Sunday 16 August 2020

KENALI SAYA

 

Selamat datang ke laman virtual saya! Terima kasih kerana melawat :)

Laman ini adalah medium untuk saya berkongsi aktiviti saya bersama keluarga, hobi saya, karier saya, dan juga lain-lain perkongsian. Saya mula berblog sejak tahun 2011, di mana saya banyak berkongsi tentang keluarga kecil saya.

Kemudian, pada tahun 2012, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai engineer dan menyambung pengajian peringkat PhD secara sepenuh masa. Saya melapor diri di Universiti Teknologi Malaysia (Jalan Semarak) dalam PhD in Mechanical Engineering pada Februari 2012. Bermula dari sini, saya banyak berkongsi tentang perjalanan PhD saya daripada awal pengajian, menyertai persidangan luar negara, viva, sehinggalah bergraduan dan menghadiri konvokesyen. Saya tamat belajar pada 2016, dan konvo pada 2017.

Job hunting saya bermula dari tahun 2016. Saya mula mencari peluang pekerjaan dalam bidang akademik dan juga industri. Setelah hampir 7 bulan, saya mendapat tawaran kerja daripada sebuah kilang sebagai engineer. Saya menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka, kerana saya memang ada passion ke arah industri, dan juga mempunyai pengalaman bekerja di industri selama lebih kurang 3 tahun sebelum menyambung pengajian. Walaubagaimanapun, saya masih meneruskan job hunting untuk mencari peluang yang lagi bagus.

Selepas 3 bulan di industri, saya mendapat tawaran sebagai staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh. Saya ditempatkan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) di bawah Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Syukur atas rahmat ini, kerana bidang yang ditawarkan adalah berkaitan dengan bidang pengajian dan kelayakan akademik saya, juga dengan pengalaman kerja saya di industri.

Pada awalnya, saya ditugaskan untuk mengendalikan kelas amali selama setengah semester. Walaupun saya pernah menjadi tutor sewaktu belajar peringkat ijazah sarjana muda, tapi pengalaman sebagai pensyarah adalah berbeza. Tanpa pengajian formal sebagai pengajar/pendidik, saya banyak menggunakan pendekatan perkongsian pengalaman kerja saya di industri kepada pelajar, sebagai salah satu pendedahan kepada pelajar tentang keadaan sebenar di industri yang bakal mereka hadapi nanti. Dari masa ke semasa, saya menimba ilmu pengajaran daripada senior, sahabat-sahabat, pelajar, dan juga dari pengalaman sendiri.

Selepas hampir 3 tahun, saya diberi amanah untuk mengajar 3 kursus utama iaitu Manufacturing Process Technology, Production Planning and Control, dan Management and Professional Ethics. Di samping ilmu pengetahuan yang saya ada sewaktu di peringkat pengajian ijazah sarjana muda, saya juga banyak berkongsi pengalaman saya sendiri di industri dengan pelajar.

Selain daripada pengajaran dan pembelajaran, pensyarah juga banyak peranan lain sebagai staf akademik, antaranya ialah penyelidikan, perundingan, dan pengurusan. Harapan saya, saya dapat menjalankan tugas dengan baik, dapat membentuk graduan yang profesional, di samping membina kerjaya saya dan menambah nilai kepada diri saya sendiri.

Production Planning and Control


"This course devotes into several main topics including forecasting, inventory, aggregate planning, materials requirement planning (MRP), job sequencing and operations scheduling, production activity control, and lean production and just-in-time (JIT). Specifically, these topics provide the understanding and knowledge on the concepts, methods and techniques of production planning and control, which are important in a company to achieve throughput targets and optimum performance from the production system."


Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar konsep dan kaedah yang digunakan dalam merancang dan mengawal sesebuah operasi. Selain daripada pembelajaran teori, pelajar juga didedahkan dengan penggunaan kaedah-kaedah ini di industri menerusi industry engagement seperti lawatan industri dan seminar. (rujuk gambar: Lawatan ke Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, 13 Mac 2019)

Sebagai nilai tambah kepada pelajar, saya juga mengambil peluang ini untuk memperkenalkan pelajar kepada Microsoft Excel dan Microsoft Project, dan menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan kedua-dua perisian ini di industri.


Lawatan ke kilang buku/majalah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...