Thursday 1 November 2012

Kandungan Kafein Dalam Kopi Bermanfaat??



ADA orang berasakan hidupnya kurang sempurna jika tidak dimulakan dengan secawan kopi. Peminum kopi mendakwa sukar berfikir jika tidak mendapat bekalan kafein pada awal pagi atau sekurang-kurangnya sebelum memulakan kerja.

Sebenarnya, kandungan kafein dalam kopi atau teh memang boleh membuatkan seseorang lebih segar. Ini sebabnya individu yang mengalami masalah sukar tidur tidak digalakkan minum minuman berkafein pada waktu malam, terutama dua atau tiga jam sebelum tidur.

Kajian terbaru mendapati, tabiat minum minuman mengandungi kafein juga ada faedahnya kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mengelakkan risiko kematian akibat serangan jantung, terutama warga emas.
 

Kajian ke atas 6,594 responden dewasa selama sembilan tahun yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika edisi Februari 2007 melaporkan, pengambilan kafein setiap hari didapati mampu mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung di kalangan individu yang mempunyai tekanan darah normal.

Sepanjang tempoh kajian, seramai 426 responden meninggal dunia diserang penyakit jantung. Responden yang minum empat atau lebih hidangan mengandungi kafein setiap hari mempunyai risiko 53 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding responden yang cuma mengambil setengah hidangan (setengah cawan) sehari.

Individu yang minum minuman berkafein antara dua hingga empat hidangan sehari boleh merendahkan risiko kematian akibat diserang sakit jantung sehingga 32 peratus.

Alasan diberikan ialah, kafein boleh meningkatkan tekanan darah yang biasanya turun sedikit selepas makan, satu fenomena yang semakin biasa di kalangan orang tua.

Tidak kira kopi baru dikisar atau kopi segera, kedua-duanya mempunyai kandungan kafein tinggi dan boleh memberi manfaat. Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat di kalangan responden yang sememangnya menghadapi masalah tekanan darah tinggi atau berumur kurang daripada 65 tahun.

Penemuan ini mungkin berita baik bagi penggemar kopi memandangkan ia minuman paling popular dan sakit jantung pula pembunuh nombor satu di seluruh dunia, tetapi seperkara yang perlu diingat ialah, apa juga jika diambil berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan.

Bagaimanapun, banyak kajian lain turut mendapati minuman berkafein seperti kopi mempunyai manfaatnya kerana ia turut mengandungi methylzentin; iaitu bahan yang digunakan dalam ubat asma.

Jadi kopi pekat boleh dijadikan ‘ubat kecemasan’ jika seseorang pesakit asma mendapat serangan jika ubat yang biasa diambil tiada. Namun, ini bukan bermakna kopi boleh menggantikan ubat yang disarankan doktor.

Hasil analisis data 126,000 orang yang dikumpul selama 18 tahun dilakukan penyelidik Universiti Harvard mendapati, pengambilan satu hingga tiga cawan minuman berkafein sehari boleh merendahkan risiko kencing manis sehingga 10 peratus.

Malah, ada juga kajian menunjukkan, kafein boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Lebih menarik, kebanyakan penyelidik mendapati lebih banyak kita mengambil kafein, lebih baik untuk kesihatan kerana ia juga merendahkan risiko kanser usus (25 peratus), sirosis hati (80 peratus) dan batu karang (50 peratus).

Kafein juga mempunyai kesan terhadap psikologi seseorang. Apa berlaku sebenarnya ialah kafein merangsang otak dan sistem saraf untuk bekerja dengan cara berbeza, kata Pakar Fisiologi Universiti Guelph, Kanada, Dr Terry Graham.

Antaranya ialah memberi isyarat untuk tidak mempedulikan keletihan atau menggunakan beberapa unit otot bagi melakukan aktiviti cergas. Malah, kafein mungkin mempunyai kesan langsung kepada otot yang membolehkan ia mengecut lebih kuat. Kesan ini membuatkan seseorang rasa lebih bertenaga.

Kajian mendapati kopi juga kaya dengan antioksidan, termasuk komponen dipanggil kuinin, dan apabila diuji ke atas tikus, bahan berkenaan boleh meningkatkan sensitiviti badan untuk bertindak balas terhadap insulin.

Atas alasan ini, kopi yang tiada kafein juga dikatakan baik untuk pesakit kencing manis. Namun, saintis belum dapat menerangkan sepenuhnya bagaimana kopi boleh memberi manfaat kepada pesakit kencing manis.


Itu antara kajian yang dilakukan pada minuman mengandungi kafein, terutama kopi. Namun seperkara yang perlu diingat ialah, budaya minum kopi masyarakat Barat tidak sama dengan budaya kita di sini.

Masyarakat Barat kebanyakannya minum kopi pahit (tanpa gula) sedangkan kita suka jika ia berasa sedikit manis, malah ada juga yang mahu kopi mereka lebih gula.

Kandungan gula ini membimbangkan kita. Walaupun kajian menyarankan kita minum antara tiga hingga enam cawan sehari, saranan itu mungkin kurang praktikal bagi masyarakat di negara kita yang sememangnya menghadapi masalah pengambilan gula harian berlebihan.

Setiap minuman atau makanan akan diperoleh manfaatnya jika diambil secara sederhana. Ingat, apa juga yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan. 


 
(sumber: harian metro)

 

Second Pregnancy - Part 5


 Slm...

sedar x sedar, dh sebulan berlalu. kandungan pn dh makin sarat...dh mula terasa 'beban' sampai kekadang rasa xlarat nk bawa perut..walaupun kalau nk dibandingkan dgn 1st pregnancy dulu, yg ni lebih ringan. so far, last skali scan ( 2 weeks ago ), berat baby anggarannye 1.6kg. according to doctor, berat baby ni average la.. x berat n x ringan, kira match la ngan body ummi yg bersaiz kecik ni. bila doctor tnya 1st baby lahir brp kilo, terkejut dia ummi cakap 3.3kg n lahir normal plak tu.. sbb badan ummi kecik. doctor ckp yg ni mungkin x seberat yg 1st, n hopefully senang la nk bersalin. pertambahan berat badan ummi pn normal, average 500gm dlm masa seminggu. stkt arini, my weight dh naik sebyk 9kg compare ngan before pregnant.


LOW BLOOD PRESSURE??

dlm entry yg lepas, ummi ada ckp psl bad news... ni nk citer sket walaupun bad news tu dh berlalu. nk dijadikan cerita, ms checkup last month, ummi ada gtau nurse yg ummi kerap sakit kepala. nurse ckp biasa la tu... ok. tp, bila jumpa doctor, dia baca plak report dr nurse psl sakit kepala tu n order from doctor, ummi kena check blood pressure (bp) 2kali seminggu. alamak! takkan nk kena dtg klinik 2kali seminggu..pastu checkup lg..hu, mcm xlarat je? pastu, check BSP plak kena wat sekali seminggu, sbb ada 1 reading yg high. byknye consume masa ngan urusan klinik! ms tu dh bengang n xtanya apa2 dh kt doctor. kuar jmpa nurse jap, dia kata bp ni blh tumpang kt mana2 klinik berdekatan..oic.. but, still kena buat..

dlm bengang2 pn, terpaksalah ikut order doctor. so, the following week tu check bp ( nasib baik bp blh cek kt farmasi n foc je ) n BSP, then jmpa doctor lagi. kali ni, rasa cuak jgk la nk jmpa doctor. but, fortunately, everything went ok. this time bkn doctor yg last week (doctor pompuan), tp doctor lelaki yg dh biasa jmpa sblm ni. bila dia tgk order yg doctor pompuan tu bagi, dia mcm rileks je...n dia revise blk apa yg tertulis tu, back to normal. maksudnye, bp xpyh cek sbb normal ( yelah, yg check setiap kali checkup tu pn, normal je ), n BSP pn kembali buat 2 weeks once. alhamdulillah.....rasa lega sgt. baguslah doctor ni, kiranya buat keputusan n order ada pakai logic jgkla, bkn semata2 teori. mungkin doctor pompuan tu baru lagi kot, buat decision terlalu ikut buku. syukur sgt, lega yg amat......


RISIKO ANEMIA

erm, this pregnancy...start dr mula2 checkup, mmg reading hemoglobin (hb) darah agak kurang, ie below than 11.0. memandangkan every week sama je, ummi dikira berisiko utk anemia. actually reading 9.0 - 11.0 ni kira low risk lah. doctor pn ckp, stkt reading ummi range 10.7~ 10.9 mcm tu, xde apa nk dirisaukan lah. cuma, as preventive action xmau reading makin turun, dos zat besi tu doctor tambah la, dari 1tablet daily to 2tablets. last check arini pon, still reading below 11.0, tp doctor xckp pape pon. more info psl anemia ni blh jgk refer kt sini.


PERSEDIAAN BERSALIN

this week, pregnancy dh masuk 33 weeks ( or, kalau ikut kira2 yg asal, dh 35 weeks ). mmg dh kena get ready la utk apa2 kemungkinan. brg2 baby, langsung xde beli lagi.. iyelah, dh anak kedua ni, brg2 basic tu kira dh ada la. cuma nk tmbh sket2 je. sian baby, mcm x endahkan dia plak..huhu. sori baby, minggu ni kita ajak abah g shopping ye! ;)

utk ummi plak, stlh survey2 set bersalin, ummi decide this time nk cuba set bersalin amway, Tropical Herbs. ni beli ngan fren abah. nk tahu keberkesanannye, kenalah tunggu lps abes pantang br blh citer ye..


plannye nk bersalin kt kampung n also berpantang kt sana. yelah, br kali kedua ni, blum cukup pengalaman lg nk berpantang sdiri...lagi2 plak ada Irdina yg sgt keletah n xreti duk diam tu. tgkla telatah Irdina.......

orang pakai skaf, dia pon nk jgk!

gaya 'peace' Irdina...xtaula sape yg ajar dia

masuk dlm kotak??


7 weeks more to go, hrp2 nye sumer bjalan lancar...
"Allahummakhrujhu min batni yauma wiladatihi sahlan wa tasliiman"
Amiin.

Tuesday 30 October 2012

Aktiviti bercucuk tanam


 Salam semua....entry kali ni fresh sket, penuh dgn kehijauan. erm,alkisahnye kami br blk dr kampung, n dh jadi kebiasaan, husband akan kutip benih2 pokok dr kampung utk tanam kt laman umah kami. yelah, kalau nk beli kt nursery pokok kt sini, high cost. jadi, mana yg blh angkut, kasi angkut la...sampai penuh bonet kete..

 -( antara pokok-pokok....sumernye diangkut ngan kete,sampai penuh bonet )-

keesokan harinye, bermulalah aktiviti bercucuk tanam...sumer husband yg buat memandangkan sy nk bawa perut pn dh xlarat.huhu..ada macam2 pokok kampung, saje bg hijau sket laman ni..barulah tenang n redup sket kawasan umah.

-( pokok pisang n lengkuas )-



-( pokok pandan )-

-( pokok kantan )-

-( pisang lagi )-

-( pokok kari )-

ada lagi pokok kelapa dlm 10 batang....yg ni kami tanam kt luar pagar. so, sesi fotografi xdptlah nk dijalankan. harap2 menjadilah pokok2 ni..n membuahkan hasil nnti..


Thursday 4 October 2012

Second Pregnancy - Part 4


Assalamualaikum semua...
coretan ttg second baby bersambung lg slps entry yg dulu tu...dh dkt 2bln dh rasanya x update..


 BSP REGULAR CHECKING

spt. yg diketahui, ummi kena cek BSP 2weeks once. bila dh balik seri pristana ni, agak susah la nk g klinik slalu. lagipun, klinik yg dekat ni, xleh terima kes ummi, katanya bkn kawasan dia. so, kena pegi klinik yg jauh sket, dlm 20km dr umah... kalau naik kete, dlm 30minit br sampai. so, bayangkanlah kalau dlm sehari nk pegi 4kali ulang alik, byk consume time.. minyak kete dsb. kebetulan, a fren of mine, ada beli mesin cek BSP ni n blum smpt guna, dia miscarriage plak. so, after borak2 time melawat dia tu, dia offer la mesin tu kt ummi. hurm, mcm bagus jgk...

lepas dh confirmkan ngan klinik yg BSP ni blh cek sdiri kt umah, br lah decide nk beli je mesin tu ngan fren ummi ni. haa, ni dia mesin nye...


maknanya, ummi kena cucuk jari sdiri la... n take reading sdiri 4kali sehari tu. pastu, keesokan harinye, br g klinik review reading tu ngan doktor. alhamdulillah... dh berkurang sket beban.

so far, setakat hari ni dh 2 kali cucuk jari sdiri.. ok je. xdelah sakit pn...


PERKEMBANGAN BABY

last 2 weeks, ada scan lagi. kali ni f.o.c sbb klinik kesihatan yg jauh dr umah tu, ada mesin scan. scan punye scan, akhirnya doktor revise plak EDD, tolak blk 2weeks, sbb ukuran baby time tu kecik. patutnye masa scan tu dh 29weeks, tp bila scan kuar 27weeks. doktor suspek mungkin tersalah kira. jadinye expected to deliver in mid-nov. ( kalau dpt date 12.12.12 cantik jgk ni! ). so far walaupun baby kecik, tp segalanya ok. position pn ok.. alhamdulillah...


erm, rasanya smpai takat ni dulu utk kali ni. actually smlm br lepas check-up lg n ada sedikit bad news, tp... nantilah citer ;(



< to be continued... >

Monday 1 October 2012

Happy 2nd Anniversary


Assalamualaikum n salam sejahtera...

Haa..dh lama sesangat nye x update blog. erm, ntahla..bz sket dlm sebulan neh. ok, sbg hadiah nye, diharapkan sudilah menonton secebis video kenangan kt atas tu. actually bingkisan ni disiapkan sempena our 2nd anniversary last july (specially dedicated to my hubby Sahrodin Abd Kadir yg masa tu ada jauh kt perantauan). tp, skrg br blh jadikan dia sbg video..n kt atas tulah hasilnye..

enjoy!


@@@ thanks for viewing @@@


Thursday 9 August 2012

nak asah balik skill menjahit ke??


Salam Ramadhan semua....

baru2 ni, balik dari klinik... tgk2 anakanda sy pakai baju kt bwh ni... terus ter-imbau kenangan zaman dulu2. hehe...



sebenarnya baju ni saya yg jahit sdiri, time muda remaja dulu. masa tu seingat sy, sy jahitkan utk adik pompuan sy. skrg dia pn dh form 2... bayangkan lah brp lama dh baju ni, dh jadi barang antik dh. masa tu konon2 nye minat menjahit la. abesla kain perca yg sy jumpa, sy jahit baju. tp, jahit ikut suka hati n design sdiri la. xkemas pn... belasah je.. kalau blh pakai, pakai la...


bila diingat-ingat blk, ada la bbrp helai lagi baju yg sy jahit, tp dh xde dlm simpanan. mungkin mak sy dh bagi2kan kt org kot. nasib yg ni dia masih simpan. padan plak dgn anakanda sy tu.. pakai kt rumah sudah la ye irdina, malu plak nk pakai g jenjalan... haha, wat gelak kt org je..

urm, tiba2 rasa mood menjahit tu dtg blk. yelah..sepnjg belajar n kerja, mana ada mesin jahit..sbb tu lah bakat menjahit tak ter-asah tu (berbakat ker???).. hehe. kalau kt kg, ada mesin... bila masa terluang blhla gatih* mesin tu..


kebetulan ada kain perca kt umah... pikir2... erm... design la 1 baju utk anakanda. almaklumlah nk cari baju pasang utk irdina kt kedai susah, xde saiz sbb kecik sgt. xpe, biar ummi jahit. tadaa!!


 ni dia baju utk irdina dh siap jahit. nama baju ni sy letak... Baju Punjabi... hehe.. kalaulah ada mesin jahit kt umah, blh asah lagi skill menjahit neh (attention to: Sahrodin abd Kadir )

babai.


*gatih = kayuh




Wednesday 1 August 2012

Aku Ditakdirkan Di Sini - Episod 2


 __________ Episod 2__________
"Assalamualaikum!!". Berkali-kali aku memberi salam, namun tiada sahutan. Lima minit kemudian, muncul Murni dengan senyuman yang padaku hanya yang dibuat-buat saja. Aku tahu hatinya kecewa. Tapi, sesungguhnya manusia perlu pasrah pada ketentuan-Nya.
"Waalaikumussalam... Eh Hana, jemputlah masuk!", dengan lembut Murni mempelawa aku masuk. Lantas aku menyoroti Murni ke ruang tamu. "Sabarlah Murni. Ini semua ujian tuhan. Semoga dengan menghadapi dugaan ini, Murni akan lebih tabah dan dekat dengan-Nya. Ingatlah Murni, Allah meningkatkan darjat seseorang melalui ujian. Kalau betullah cara seseorang mengatasinya, alhamdulillah... Tapi, jika tindakan melulu yang diambil, maka buruklah padahnya." Panjang lebar aku menasihatkan Murni tatkala aku lihat dia tak banyak bercakap, seolah-olah perasaan malu dan rendah diri menyelubunginya. Selalunya, Murni ceria dan selalu buat aku ketawa.

*****

Sedang asyik kami berbual, ibu Murni keluar sambil menatang sedulang teh dan sedikit kueh-mueh. "Ha Hana, macamana persiapan ke KMM? Dah beres semuanya?"
"Alhamdulillah makcik, segalanya sudah siap. Insya Allah malam besok kami bertolak."
"Baguslah kalau macam tu. Makcik harap Hana dapat belajar rajin-rajin. Balas jasa Mama dan Papa."
"Insya Allah makcik."

Setelah lebih kurang sejam bersama, aku minta diri untuk pulang. "Hana, maafkan Murni andai sepanjang persahabatan kita, Murni telah menyakiti hati Hana." "Murni, Hana tak pernah ambil hati dengan Murni. Malah, Hana rasa bahagia bersahabat dengan Murni."
"Alhamdulillah. Murni harap Hana tak lupakan Murni kat sini. Selalulah kirimkan berita Hana kat sana, ya!"
"Baiklah Murni, Hana janji."

Sebelum berpisah, kami bersalam-salaman. Tanpa disedari, airmataku mengalir deras membasahi pipi, membuktikan keikhlasan persahabatan kami. Ya Allah, semoga kami dapat bersua lagi...

*****

Dalam perjalanan pulang, fikiranku masih teringatkan Murni. Apa nasibnya selepas ini? Aku dapat rasakn kesayuan hatinya. Kenapa tidak? Sejak tingkatan dua, kami berkawan rapat. Kami selalu bersama ke mana saja kami pergi. Di mana ada Murni, di situlah ada aku. Aku masih tak boleh lupakan peristiwa tiga tahun lepas, tatkala aku gagal memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Murni lah yang membantu aku mengambalikan kembali semangat untuk belajar. Akhirnya aku sedar bahawa Allah berhak menguji hamba-Nya. Aku bangkit semula mengejar cita-cita dan impian. Kami bertekad untuk meneruskan perjuangan ini demi mengendong harapan ibu ayah. Walau dengan apa cara sekalipun, kami mesti menjejakkan kaki ke menara gading! Namun, Murni pula dikenakan tamparan yang hebat apabila gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Hanya Tuhan yang tahu perasaan kami.........

Pang!!! Satu dentuman yang kuat mengejutkan aku dari lamunan. Pada masa yang sama aku dapat rasakan diriku di awang-awangan. Kepalaku pening dan aku rasakan bumi berputar begitu pantas sekali. Pandanganku kabur dan akhirnya dunia menjadi kelam...

*****
 < bersambung..... >

Monday 30 July 2012

Aku Ditakdirkan Di Sini - Episod 1

 __________ Episod 1__________

Tingkatan 6 bawah hari ini riuh rendah. Kelas yang biasanya hanya dipenuhi oleh separuh daripada bilangannya, hari ini penuh. Pelbagai ragam yang dapat diperhatikan. Ada yang gembira, sedih, dan ada yang termenung sendirian. Itulah aku. Di suatu sudut di belakang kelas, aku hanya memerhatikan teman-teman yang lain berkongsi perasaan mereka. Sedangkan aku masih dalam kebingungan. Tatkala ada kawan-kwan yang bersedih kerana tidak mendapat tawaran ke KPM, aku pula berduka kerana diterima masuk ke KMM. "Kenapa dengan kau ni Hana? Happylah sket......"."Entahlah. Syukurlah kau dapat tawaran, cerah masa depan. Aku ni....tak tahu apa nasibnye lepas ni......". Usikan dua teman mengganggu lamunanku. Suraya berjaya ke KMPP manakala Murni pula gagal. Sebetulnya aku patut bersyukur...

*****

Tension, bingung, serabut. Itulah perasaan yang silih berganti dalam hatiku sekarang. Kalau di sekolah kawan-kawan sibuk bercerita persiapan ke KPM, di rumah pula, Mama dan Papa tak lekang dari menanyakan perihal aku, "Macamana Hana, nak pergi ke tak?". Persoalan inilah yang sering diajukan. Dan, pertanyaan inilah yang menimbulkan serba salah di hatiku. Aku sedar, Mama dan Papa amat berharap agar aku dapat melanjutkan pelajaran ke UIAM. Aku sendiri memang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada warga UIAM itu sendiri. Tapi, betapa susah untuk aku menolak peluang ini, yang hanya datang sekali sahaja. Akhirnya setelah berunding dengan keluarga dan rakan-rakan, aku terima juga tawaran itu, walaupun dengan hati yang berat. Semoga aku dikurniakan kawan yang baik, tempat yang diberkati dan ilmu yang bermanfaat di sana. Amiiin.

*****

Dua minggu berlalu, segala persiapan sudah beres. Beberapa buah beg tersusun rapi di satu sudut di bilikku. Lagi dua hari, aku dan keluarga akan bertolak ke KMM. Oleh kerana semua kelengkapan sudah siap, aku hanya menghabiskan masa menonton tv. Boringnya!!!
"Mama, Hana rasa Hana nak ke rumah Murni lah". Aku mencelah ke dapur. Tak tahan rasanya dengan masakan Mama. Aromanya bisa menaikkan selera makan. Lepas ni, tak boleh lagi merasa masakan Mama setiap hari. "Sejak keputusan KPM diumumkan, Murni tak pergi ke sekolah. Kalau pergi pun, dia selalu bersendirian", aku menyambung. "Bagus juga cadangan Hana tu". "Kalau macam tu, Hana pergi dulu ya!". "Kalau iya pun, makanlah dulu nasi goreng ni. Nanti berkeroncong perut tu...". Ketawa kami memecah keheningan pagi.

*****

 < bersambung..... >



Saturday 28 July 2012

Second Pregnancy - Part 3


RISIKO MENGANDUNG + DIABETES

just wanna add sket sambungan kisah BSP dlm entry terdahulu...
Fakta yg perlu diketahui oleh bakal2 ibu semua, bhw ibu2 yg pregnant with diabetes...wajib bersalin ikut due yg tercatit dlm buku rekod kesihatan. alaa...yg tulis kt kulit buku pink tu, yg nurse kira masa first time buat buku tu..so, kalau kata xbersalin jgk by that date, hospital akan buat la apa cara skalipun biar bersalin jgk..

ikutkan perkiraan nurse, my due will be on 02.12.12...tp, sy mntk sgt2 bersalin sblm tu. takut kalau dh sampai tarikh ni xbersalin jgk, mcm2 kemungkinan blh berlaku. yelah, taulah kalau dh jd kes tu, mungkin kena paksa bersalin ngan ubat-ubatan...kalau xberjaya jgk, kena inject..kalau xberjaya jgk...mungkin berakhir dgn pembedahan..nauzubillah..

Sumber: www.babiesonline.com

mntk tlg kwn2 doakan jgk utk kami..semoga baby ni keluar sblm 02.12.12...thanx!




" Allahummakhrujhu min bathni yauma wilaadatihi sahlan wa tasliiman "


----******----

Thursday 26 July 2012

Keluhan Perantau

KELUHAN PERANTAU
by: Jamal Abdillah


uuuuuu.....uuuuuu......uuu....

Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

 Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Dimanakah kan kutemui
Sinaran cinta suci

Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahgia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci

uuu...uuu...uuu..uu..u....

Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahgia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci


@@@ Specially dedicated this song to encik Sahrodin yg amat meminati old songs..suatu masa dulu, slalu dgr intro lagu ni jadi message tone dia. satu ofis jd sedey n pilu...hahaha. harap2 beliau dh temui cinta suci yang dicari2 @@@


Saturday 21 July 2012

Second Pregnancy - Part 2

Assalamualaikum semua...it has been a while since I wrote a post. anyway, ini ada sedikit bingkisan dan update terbaru berkenaan my second pregnancy...sambungan drpd entry ini :-

 BSP CHECKUP

BSP stands for Blood Sugar Pressure.. br je tau term ni last 2 weeks. actually test ni kena buat bila sorg ibu mengandung disahkan ada diabetes ( yg mana dpt tau drpd test minum air gula ). setahu sy, xsemua yg kena lalui 'derita' minum air gula ni. hanya ibu2 yg ada history diabetes je..n kalau nasib x menyebelahi ( reading lebih drpd 6.0 ), alamatnye 'penderitaan' tu akan berterusan lah sampai bersalin. knape mcm tu? sbb kena buat BSP test every 2 weeks.
BSP test ni dibuat 4 kali sehari. kalau masa mula2 sy buat d puncak alam... time dia 8.00pg, 11pg, 3ptg dan 9mlm. syaratnye, 2jam sebelum test tu... xboleh makan n minum. utk bulan puasa ni plak.. lg horror timing dia... 4.30pg, 12tghr, 6.45ptg n 11mlm. xtaula lg camane sbb lusa br nk test. nasib baik la klinik dekat je ngan umah.. ulang alik. n nasib baik jgk skrg x kerja n masa flexible. kalau org2 bekerja, macamana la agaknye ye nk manage time.
so far, 2 kali sy dh attend BSP test.. reading ok ( below 6.0 ). keesokannye lepas buat BSP test ni plak, kene consult doktor kt klinik kesihatan for review. doktor ni akan tgk result kita n komen or advise ( or sometimes marah kalau reading nye terlampau tinggi or rendah...xoxo ).
bile difikirkan. byk btl masa abes kt klinik. kalau next time pregnant lg ( kalau ada rezki ), mmg kena btl2 alert n jaga pemakanan. dh serik nk lalui semua ni lg.



BABY MOVEMENT

alhamdulillah... arini dh selesai menjalani ibadah puasa first day. rsnya kali ni special sket sbb baby dh 21 weeks ( trimester kedua ) yg mana baby sdg aktif membesar. berbanding ngan first pregnancy dulu, baby br nk jadi time bulan puasa. mula2 risau jgk takut rs cepat lapar n penat, tp insyaAllah... lgpun ni la ujian. untungnye baby ni, kecik2 dh start puasa...heheh
istimewa jgk kali ni, sy start rs baby movement today. walaupun hakikat sbnrnye dia dh lama bergerak kt dlm tu, tp sbb kecik lagi... so, agak susah la deria kasar kita nk detect pergerakan dia. even masa scan aritu pon, dia dh gerak. cuma baru skrg dpt rs skali skala 'jentikan' or mungkin 'tendangan' baby ni. alhamdulillah... lg terasa kehadiran baby...

Sumber: Majalah Pa & Ma
 
DOA IBU MENGANDUNG

masa first pregnancy dulu, kakak sulung sy ada share 1 buku tulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ttg Amalan Ibu Mengandung. 


dlm ni la ada doa ibu mengandung yg slalu sy amalkan.. tp syg xsempat nk scan ke apa. cuma maksudnye lebih kurg camni lah:- 

" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. "

di samping doa ni n amalan2 lain, hrp2 ada sedikit keberkatan sempena Ramadhan yg mulia utk baby ni. smg sy juga cukup kuat n tabah utk hari2 mendatang... walaupun tanpa abang di sisi...



Wassalam.



Sunday 8 July 2012

Ikan oh Ikan...


dh lama x update blog.....urm, kali ni nk citer sket psl ikan belaan kami...

alkisahnye, ikan2 yg 3 ekor ni nk travel jauh. sbb tuannye nk travel jauh. so, dlm jangkamasa yg lama tu, xkan nk tinggal ikan2 tu tanpa jagaan plak. jadinye, kena lah bw mereka ikut skali naik kereta. alamak, camane nk bw yer?

mula2 ingatkan nk tinggal kt jiran, mntk tlg dia jagakan ikan2 tu...tp, pk2 blk..isy, macam menyusahkan plak. lgpun, cik abang dh pesan suruh bw ikan2 tu skali. so, dgn jayanya abah sy sediakn 1 bekas utk letak mereka sepanjang perjalann nti


tujuan lubang ditebuk kt atas tu utk pengudaraan n pengoksigenan mereka la. bila dh dimasukkan ikan2 tu...alamak, 'tiris' la plak....kena ada 2nd container plak nk tampung yg 'tiris' tu. haa, ini dia...


spnjang 9jam travel....risau gak, takut ikan2 ni xselesa sbb agak sempit jgk la bekas ni nk muat 3 ekor ikan. kejap2 buka tgk keadaan mereka, smpailah akhirnya tiba d destinasi...dan, mereka ditempatkan d sebuah rumah tumpangan..tadaa!


n sekarang, ikan2 ni dh boleh berenang ke'happy'an dan bebas mcm berada d rumah sdiri...

- keli albino -

- ikan mpkb -

- ikan mpkb -
bekas2 tu nk kena keep btl2 sbb nti nk travel blk, nk pakai bekas yg sama..... dah ....




* tiris = bocor



Tuesday 26 June 2012

"Abang Sayang"

Abang Sayang by Julie Remie


Abang Sayang Abang di mana
Hati risau mengenang dikau
Abang Sayang hatiku bimbang
Lama ditinggal merantau

Jauh jauh jauh di mata
Di hati dekat lah sayang
Dalam dalam dalam nya laut
Lebih dalam rasa hatiku



%%% kenangan 2tahun lepas bertamu di hati %%%

Saturday 16 June 2012

Masihkah kau ingat???


Salam semua!

Ha, arini nk kongsi bbrp brg 'antik' kepunyaan sy yg masih lagi berfungsi sampai skrg..

1) kamus dwibahasa oxford fajar... kamus ni beli masa darjah 5 (11 tahun). kalau tgk cetakan dia 1994. walaupun ada bbrp edisi dh dikeluarkan, still 'rasi' ngan yg ni.. masuk sekolah menengah, universiti n kerja n sambung blaja blk pun... still guna kamus ni.. umurnye dh nk masuk 2 dekad dh.. hehe




2) kalkulator saintifik... yg ni beli masa form 4 (16 tahun). time tu kn wajib beli kalkulator saintifik utk SPM. so, mmg berpayah2an la nk dapatkan kalkulator ni. bila dh dpt seronok sgt... explore mcm2 yg ada dlm ni.. umurnye dh lebih 1 dekad, tp masih blh guna...




3) jam radio... yg ni dpt cabutan bertuah mase 1 program kt matrik UIA.. xigt dh program apa... tp rase bertuah giler masa dpt tu.. yelah, masa kt kolej kn radio jadi peneman utk blaja. bila ada radio ni, jadi lg bersemangat nk study... usia dh menjangkau 1 dekad... tp, masih guna sbg jam + radio kt ruang tv kt rumah sekarang ni..



hurm... itulah alkesahnya brg2 peribadi sy yg masih bertahan walaupun dh bertahun2 dimiliki... kata husband sy, sy ni 'cermat' bab menjaga brg2... that's y la tahan lama....


- adios -

Thursday 14 June 2012

Second Pregnancy - Part 1


BERITA YANG MENGEJUTKAN!!

Salam semua..erm, sbnrnya entry ni patut dh lama.. tp br skrg tergerak hati nk tulis.. actually ni psl my second pregnancy. pada awalnye mmg x expect pn akan pregnant dlm masa terdkt. bila Ms P xdtg2 dlm 2bulan, husband ckp ni macam pregnant je? tp, masa tu sy menafikan je, walaupun kdg2 rasa mcm btl. sbb ada la bbrp tanda mcm cepat penat, pening dan sakit2 pinggang... tp secara zahirnya still lg menafikan telahan husband. sbbnye, blum ready nk dpt baby lg. Irdina pn blum masuk umur setahun kn...

lama jgk la duk tertanya2...mencongak2..bila Ms P nk dtg ni?? tgu punye tgu..xdtg2 jgk. so, husband decide nk buat pregnancy test. masa tu kt kg, awal April yg lalu.. kononnye nk wat surprise la kt opah aki sekeluarga. husband sgt yakin yg sy pregnant.. n bila dh buat test, the result is POSITIVE! haha, senyum simpul la husband sy.. mmg btl jangkaan dia. tp sy, still rs xpercaya n xleh terima kenyataan. mcm2 la bnda yg difikirkan. psl study lg, psl nk kena tgal ngan husband nnti, psl Irdina.. dll. disebabkan sy blum yakin ngan result tu, sy diskus ngan husband xnak reveal lg kt famili sy kt kg ni... nasib baik dia setuju..

disebabkan ketidakyakinan sy tu..bila dh blk umah kami kt pristana, sy buat pregnancy test lg sekali. ujung April yg lps (buat senyap2 je, husband xtau...huhu). and the result is POSITIVE again! hah, mmg sah lah.. dan sy pn dh mula blaja terima kenyataan ni. apepun alhamdulillah... ALLAH dh bg rezeki kn? Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu. kalau ikutkan husband, katanya Irdina mmg perlukan adik cpt, sbb Irdina ni jenis suka berkawan. so, bila dh ada geng, kira kurg la bosan dia..n dia xdelah kacau2 ummi slalu. oklah. kalau ikut perkiraan kami, umur kandungan ni dh 11 weeks.


FIRST BABY CHECKUP

Bila dh pegang title 'ibu mengandung' lagi.. husband mulalah mewarwarkan berita gembira ni pada famili n kwn2... seronok btl dia. n dlm pada tu jgk, dpt tau yg 2 kwn terdekat sy pn disahkan pregnant jgk.. Aishah dan k shida... n kalau ikutkn congak2 nye, baby kami akan lahir ujung tahun ni..  
 mula2 tu plan ngan k shida nk g checkup skali, kt klinik desa bandar puncak alam.. tp sbb lmbt buat appointment, k shida xdpt join. so, terpaksalah g sorg. masa ni, pregnancy dh 14 weeks. sampai sana je, tgk2 ramai jgk org.. igtkan xramai. amek nombor...tunggu turn...n follow the flow la. tp, ada problem sket sbb kata nurse kt situ, klinik ni xcover area Seri Pristana, which spttnye covered by klinik kesihatan ijok. utk kali ni, blh la proceed checkup kt sini, tp next time kena g ijok.. hurm, macam2 plak... okla...
kol 12tghr br abes checkup. so far xde problem. cuma next week kena dtg lg 'minum air gula' disbbkan ada family history got diabetes.
 


SCAN

masa checkup aritu, Dr advise srh scan immediately. so, on 11 Jun 12, sy n husband g scan baby kt klinik dr rozita.. kt area2 rumah ni je. hahaha, masa ni br btl2 percaya yg kt dlm perut ni dh ada baby. alhamdulillah, dh lengkap sempurna dh fizikalnye.. cuma saiz n berat dia kurang sket... kurg 1 week drpd tarikh yg kira. tp, xpe.. dr rozita ckp xperlu risau.. husband plak excited tgk baby tu dh bergerak2.. hihi. ni ha result drpd scan tu:-



  

DIABETES DURING PREGNANCY

on 12 Jun 12, skali lg g klinik desa bandar puncak alam utk 'minum air gula'. kali ni tawakkal la bawa Irdina skali.. malas plak nk tinggal dia kt nursery.adohai... nmpknya org lagi ramai arini compare ngan last week. tp, xpela...tunggu jela. nasib baik bw Irdina, xdelah bosan sgt.. Irdina ni plak peramah btl. abes org kt klinik nk ditegurnye. hurm, ada jgk mak2 kt klinik ni igt sy dtg nk checkup Irdina, upe2nye bukan.. tp maknye nk buat checkup. maklumlah... perut blum cukup besar lg..
around 10.30am, dpt result n keputusan yg mengecewakan... bacaan higher than spec (8.6, supposely below 6). so, secara rasminye sy disahkan mengalami diabetes during pregnancy. sma mcm kakak sulung sy masa dia second pregnancy. so, trs sms dia... tnya macamana keadaannye jadi 'penghidap' ni. hati dh risau dh.... sbb nurse ckp kena checkup utk diabetes ni 2minggu skali di samping checkup yg biasa tu. bunyinye mcm memenatkan kn? before blk, kena jumpa pakar pemakanan plak...dgrla nasihat2 berguna ttg pemakanan drpd pegawai sains tu. thanks!
blk umah je, terus jd risau sgt... pasni kena jaga pemakanan btl2 lah. byk minum air kosong, makan ikut masa...dll... ms ni sgt perlukan sokongan drpd en husband..




< to be continued... >
 
 

Monday 11 June 2012

Kunjungan Keluarga dari Batu Pahat


2 minggu lepas pada 2 jun 12, kami menerima ziarah keluarga dari batu pahat. memandangkan famili sblh abah irdina besar, memang penuh la rumah. 9 drpd 14 org beradik datang bertandang..dgn famili masing2...huh, gamat sungguh. tapi, seronok sbb meriah. sblm pulang, sempatlah bergambar kenang-kenangan di halaman rumah


****************************************************************
****************************************************************

Kepada kakak2, abang2 dan adik2...dan anak2 buah semua...
terima kasih daun keladi,
kalau sudi datanglah lagi.


('',)


Sunday 10 June 2012

Happy Father's Day



Assalamualaikum...


This is specially dedicated to Abah Irdina. Walaupun x seberapa, tapi kami nak ucapkan special thanks to Abah, atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Semoga segalanya diberkati Allah dan famili kita sentiasa dlm mawaddah wa rahmah...amiin.

Wednesday 6 June 2012

Jewel in the Palace

hurm....camane blh ter'sangkut' ngan drama korea plak ni??




citer ni dh lama kot (almost 6 years), mungkin dh basi dh para peminat tegar drama korea tgk kn? tp xpelah.. yg sy tau skrg ni sdg layan drama bersiri ni kt tv alhijrah. everyday kol 3.30 - 4.30 ptg, msti tercongok kt dpn tv...hehehe



citernye penuh suspen n dramatik..xdelah macam citer cintan korea yg lain..citer yg biasa2 ala2 cinta tiga segi...tu..dh bosan. dh blh agak dh pengakhiran dia. tp drama ni...mmg xblh agak. rsnya kisah ni kisah benar drpd kisah diraja korea zaman2 dulu...



wallahua'alam.






Terpisah Antara Benua =(


Semoga perpisahan antara benua ini akan mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kita. Sama2lah kita berdoa supaya segalanya berjalan lancar, dan semoga selamat pergi dan kembali.


teringat plak lagu zaman sekolah dulu...hehehe...

"selalu kudoa kepada tuhanku,
akan keselamatan dirimu,
selamat kaupergi dan berjuang,
kunanti bila kau pulang......"



@@@@ rabbi yassir wala tuassir @@@@


Wednesday 30 May 2012

Happy Birthday sayang...30 Mei 2012...



Wahai anakandaku Tengku Amirah Irdina....semoga membesar dgn sihat n bijak, n semoga menjadi anak yg solehah...n jgk semoga jadi kakak yg baik! =)


******         ******
************    ************
***************** *****************
*******************************
*************************
*****************
***********
******
***
*




Saturday 26 May 2012

Irdina and her own World

Dh lama x update about anakanda ni...skrg dh byk aktiviti yg dia buat...just sharing ler antara aktiviti irdina seharian:-










:: dh besar dh.......going to 1 year old in few days ::






 | thanks for reading |

Thursday 24 May 2012

Apa khabar semua??

salam..

wah,lamanya x jenguk blog..hampir 2 bulan.erm, dlm 2 bulan ni,byk perkara berlaku n out of control sket, tu yg idup jd xtentu hala je.rutin dulu2 dh jd xde dlm schedule..haha,bunyi mcm teruk kn?

xdelah..sebenarnya sedikit bz ngan study. yela..nk mula balik bnda2 blaja ni, slps masuk alam kerja, susah jgk. lg plak dgn status kehidupan yg berbeza, byk bnda nk kena fikir. kalau dulu, duk kt kampus..just fikir hal diri sendiri je. cukup time, daftar subjek ngan kwn2 pastu g kelas..buat esaimen, jwb quiz, midterm n final exam..dh, abes 1 semester. pastu, sibuk la plak nk mencari tiket blk kg. hurm, rutin tu diulang2 sampai la tup2 dh final year. n dh konvo tu kira mcm dh kemuncak la dlm kehidupan masa tu kn?...huhu

tp, xlama pastu alam pekerjaan plak menjengah. masa ni baru sedar dunia kt luar xsama ngan dunia kampus. cbrn nye mcm2..masyaAllah. kdg2 yg x terjangka dek akal, n kdg2 sampai kita rasa xmampu nk galas..jumpa ngan bermacam2 jenis manusia kn? rutin pn dh mula berubah..dh kena belajar menyewa umah kt luar n adapt ngan housemates yg mungkin jgk dr latar belakang yg totally different ngan kita..tp kena lah juga hadapi walau apa cara sekalipun. n masa ni jgk la kebykn drpd kita dh mula ada kenderaan sdiri. iyelah, bkn senang nk kerja kl xde transport sdiri kn? hari2,kena kuar keje awal..around 630 dh kene gerak,kalu x..mkn jem la jwbnye. blk plak, untung2 kol 7mlm sampai umah. kl x..mlm la jwbnye..samada OT ataupun tersangkut kt jem..huh, penatnye..sabtu ahad la masa yg ditunggu utk rest!



...tarik nafas jap...





dh terbiasa ngan kehidupan yg sebz itu, tiba2 berenti keje awal tahun ni. haa..jd xtentu arah plak. schedule dh xde, ikut suka hati lah nk buat apa. time now is in your hand! ms awal2 dulu rs best la kn..sbb anak blh jaga sdiri,xpyh ntar nursery dh. except kl ada kls or pape hal penting br ntar. blh masak n kemas umah n bebas drpd jem, n blh tgk drama bersiri mcm2 kt tv. follow satu2 tu..masa tu zaman citer Bella Calamidades, Little Star, Putri Yang Ditukar (org yg bekerja mungkin xtau ni). kdg2 bkn nk follow sgt pn, tp smbl duk melayan si kecik yg x tido, tu yg melekat kt tv je kejenya! tp lama2 jd penat n bosan plak, sbb masa dh jd xterurus. seharian berlalu mcm tu je..tp study ntah kemana.tup2 dh seminggu, tup2 dh sebulan..dlm pd duduk2 kt umah tu, hati risau je. cik abang plak asyik duk tnya, how's ur study?? (haih, masa blaja dulu drpd sekolah rendah smpai U, xdelah plak ada org concern slalu tnya study ok x ok camni...is it good or bad? kdg2 blh jd tertekan sbb soaln2 camni, jgn mare abang....;))



oleh kerana itu, amek masa yg ada utk rearrange life n schedule. kebetulan plak, last week cik abang dh siapkn satu bilik khas utk diriku study..kami panggil pejabat (manalah tau satu hari nnti nk bk bisnes ke...). thanks abang for your support. dgn kewujudan pejabt ni, semangat blaja ni bertambah la. ada proper place, study pn blh fokus...brg2 pn xdela diganggu gugat oleh si kecik! alhamdulillah...

n minggu lps nye lecture plak, menekankan ttg schedule n how important PLANNING is to make sure blh G.O.T (graduate on time) iaitu 3 tahun utk phd. lg tmbh la smgt utk mengembalikan 'zaman kegemilangan' study. kl difikir2kan, mmg rasa nk blk pd zaman dulu. masa kecik2 dulu..masih mumayyiz org ckp. otak pn bersih lg..thats y blaja senang masuk. tp, whatever is, we can never turn back to what we were 10 years ago...5 years ago...1 year ago, or even yesterday. we are what we are today, and hopefully we will be better tomorrow.



.....





huh, pnjgnye. rest dulu la. nti smbg lg kalau ada kesempatan. kepada sape2 yg sudi baca..thanks. jus nk luahkan apa yg sy bermonolog sorg2 dlm 4,5 minggu ni. adios!

Tuesday 6 March 2012

She is now 9 months...


Bising btl mulut si kecik ni skrg...huhuhu...

Thursday 23 February 2012

Hari Pendaftaran di UTM International Campus KL

Setelah hampir seminggu, hari ni br berkesempatan buat entry ni.

Alhamdulillah, pendaftaran pd 18 Feb 2012 berjalan lancar. bgerak ke UTM IC KL dlm kol 930am, smpai sana kol 10++. dh ramai org, tp xdela seramai hari pendaftrn degree kot. just follow dia nye flow.. n dkt kol 12tghr settle. hurm, igtkn sampai situ je, upenye ptg ada briefing sket. unexpected n actually dh ada plan lain ptg tu, tp kena lah attend briefing tu kn.





thanks a lot to my hubby sbb setia menunggu n take care his "daddy's girl".. n credit jgk sbb tlg amek gmbr step-by-step ni..huhu



n lastly..this is me after bergelar postgraduate student...alhamdulillah..





the briefing last at 530pm...pastu, kami meneruskan plan yg tertunda td tu...

:: thanks for reading ::  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...