tentang tolak ansur, kita belajar tentang memberi, dan masih lagi belajar.. Semoga kita semua diberi kekuatan, kesabaran dan kewarasan untuk melayari bahtera perkahwinan sehingga ke hujung nyawa. Selalulah amalkan doa ni lepas solat:


[ ربنا هب لنا من ازواجنا و ذرياتنا قرة اعين، واجعلنا للمتقين إماما ]
 Baca: Robbana hablana min azwaajina wazurriyyaatina qurrotaa'yun, waja'lna lilmuttaqii naimaama.
Terjemahan: Ya Tuhan kami, Engkau kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat-zuriat yang menyejukkan mata memandang, dan jadikanlan kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...