Thursday, 7 December 2017

Baju untuk Persembahan Anak-anak

Assalamualaikum,

Berkisar tentang Majlis Konvokesyen Tadika Genius Ilmu Bestari 2017 lagi, beberapa minggu sebelum tu saya gigih menyiapkan 2 pasang baju untuk persembahan anak-anak. Baju Irdina ialah baju kurung berserta seluar, manakala Humyra pula baju kebaya dengan kain sarung. Cabaran untuk saya utk jahit baju kebaya sebab tak pernah buat pun sebelum ni. Tengok Google, Youtube dan jenuh juga berfikir utk menghasilkan baju ni. Cabaran lagi satu sbb saya dan anak-anak pjj, jumpa cuma hujung minggu. Jadi, agak teragak-agak utk saya jahit sebab selalunya saya akan cuba baju kt anak-anak setiap stage jahitan, hehe.

Alhamdulillah, sempat siapkan beberapa hari sebelum tarikh persembahan.












Di samping tu, sy juga siapkan sedikit hadiah utk kawan2 Irdina dan Humyra dan cikgu-cikgu. Tak seberapa lah kalau dibandingkan dengan kawan2 yg selalu bg hadiah, dan juga jasa cikgu-cikgu yang tak mungkin kan terbalas. Tahuun depan dah nak pindah sekolah, jadi, inilah sebagai tanda terima kasih dan tanda ingatan. Semoga ilmu dan tunjuk ajar cikgu-cikgu berkat dan ukhuwwah yang terjalin ni akan berkekalan.










❤ - Ummi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...