Sunday 16 August 2020

KENALI SAYA

 

Selamat datang ke laman virtual saya! Terima kasih kerana melawat :)

Laman ini adalah medium untuk saya berkongsi aktiviti saya bersama keluarga, hobi saya, karier saya, dan juga lain-lain perkongsian. Saya mula berblog sejak tahun 2011, di mana saya banyak berkongsi tentang keluarga kecil saya.

Kemudian, pada tahun 2012, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai engineer dan menyambung pengajian peringkat PhD secara sepenuh masa. Saya melapor diri di Universiti Teknologi Malaysia (Jalan Semarak) dalam PhD in Mechanical Engineering pada Februari 2012. Bermula dari sini, saya banyak berkongsi tentang perjalanan PhD saya daripada awal pengajian, menyertai persidangan luar negara, viva, sehinggalah bergraduan dan menghadiri konvokesyen. Saya tamat belajar pada 2016, dan konvo pada 2017.

Job hunting saya bermula dari tahun 2016. Saya mula mencari peluang pekerjaan dalam bidang akademik dan juga industri. Setelah hampir 7 bulan, saya mendapat tawaran kerja daripada sebuah kilang sebagai engineer. Saya menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka, kerana saya memang ada passion ke arah industri, dan juga mempunyai pengalaman bekerja di industri selama lebih kurang 3 tahun sebelum menyambung pengajian. Walaubagaimanapun, saya masih meneruskan job hunting untuk mencari peluang yang lagi bagus.

Selepas 3 bulan di industri, saya mendapat tawaran sebagai staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh. Saya ditempatkan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) di bawah Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Syukur atas rahmat ini, kerana bidang yang ditawarkan adalah berkaitan dengan bidang pengajian dan kelayakan akademik saya, juga dengan pengalaman kerja saya di industri.

Pada awalnya, saya ditugaskan untuk mengendalikan kelas amali selama setengah semester. Walaupun saya pernah menjadi tutor sewaktu belajar peringkat ijazah sarjana muda, tapi pengalaman sebagai pensyarah adalah berbeza. Tanpa pengajian formal sebagai pengajar/pendidik, saya banyak menggunakan pendekatan perkongsian pengalaman kerja saya di industri kepada pelajar, sebagai salah satu pendedahan kepada pelajar tentang keadaan sebenar di industri yang bakal mereka hadapi nanti. Dari masa ke semasa, saya menimba ilmu pengajaran daripada senior, sahabat-sahabat, pelajar, dan juga dari pengalaman sendiri.

Selepas hampir 3 tahun, saya diberi amanah untuk mengajar 3 kursus utama iaitu Manufacturing Process Technology, Production Planning and Control, dan Management and Professional Ethics. Di samping ilmu pengetahuan yang saya ada sewaktu di peringkat pengajian ijazah sarjana muda, saya juga banyak berkongsi pengalaman saya sendiri di industri dengan pelajar.

Selain daripada pengajaran dan pembelajaran, pensyarah juga banyak peranan lain sebagai staf akademik, antaranya ialah penyelidikan, perundingan, dan pengurusan. Harapan saya, saya dapat menjalankan tugas dengan baik, dapat membentuk graduan yang profesional, di samping membina kerjaya saya dan menambah nilai kepada diri saya sendiri.

Production Planning and Control


"This course devotes into several main topics including forecasting, inventory, aggregate planning, materials requirement planning (MRP), job sequencing and operations scheduling, production activity control, and lean production and just-in-time (JIT). Specifically, these topics provide the understanding and knowledge on the concepts, methods and techniques of production planning and control, which are important in a company to achieve throughput targets and optimum performance from the production system."


Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar konsep dan kaedah yang digunakan dalam merancang dan mengawal sesebuah operasi. Selain daripada pembelajaran teori, pelajar juga didedahkan dengan penggunaan kaedah-kaedah ini di industri menerusi industry engagement seperti lawatan industri dan seminar. (rujuk gambar: Lawatan ke Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, 13 Mac 2019)

Sebagai nilai tambah kepada pelajar, saya juga mengambil peluang ini untuk memperkenalkan pelajar kepada Microsoft Excel dan Microsoft Project, dan menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan kedua-dua perisian ini di industri.


Lawatan ke kilang buku/majalah


Tuesday 26 June 2018

Combo Birthday Celebration December 2017

Assalamualaikum...

Major throwback ini kali ye..:)

Humyra, memang selalu sebelum ni nasib kurang baik sikit sebab birthday dia selalu tak boleh nak sambut proper. Ada masa tu, Ummi tengah pantang memang tak boleh keluar kedai beli kek, ada masa kewangan tak mengizinkan, mood tak mengizinkan dan macam2.


Kali ni, alhamdulillah...dengan sedikit perancangan dengan ahli keluarga Ummi, dapat plan Birthday Celebration utk 3 cucu Opah Aki berserta Ayoh Do diorg. Combo utk yang lahir bln Nov dan Dis.

Azhan (Ayoh Do), Izzat (Anak Ummi Long), Izdihar dan Humyra.

















 


 











HAPPY BIRTHDAY MAYA!


Tuesday 19 June 2018

You Raise Me Up - Specially for Ma


Ditujukan khas buat Ma...kasih sayang yang tak bertepi dan sukar diluahkan, but I know it exists...

Wednesday 17 January 2018

Kids' First Flight Experience

Jom kita throwback sikit....kejadian hujung tahun 2017..

Selepas anak2 berkonvo dan dlm demamnya lagi tu, esoknya diorg terus naik flight balik kg sempena cuti sekolah. Bkn apa, opahnya dah rindu so dia cadangkan hantarla anak2 balik kg. Nampak tak, pancing kat situ....sbb anaknya ni dh brp bln tak balik kg...dari raya haji rasanya..

Memandangkan ummi abah tak dapat nk balik hantar, so ktrg decide anak2 blk naik flight. Kebetulan waktu tu pakcik diorg datang KL ada urusan, so dia nk balik tu, tumpangkanlah anak2 dgn dia. Tarikh plak ngam2 dgn habis konvo tu. Lega...cumanya, ummi risau lebih sbb ni first time diorg nak naik flight. Dahla bkn dgn ummi abah, pastu demam lagi. Ummi plak xdpt nk teman n hantar diorg ke airport sbb kena balik johor dah, masuk kerja + anak kecik tinggalkan dgn pengasuh so x boleh lama2.

Jasad kt tempat kerja, tp otak risau duk fikir anak2 terpaksa berdikari. Anyway, sgt berterima kasih pd adik ummi yg sudi tlg bawa anak2 naik flight, dan juga opah n aki yg datang jemput di airport. Ni sekitar hari diorg naik flight tu...

















Ok. Alhamdulillah dah selamat sampai kg. Mula2 opah aki dan makcik pakcik yg ada kt kg je duk melayan anak2. Sekali sepupu2 dari Perak balik, baru lah diorg ada geng main. Macam2 aktiviti lah...sampai ummi rasa terpanggil2 nk balik kg jgk...hehe...


Just arrive from KL





Terima kasih Opah hadiahkan telekung utk Dina dan Maya


Tinjau2 banjir di KB









Shopping with Opah






Melawat Ayohpi kt wad



Baru lepas cucuk telinga...terima kasih Opah

Maya pun cucuk skali










Funfair

Cikta belanja KFC







Kat sekolah menengah lama Ummi dgn Umilong dan anak2


Celebrate Ciksu dapat straight A PT3



Kenduri maulud







Mandi sungai

Birthday boy n birthday girl..same birthdate, tahun lain2. real celebration nanti next entry







Thank you Cikta...hadiahkan tudung awning lembut ni...



With Opah

Nampaknya anak2 have fun kt kampung, alhamdulillah...dekat2 nak buka sekolah, ummi abah datang jemput anak2 ye. Nantikan 1 lg entry throwback ummi abah balik kg dan birthday celebration.

Jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...