Wednesday, 4 May 2016

Tesis dah siap..tp tak submit-submit lagi :(




Assalamualaikum semua,

Tesis dah siap..tp tak submit-submit lagi :(



Plan asal saya nak submit bulan Februari lepas, sbb tarikh akhir utk submit sem lepas. Tapi, memandangkan supervisor saya masih ada suruh buat penambahan, saya extend hingga bulan Mac, bermakna saya masih kena daftar untuk sem baru (sem sekarang) dan membayar yuran sendiri sebab dah sem ke-9 dan MyPhd dah buat pelanjutan maksimum. Tak apa, duit KWSP ada...



Jadi, bulan Mac saya usaha berhabis-habisan menyiapkan tesis, dalam masa yang sama saya berusaha menetapkan temujanji dengan kedua-dua supervisor, Dekan Akademik dan pihak-pihak yang saya akan berurusan semasa submit tesis nanti. Sebabnya, saya di KL dan segala urusan submit tesis, supervisor saya semua nun jauh di Selatan Semenanjung. Jadi, berdasarkan masa yang kesemua mereka available, saya rancang untuk ke kampus dalam masa 3-4 hari untuk tujuan submit. Kebetulan suami kena habiskan cuti tahunan dia sebelum April, jadi saya merancang untuk bawa suami dan anak-anak sekali. Kebetulan juga salah seorang supervisor saya menawarkan kami untuk menetap di homestay milik beliau selama kami di sana.



Menjelang akhir bulan Mac, iaitu minggu akhir sebelum saya submit, badan rasa semacam dan mual-mual, dan setelah diperiksa, saya didapati berbadan dua. Tapi, saya masih juga berusaha membuat yang terbaik, finalize semua benda, dan akhir sekali saya ingatkan supervisor saya bahawa saya akan ke sana esoknya. Bersemangat betul saya waktu tu, tak sabar rasanya!



Tiba-tiba saya dapat balasan mesej daripada supervisor saya mengatakan yang jadual dia penuh pada tarikh yang saya nak ke sana. Saya jadi hairan sebab saya dah berurusan dengan PA dia sebelum ni, dan tarikh pun berdasarkan availability supervisor utama saya ni. Baru lah saya dapatkan temujanji dengan pihak-pihak lain.



Tak lama lepas tu, co-supervisor saya pula mesej beritahu tentang supervisor utama yang tak available. Dalam pada tu, saya dah sampai rumah dan berbincang dengan suami. Sama ada saya nak pergi je uruskan yang mana boleh, atau macam mana. Belum sempat saya fikir habis, co-supervisor pula beritahu yang homestay yang di reserve untuk saya, dah diberi kepada pelanggan lain. hah? Satu hal pula saya kena cari tempat penginapan.



Saya hubungi supervisor utama minta dia luangkan sedikit masa untuk saya, waktu malam pun tak kisah sebab saya tinggal beberapa hari kat sana untuk urusan submit tesis ni. Nampaknya dia keberatan, katanya dia dah tak larat sebab dua hari dia menyampaikan ceramah dari pagi sampai petang. Co-supervisor pula, tiba-tiba ada pula kena hadir mesyuarat, viva pelajar lain dan lain-lain. Saya tak boleh nak paksa, walaupun rasa ralat.



Saya hubungi PA supervisor utama kenapa boleh jadi macam ni, sedangkan saya dah pilih tarikh tu dari awal lagi. Jawabnya, dia terlupa nak maklumkan saya balik. Masa tu saya memang rasa down dan terus buat keputusan untuk tidak ke sana untuk kali ni. Saya batalkan semua temujanji saya dengan Dekan Akademik, dan lain-lain. Tinggal lagi, suami saya dah minta cuti 4 hari...Kesian kat dia, 4 hari dia duduk rumah je. Saya pula kena la pergi ofis sebab saya minta off-office 4 hari untuk urusan submit tesis. Dah tak jadi submit, saya masuk ofis.



Bulan selepas tu, April .. saya sibuk dengan satu program. Lagipun, memang ikut plan asal saya, lepas saya submit tesis bulan Mac, saya akan fokus pula pada program ni. Jadi, tesis saya letak tepi dulu. Lagipun, hati masih sedih lagi. Disebabkan saya tak submit bulan Mac, saya tak boleh mohon untuk pengecualian yuran, maka saya kena bayar yuran untuk sem ni.



Setelah program selesai, hati pun dah terubat sikit, saya hubungi kembali mereka yang berkenaan untuk saya teruskan submit. Target saya, bulan Mei..mungkin minggu ke-tiga atau ke-empat, bergantung kepada masa mereka. Saya memang available, dan kali ni saya terpaksa ke sana seorang diri memandangkan suami dah tak ada cuti lagi. Saya hubungi PA supervisor utama, beberapa hari juga baru dapat masa, disebabkan jadualnya yang padat. Bila dah dapat masa supervisor utama, baru saya tanya co-supervisor. Dapat berita yang mengejutkan lagi, co-supervisor saya berada di Korea sehingga hujung Julai! Sentap lagi saya....Saya maklumkan kepada supervisor utama (sepatutnya dia pun tahu sebab rakan sekerja dia), untuk dapatkan nasihat macam mana saya nak proceed, sebab supervisor utama saya nak sangat perjumpaan untuk finalize tesis ni antara kami bertiga. Tapi, sampai sekarang masih belum dapat maklumbalas.



Perasaan saya sekarang, ralat sebab tesis dah siap lama, tapi macam tak dialu-alukan untuk submit pula. Kalau saya gagal submit menjelang Ogos, saya terpaksa daftar lagi untuk sem depan, dan membayar yuran pengajian lagi untuk nothing. Target asal saya nak konvo bulan Oktober nanti, tapi wallaahua'lam.



Saya jadi tak fikir sangat tentang tesis, tambah lagi sekarang dah bekerja dan juga sibuk dengan kandungan yang baru nak membesar. Saya harap sangat segala ni akan selesai secepat mungkin. Walau tak mengikut perancangan saya, sedangkan perancangan Allah lah yang paling sempurna. Semoga saya lebih banyak bersabar dan tabah.



Sekian.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...