Sunday 28 April 2013

kulit gatal dan susu soya....


slm..sedikit sambungan daripada n3 ni..

satu hari tu, kami g shopping kt econsave, time muka Irdina penuh ngan luka2 gatal tu. ada la sorg kakak cashier yg prihatin menegur, knape jd mcm tu kn. sy ckp la, dia (Irdina) gatal2 n kulit alergik..kakak tu ckp mmg susah nk jaga anak yg alergik ni...erm..tiba2 dia tanya,

"masa mengandung dulu byk minum soya ye?"

........ "haah, mmg kuat minum soya..."

"oo..patutla."

jd nye, teori kakak tu adalah, minum soya ms mengandung blh sebabkan anak jadi kulit alergik, gatal2.

betul ke kwn2?

sy minum soya masa tu, kononnye nk dpt anak yg putih n cerdik..hehe. xtau plak psl alergik ni. hasilnye, dpt lah anak yg putih kulitnye, tp gatal2...heee

wallahua'lam.

Friday 26 April 2013

Eczema ke??

Salam sejahtera semua...

dh lama menyepi, coz sgt bz ngan study. hurm, camni rupenye blaja peringkat lebih tinggi..mmg totally x sama dgn blaja degree, btl x kwn2?

alkesahnye, bbrp minggu lps, Irdina teruk kena gatal2. masa tu consult la bbrp org kawan yg lebih byk pengalaman, antaranye k noen n izyan..thanks for sharing ye! then, ada jgk g klinik utk dptkan nasihat doktor. tp, atas nasihat kwn2, ubat sapu yg doktor bg tu, sy xpakai pun. cuma sabun je yg sy pakaikan kt Irdina. tgk lah abes muka Irdina pon kena gatal2...



slps research n consult kwn2, ada bbrp langkah yg sy ambik. antaranye,

g farmasi n pharmacist tu suggest guna sabun Sebamed, khusus utk kulit alergic katanye. tp, bila Irdina pakai, kulit dia yg gatal2 tu jadi makin teruk. so, terus stop. mungkin xsesuai dgn kulit dia la tu.


pastu, abah plak dek kerana kesian kt anaknye tu, decide nk pasang aircond kt umah. sbb Irdina ni mmg xtahan panas, terus berpeluh n gatal2, pastu timbul ruam. alhamdulillah, nmpknye ada improvement. berbaloi la kn?



pastu, sy ada beli jeli gamat...bila sapu, mcm xde perubahan, sama je.....lgpun gatal2 dia dh jd luka sbb dia duk garu kn.







last skali, try sapu minyak bijan kt tpt dia gatal2 n luka tu...sbb ms sy bersalin pn gun aminyak bijan ni utk sembuhkan luka.






alhamdulillah, akhirnya luka n gatal makin kurang...n finally, muka Irdina dh kembali "cantik"..hehe

 


dah....





Thursday 4 April 2013

Kencing Kotor


Dipetik dari http://fajridil.blogspot.com


Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Tanda dan Gejala

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.


Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.


Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pengurusan sendiri

- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

Tuesday 2 April 2013

Wordless Wednesday: layankan ajer.....




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...