Friday, 24 June 2016

Kenapa saya belajar Kejuruteraan Pembuatan?

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

Sedar tak sedar, dah masuk 10 akhir Ramadhan pun. Alhamdulillah. Hari-hari di bulan Ramadhan ni rutin yang sama saja, cuma semalam kami sekeluarga menghadiri Majlis Iftar anjuran syarikat tempat saya bekerja.


Kali ni, saya nak lari topik sikit dari Ramadhan, baju raya, kuih raya dan yang seangkatan dengannya..hee..

Bulan puasa ni, asyik mengantuk je kan. So, agak-agak nak hilangkan rasa mengantuk tu, saya suka jenguk You Tube tengok channel How It's Made. Macam-macam video tentang bagaimana sesuatu produk dibuat. Bagi saya, channel ni sangat menarik sebab kita boleh tahu di sebalik kejadian sesuatu produk tu, terutama produk yang hari-hari kita guna, dan lebih-lebih lagi kalau proses pembuatannya semua automatik. Sangat teruja! Contohnya cara pembuatan pensil warna ni:-



Mungkin disebabkan inikah saya mengambil jurusan kejuruteraan pembuatan? Ya, minat. Walaupun masa selepas SPM ramai kawan-kawan yang menjangka saya akan memilih jurusan perubatan, saya layak kata mereka. Ditambah lagi dengan perwatakan saya pada pandangan mereka, macam lemah lembut ni..sesuai la kalau jadi doktor. Tapi, malangnya saya tak minat. Saya memilih jurusan kejuruteraan dan alhamdulillah permohonan saya diterima. Saya dapat pilihan pertama saya, lalu melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda kejuruteraan.

Selepas tamat matrikulasi dan setahun pengajian di kampus utama, kami dikehendaki memilih major. Pilihan masa tu ada kejuruteraan automotif, aerospace, bioteknologi, bahan, komputer, komunikasi, mekatronik, dan pembuatan. Ramai kawan-kawan menjangka saya akan memilih bioteknologi. Alasan nya sama, disebabkan perwatakan saya. Padahal sejak dari SPM lagi, saya memang lebih minat Fizik daripada Biologi.

Mengejutkan kawan-kawan saya bila saya pilih major kejuruteraan pembuatan. Secara kasarnya, pembuatan ni lah major yang paling 'ganas' dan tough sebab banyak hands-on dan masuk workshop dan lain-lain. Dengan fizikal saya yang kecik ni, mereka ragu-ragu dengan pilihan saya. Tapi, saya tetap dengan pilihan saya. Masa tu, batch saya cuma ada 2 orang pelajar perempuan yang memilih kejuruteraan pembuatan. Kebetulan pula, orangnya pun kecik molek. Jadi, kami jadi kawan baik sehingga tamat pengajian walaupun sebelum tu kami tak pernah kenal pun.

Di sebalik minat saya yang menjurus kepada pembuatan ni, sebenarnya jauh di sudut hati saya, saya berangan untuk membantu Ma saya dengan belajar kejuruteraan pembuatan. Bagaimana? Hurm, pada hemah saya dengan jurusan ni, saya boleh cipta mesin automatik yang boleh memajukan bisnes Ma saya. Saya membesar dalam suasana Ma saya menjalankan bisnes pembuatan makanan. Cuma bisnes kecil-kecilan pada asalnya. Semua buat manual. Potong pisang dan ubi dengan pisau secara manual untuk buat kerepek, uli doh manual dan kelim manual untuk buat karipap kecil, guna lilin atau pelita untuk cantumkan plastik packaging dan lain-lain.

Bertahun-tahun Ma menjalankan bisnes ni, dari bisnes keluarga sehinggalah Ma membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak kampung. Pada satu masa tu, seingat saya, Ma pernah ada sehingga 7 ke 8 orang pekerja. Masa tu, bisnes Ma dah banyak kemajuan. Ma dah ada guna mesin kecil-kecil untuk membantu memudah dan mempercepatkan proses pembuatan makanan. Ma tempah khas mesin penipis doh, mesin pemotong pisang dan lain-lain. Saya dan adik beradik pun, kalau cuti sekolah turut membantu Ma.

Melihat dan merasa sendiri pengalaman Ma ni, menimbulkan idea kalau-kalau suatu hari nanti boleh majukan bisnes Ma. Mana tahu boleh buat fully automatik ke.  Itulah antara sebab tersirat kenapa saya belajar kejuruteraan pembuatan.

Walaubagaimanapun, semasa saya masih dalam pengajian, bisnes Ma dah makin merosot. Sebab dah banyak saingan. Dah ramai orang yang buat kerepek-kerepk macam Ma buat. Padahal seingat saya, Ma adalah perintis kepada bisnes kerepek-kerepek ni..dalam tahun 1990-an dulu. Jadi, Ma dah slow down bisnes, sehingga tinggal seorang saja pekerja. Dan, volume pun dah tak besar. Tapi, waktu ni Ma tambah ahli keluarga pulak, sampai 3 orang adik baru saya dapat ;)
 







Apapun, saya bersyukur sebab saya berjaya menamatkan pengajian dengan jaya, dan mendapat pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang saya belajar. Saya tak pasti tentang angan-angan saya dulu tu, sebab sekarang baru saya sedar yang untuk buat bisnes ni, kena ada minat dan bakat keusahawanan..yang mana saya tak ada minat tu buat masa sekarang. Bila ada bakat keusahawanan, tak perlu nak design dan buat mesin sendiri, tapi outsource je kan.

Kepada sesiapa yang sedang mencari-cari arah haluan, sila pilih ikut minat masing-masing, sebab laluan tu yang kita akan ikut sepanjang hayat kita.

Sekian..thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...