Tahun 2016
Tahun lepas, ada 2 perkara besar dalam hidup saya; pertama tamatkan pengajian PhD, dan kedua menyambut kelahiran yang ketiga.
Secara teorinya, saya merancang untuk tamatkan pengajian pada tahun 2016, paling tidak pun saya nak konvo tahun 2016, iaitu sesi bulan Oktober. Dan, kelahiran anak ketiga saya dijangka pada bulan November.
Jadi, bersandarkan pada target tu, usaha yang sepatutnya telah dilakukan dan alhamdulillah, saya telah berjaya menghabiskan pengajian setelah lebih 4 tahun bergelar pelajar post-graduate. Saya lulus mesyuarat senat September 2016 dan telah dijemput ke Majlis Konvokesyen pada bulan Oktober 2016. Malangnya, saya terpaksa memohon penangguhan konvokesyen kerana bimbang akan melahirkan.
Bermula bulan November 2016, rutin saya berubah dari ibu berkerjaya kepada suri rumah. Sebenarnya, kontrak kerja sementara saya kebetulan tamat pada Oktober 2016 dan ianya belum diperbaharui kerana saya bakal melahirkan bila-bila masa sahaja di bulan November. Jadi, saya anggap ni peluang untuk saya berehat sambil membuat persediaan mental dan fizikal untuk bersalin. Maklumlah, anak kedua saya pun dah nak masuk umur 4 tahun bln Disember. Tambahan pula saya bercadang bersalin dan berpantang sendiri kali ni. Anak-anak yang bersekolah telah dicutikan awal oleh saya dan suami dan tinggal di rumah bersama saya, menanti kelahiran adik mereka.
19 hari penantian di bulan November, saban hari saya mengharap saya bersalin awal daripada tarikh due, sebab nak mengelakkan induce atau lagi teruk lagi; operate. Tapi, dalam masa yang sama, saya berdoa agar Allah pelihara kandungan saya, dan permudahkan urusan bersalin nanti. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik kan. Jadi, memang betul 18 hari saya menunggu....baby belum lagi nak keluar. Tak ada langsung tanda-tanda saya nak melahirkan. Sambil-sambil menunggu tu, banyak aktiviti yang saya buat utk mengisi masa lapang. Terutama sekali hobi sy iaitu menjahit. Asal boleh la menjahit dari kain-kain perca atau apa-apa yang mengasah bakat dan kreativiti..sambil 'berperang' dengan anak-anak.
Sehari sebelum tarikh due, saya dan suami ke hospital 'serah diri'. Kelengkapan untuk dimasukkan ke wad, kelengkapan bersalin semua dah bawa siap-siap. Walaupun tak ada sebarang tanda dan tak sakit, saya ditahan di wad kerana dan sampai tarikh due. Disebabkan saya diabetes on diet control, macam-macam mana pun, esoknya saya mesti kena bersalin.
Redho lah...menunggu untuk dapat katil di wad dari jam 11 pg hingga 10 mlm..dan tunggu semalaman sebelum di induce. Esoknya, pg2 lagi dah di induce. Pengalaman waktu bersalin pertama kali dulu, juga induce..sampai 3 kali induce. Tapi kali ni, induce kali pertama terus mendatangkan kesan kepada saya. Gradually, saya mula rasa sakit dan dalam masa 8 jam...akhirnya saya selamat bersalin bayi lelaki pada jam 2.58ptg. Alhamdulillah. Sehari lagi dalam wad, kedua-dua keadaan saya dan bayi okay dan kami boleh discharge. Semua ni berlaku pada hujung minggu, memudahkan urusan suami saya untuk ulang alik ke hospital. Anak-anak yang lain pula, adik saya tolong jaga..datang dari kampung dan stay di rumah saya utk bantu saya di saat yang memerlukan. Alhamdulillah 'ala kullihaal.
Tengku Amyrul Izdihar - hari pertama |
Maka bermula lah episod berpantang. Kali ni, saya dan suami memilih untuk bersalin dan berpantang sendiri. Anak ketiga dh, jadi sedikit sebanyak dah boleh berdikari. Pada asalnya, Ma saya akan datang dari kampung untuk jaga saya dalam seminggu dua. Tapi, memandangkan ada kekangan masa dari pihak Ma, beliau tak datang. Nasib baik ada adik saya yang tolong uruskan anak-anak dan bantu sedikit sebanyak keperluan saya.
Rutin dalam pantang berterusan sampai 40 hari...dalam berjaga-jaga tu, terkena juga demam urat 1 kali. Dan, sejak 1-2 minggu sebelum bersalin hingga selepas bersalin, saya mengalami masalah mata. Mula-mula rasa ada halangan pada pandangan mata sebelah kanan..susah nak terangkan macam mana penglihatan masa tu, rasa ada sebentuk cahaya samar-samar yang 'mengikut' ke mana je kita pandang. Apa lagi, google dulu dan keluarlah term Retinopathy. Bila dibaca lagi dan lagi, macam related sebab retinopathy ni disebabkan oleh diabetes dan kebetulan saya memang ada diabetes sewaktu mengandung. Yang membuatkan saya risau sangat ialah peringkat-peringkat retinopathy ni, akhir sekali boleh menyebabkan hilang penglihatan. Ya Allah takut sangat waktu tu.
Atas nasihat nurse di klinik kesihatan dan adik ipar saya yang merupakan seorang doktor, saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar. Kes saya dirujuk ke hospital. Pada hari ke-10 berpantang saya ke hospital utk dapatkan tarikh temujanji. First review, kes saya dianggap kecemasan dan dibawa utk terus diperiksa oleh doktor. Waktu tu tak rancang akan lama di hospital sebab ingatkan cuma nak dapatkan tarikh je..dengan bawa baby, dengan bengkung...hospital, biasalah menunggu lama. Tiba waktu nak periksa, doktor titiskan 2 jenis ubat ke mata saya. Selepas 10-15 minit, barulah mata saya di scan. Tetapi, doktor tak jumpa punca dan asyik bertanya apa simptom yang saya lalui...susah juga nak terangkan. Doktor kata saya kena lalui beberapa jenis pemeriksaan lagi, tapi disebabkan dah petang, doktor minta saya datang lagi esok pagi. Ok, baiklah...walaupun rasa penat. Sebelum keluar dari bilik doktor, saya rasa pandangan saya kabur. tanya doktor, rupa-rupanya ubat titis yang doktor letak tadi tu yang menyebabkan pandangan saya kabur...dan ia akan kembali normal dalam 2-3 jam. Alamak, saya kena hubungi suami untuk jemput saya, tapi saya tak nampak langsung apa di skrin handphone saya. Saya berjalan ke lobi perlajan-lahan...dan minta tolong seorang nurse utk dailkan nombor suami. Ya Allah...bila suami datang dan tengok baby, tak nampak wajahnya. Sedih, takut dan risau.
Esoknya, saya ke hospital lagi di awal pagi, kali ni adik lelaki saya tolong hantar dan ambil, sementara baby pula saya tinggalkan di rumah dengan adik perempuan saya buat pertama kalinya...Melalui beberapa pemeriksaan termasuklah ujian untuk mata rabun tu, dan beberapa lagi yang saya tak arif untuk sebut di sini. Keputusan ujian menunjukkan tiada apa-apa masalah. Kembali ke doktor yang sama kendalikan kes saya semalam, mata sy discan sekali lagi, dan saya mengalami kabur pandangan lagi sekali. Tapi harini dah bersedia sebab dah tahu. Keputusan detail scan mendapati memang ada bengkakan dalam mata saya, yang mungkin disebabkan oleh stress dan bersalin, perubahan hormon macam tu lah lebih kurang. Bukan retinopathy atau apa-apa penyakit mata yang lain. Syukur alhamdulillah. Kata doktor, bengkak tu akan beransur-ansur hilang. Follow up 2 bulan lagi dan jika bengkak masih ada, baru akan diberi ubat. Buat masa sekarang, doktor nasihatkan supaya saya kawal stress dan banyakkan rehat. Alhamdulillah..
Tahun 2017
Lepas 40 hari, sesi persekolahan 2017 pun bermula. Irdina dan Humyra bersekolah tadika dari jam 8pg hingga 3ptg. Rutin dh berubah sebab saya dh kena keluar hantar dan jemput mereka dari sekolah. Semasa ketiadaan mereka, saya dah mula 'sentuh' labtop sikit-sikit. Mata masih tak elok, tak boleh lagi tengok cahaya banyak-banyak, jadi buat kerja light-light je dulu. Adik saya masih ada menemani saya dan bantu menguruskan anak-anak, alhamdulillah.
Masuk bulan Februari, adik saya pun dah nak balik kg. Jadi, rutin saya berubah lagi sebab saya dah tak ada pembantu. Mulalah kelek baby hantar dan jemput kakak-kakak dia. Dan, secara teorinya saya sepatutnya dah habis 'cuti bersalin' jadi saya dah makin banyak mengadap labtop. Mata pun dah semakin baik. Kerja-kerja personal, kerja-kerja rasmi dan mencari kerja...rutin saya setiap hari. Untuk menghilangkan bosan, kadang-kadang saya buat hobi kesayangan saya iaitu menjahit. Kadang-kadang kemas rumah...apa-apa aktiviti yang dah lama tertangguh disebabkan saya mengandung dan kerja sebelum ni. Jadi, masa dan peluang yang ada ni lah saya manfaatkan. Bila dah mula sibuk dengan kerja, tak berpeluang dah nak buat semua tu. Boleh dikatakan setiap hari ada je kerja nak buat, tak menang tangan juga dibuatnya.
jahit telekung solat untuk Humyra |
to-do-list |
Melalui hari-hari yang indah dengan baby..rezeki baby masih dapat menyusu secara eksklusif. Dan, dalam proses mempelajari sesuatu yang baru. Sambil bantu suami menguruskan Homestay d'Coalfields dan buat tutorial untuk bantu rakan-rakan buat tesis di Software Original...sambil-sambil mengintai peluang. Semoga ada sinar di hujung pencarian.
Jumpa lagi!
sekejap sangat msa berlalu. .dah tengah 2017 pun. T.T
ReplyDelete