Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

Sabar.Redha.Syukur.



Alhamdulillah..syukur atas nikmat Allah. syukur atas apa yg sy ada skrg. syukur juga dgn keadaan sy skrg.

Alhamdulillah, sy masih dpt peluang utk blaja. n semester ni sy ada 1 subjek yg amat menarik. subjek  ni university requirement ( kalau kt UIA dulu, mcm UNGS la.... ). bkn saje ustaz yg mengajar ni, best..tp juga cara olahan n 2-ways communication yg wujud dlm kelas menyebabkan sy xpernah miss lg kelas dia. 1 minggu, sekali je pn. yelah, student pn semua yg sedang amek master n phd, so, byk la idea masing2 nk kongsi ngan rakan sekelas kn..

Bbrp minggu lepas, topik yg kami bincang dlm kelas adalah Sabar. Redha. Syukur. bunyi nye mcm simple je kn, tp bila ustaz huraikan...erm, menarik!

Sbnrnya, 3 perkataan ni mewakili tindakan kita apabila ditimpa ujian, mengikut level nye.

Firstly, bila ditimpa ujian...kita kenalah Sabar. contoh situasi, mcm kena sakit apa2 ke, atau kemalangan atau kecurian. Sabar...sabar...sabar...xdelah nk melenting ke, meraung xtentu pasal ke atau menyalahkan takdir.

Then, tahap kedua slps sabar adalah Redha. maksudnye, kita sedar yg kita sedang diuji oleh Allah, dan kita redha dengan ujian-Nya. kita juga sedar bhw setiap apa yg berlaku adalah dalam kekuasaan Allah, dan Dia Maha Mengetahui kebaikan dan hikmah di sebalik setiap kejadian.

Lastly, tahap yg plg tinggi adalah Syukur. apabila ditimpa kemalangan, bersyukur. waktu berlaku kecurian, bersyukur..contohnye, syukurlah masa kecurian tu, xde berlaku kemalangan jiwa, dsb. tapi, xdinafikan, level ni mmg jarang ada org blh buat...sbb bila ditimpa masalah, kita mesti sedih dan susah hati, hingga lupa utk memanjatkan kesyukuran kpd Allah.

mcamana kwn2...hrp blh la fhm penjelasan sy ni, walaupun x sehebat cara ustaz kt kelas sy tu huraikan. sy percaya ramai yg dh tau, sekadar nk berkongsi n peringatan utk diri sy sdiri jg.


bersambung........







Thursday, 4 April 2013

Kencing Kotor


Dipetik dari http://fajridil.blogspot.com


Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Tanda dan Gejala

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.


Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.


Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pengurusan sendiri

- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

Thursday, 1 November 2012

Kandungan Kafein Dalam Kopi Bermanfaat??



ADA orang berasakan hidupnya kurang sempurna jika tidak dimulakan dengan secawan kopi. Peminum kopi mendakwa sukar berfikir jika tidak mendapat bekalan kafein pada awal pagi atau sekurang-kurangnya sebelum memulakan kerja.

Sebenarnya, kandungan kafein dalam kopi atau teh memang boleh membuatkan seseorang lebih segar. Ini sebabnya individu yang mengalami masalah sukar tidur tidak digalakkan minum minuman berkafein pada waktu malam, terutama dua atau tiga jam sebelum tidur.

Kajian terbaru mendapati, tabiat minum minuman mengandungi kafein juga ada faedahnya kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mengelakkan risiko kematian akibat serangan jantung, terutama warga emas.
 

Kajian ke atas 6,594 responden dewasa selama sembilan tahun yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika edisi Februari 2007 melaporkan, pengambilan kafein setiap hari didapati mampu mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung di kalangan individu yang mempunyai tekanan darah normal.

Sepanjang tempoh kajian, seramai 426 responden meninggal dunia diserang penyakit jantung. Responden yang minum empat atau lebih hidangan mengandungi kafein setiap hari mempunyai risiko 53 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding responden yang cuma mengambil setengah hidangan (setengah cawan) sehari.

Individu yang minum minuman berkafein antara dua hingga empat hidangan sehari boleh merendahkan risiko kematian akibat diserang sakit jantung sehingga 32 peratus.

Alasan diberikan ialah, kafein boleh meningkatkan tekanan darah yang biasanya turun sedikit selepas makan, satu fenomena yang semakin biasa di kalangan orang tua.

Tidak kira kopi baru dikisar atau kopi segera, kedua-duanya mempunyai kandungan kafein tinggi dan boleh memberi manfaat. Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat di kalangan responden yang sememangnya menghadapi masalah tekanan darah tinggi atau berumur kurang daripada 65 tahun.

Penemuan ini mungkin berita baik bagi penggemar kopi memandangkan ia minuman paling popular dan sakit jantung pula pembunuh nombor satu di seluruh dunia, tetapi seperkara yang perlu diingat ialah, apa juga jika diambil berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan.

Bagaimanapun, banyak kajian lain turut mendapati minuman berkafein seperti kopi mempunyai manfaatnya kerana ia turut mengandungi methylzentin; iaitu bahan yang digunakan dalam ubat asma.

Jadi kopi pekat boleh dijadikan ‘ubat kecemasan’ jika seseorang pesakit asma mendapat serangan jika ubat yang biasa diambil tiada. Namun, ini bukan bermakna kopi boleh menggantikan ubat yang disarankan doktor.

Hasil analisis data 126,000 orang yang dikumpul selama 18 tahun dilakukan penyelidik Universiti Harvard mendapati, pengambilan satu hingga tiga cawan minuman berkafein sehari boleh merendahkan risiko kencing manis sehingga 10 peratus.

Malah, ada juga kajian menunjukkan, kafein boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Lebih menarik, kebanyakan penyelidik mendapati lebih banyak kita mengambil kafein, lebih baik untuk kesihatan kerana ia juga merendahkan risiko kanser usus (25 peratus), sirosis hati (80 peratus) dan batu karang (50 peratus).

Kafein juga mempunyai kesan terhadap psikologi seseorang. Apa berlaku sebenarnya ialah kafein merangsang otak dan sistem saraf untuk bekerja dengan cara berbeza, kata Pakar Fisiologi Universiti Guelph, Kanada, Dr Terry Graham.

Antaranya ialah memberi isyarat untuk tidak mempedulikan keletihan atau menggunakan beberapa unit otot bagi melakukan aktiviti cergas. Malah, kafein mungkin mempunyai kesan langsung kepada otot yang membolehkan ia mengecut lebih kuat. Kesan ini membuatkan seseorang rasa lebih bertenaga.

Kajian mendapati kopi juga kaya dengan antioksidan, termasuk komponen dipanggil kuinin, dan apabila diuji ke atas tikus, bahan berkenaan boleh meningkatkan sensitiviti badan untuk bertindak balas terhadap insulin.

Atas alasan ini, kopi yang tiada kafein juga dikatakan baik untuk pesakit kencing manis. Namun, saintis belum dapat menerangkan sepenuhnya bagaimana kopi boleh memberi manfaat kepada pesakit kencing manis.


Itu antara kajian yang dilakukan pada minuman mengandungi kafein, terutama kopi. Namun seperkara yang perlu diingat ialah, budaya minum kopi masyarakat Barat tidak sama dengan budaya kita di sini.

Masyarakat Barat kebanyakannya minum kopi pahit (tanpa gula) sedangkan kita suka jika ia berasa sedikit manis, malah ada juga yang mahu kopi mereka lebih gula.

Kandungan gula ini membimbangkan kita. Walaupun kajian menyarankan kita minum antara tiga hingga enam cawan sehari, saranan itu mungkin kurang praktikal bagi masyarakat di negara kita yang sememangnya menghadapi masalah pengambilan gula harian berlebihan.

Setiap minuman atau makanan akan diperoleh manfaatnya jika diambil secara sederhana. Ingat, apa juga yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan. 


 
(sumber: harian metro)

 

Thursday, 18 August 2011

Mengapa wanita sangat istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah.....basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik....bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping.....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi...gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm....pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku....bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok....pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."....i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh....dah agak dah....

So?....apa yang peliknya...??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?....SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


--> Macam byk persamaan dgn kisah kt atas...x sangka skrg dh bergelar isteri & ibu. Alhamdulillah...

**thanks hubby**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...