Sunday 26 November 2017

Majlis Konvokesyen Tadika Genius Ilmu Bestari 2017

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, 25.11.2017, berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika Genius Ilmu Bestari 2017. Tahun ni, 2 orang anak saya yang berumur 5 dan 6 tahun diraikan. Tahun lepas, anak sulung saya yang berumur 5 tahun sepatutnya ada juga majlis konvokesyen, tapi disebabkan kekangan masa, kesihatan dan kewangan, kami tak dapat menghadirkan diri. Tahun ni, byk juga cabarannya, tapi memandangkan ini tahun terakhir mereka dan setelah tamat majlis ni, mereka akan berpindah ke tempat baru..kami meraikan mereka bersama rakan2 dan cikgu2.

Saya terpaksa meninggalkan anak kecil saya yang berumur 1 tahun dengan pengasuh untuk beberapa hari memandangkan saya jarak jauh dgn anak2 tadika. Dan, 2 hari sebelum majlis tu, kedua-duanya demam panas. Memang tak aktif langsung dan lesu je badan. Risau saya, sebab mereka bukan sahaja akan naik pentas untuk menerima sijil, tetapi juga membuat persembahan tarian mengikut kelas. Saya memantau keadaan mereka untuk pastikan mereka sihat pada hari majlis dan dapat merasakan kemeriahan dan keseronokan untuk terakhir kali bersama-sama dgn rakan2 dan cikgu2.

Tapi, pada hari majlis tu, anak2 masih belum sihat sepenuhnya dan masih lesu. Tapi, terpaksa juga dilepaskan pada cikgu2 utk meneruskan majlis. Kuat ye anak2! Itu je yang mampu saya doakan utk mereka. Saya simpan di sini sedikit kenangan sepanjang majlis utk tatapan anak2 bila besar nanti...

budak demam

senyum pun tak larat









persembahan fardhu ain


tarian 5 tahun - Humyra




kecik nye lah Humyra



tarian 6 tahun - Irdina





Irdina bersama best friend nya, Mecca Auli

cikgu2

cikgu pengetua

Humyra-Abah-Irdina


Monday 20 November 2017

Kisah Abah

WE ARE WHO WE ARE


Nk cerita kisah my dearest abah, Raja Mamat Raja Ali.

Dalam grup Whatsapp famili, kadang2 ada yg bercerita ttg susahnya bekerja, dilema nk berpindah randah la, dan mcm2 lg kesusahan. Sekadar utk bkongsi dgn famili. Kalau bukan famili yg mendengar, siapa lg kn?

Abah, seorang yg tak banyak bercakap seingat2 sy lah. Jarang skali Abah nk bercerita. Skali dalam grup Whatsapp tu, Abah bongkarkan kisah2 hidupnya waktu muda2 dulu. Biar sy simpan di sini untuk tatapan anak cucu sy nanti...


*********************************

[08/08 09:23] abah 2: Abah mulo mulo kijo.
Pinjam pitih nga Pok kob. Wak beli seluar baju kasut nok pakai kijo. Ganti cikgu sakit 3 bulan di sk manek urai.
[08/08 09:26] abah 2: Maso skoloh kena jual kayu api wak beli baju skoloh. Buku teks tok pernah cukup pasal kena beli bukan free srupo loni.
[08/08 09:26] abah 2: Kayu api ambik sawmill. Pikul wak kelik dekat 1km. Pak kerat pulok.
[08/08 09:29] abah 2: Beli baju kemeja putih buat raya. Lepas raya buat baju skoloh.
[08/08 09:31] abah 2: Naik bas mari pejabat k bharu dogol dogol tanya skoloh nok pakai cikgu. Takdok sspo tulong.
[08/08 09:51] abah 2: Pitih belanja skoloh kadang bulih kadang miss.
[08/08 10:07] abah 2: Mathemathics minat terlajok. Jak skoloh rendoh lagi. Buku latihan hilang dokmo dlm beg. Demo curi tiru. Sebelum balik cari maso salin soalan dlm buku teks hok ckgu bagi hwork. Kalu tok dae petang gi rumoh saing nok salin soalan.
[08/08 10:10] abah 2: Sekali tu cikgu ngajar 'navigation'
Bila buat latihan abah sore jah betul. Cikgu heran mengalahkan cina.
[08/08 10:12] abah 2: Dua tiga kali tengok rekoder dlm lemari kedai buku. Terlior. Nok beli takdok pitih. Rm7 jah. Kelik cari buluh peleting buat sdiri. Lagu pertama main 'ayam den lapik'
[08/08 10:13] abah 2: Kalu tok pandai matematik takdok ore nok ssaing bokali.
[08/08 10:24] abah 2: Walaupun ore jpn, ore ppd, saing saing skoloh tidak pernah menghargai atau mengiktiraf tapi rasa bangga jugok bila setiap kali jupo murid lama dia aka kata 'Cikgu matematik saya ni. Saya ingat sokmo cikgu ngajar saya.'
[08/08 10:28] abah 2: Ibu bapa juga ada mari jupo ucap t kasih. Hok reti lah.
'Anok ambo 'C' pun tok rajin bulih cikgu wei. Cikgu wak guano bulih 'A'. T kasih cgu.
[08/08 10:46] abah 2: Pengarah pendidikan. Cikgu Ma dulu mitok tlg ngajar anok dio drj 6. Bulih C nga D sokmo. Alhamdulillah akhirnya bulih A
[08/08 10:56] abah 2: Ayohngoh, abang che nani che cob. Masa ting 3 dok rungsing tok faham matematik ckgu dia ngajar. Tanyo abah.
'Oooh baru pehe. Cikgu ngajar lagu lain. Tok pehe sikit abok.'
[08/08 11:02] abah 2: Asas matematik kena betul betul kukuh.
[08/08 11:05] abah 2: Nok cari cikgu matematik sebenar payoh jugok.
[08/08 11:11] abah 2: Srupo jugok nok cari guru quran sebenar loni koho payoh.
[08/08 11:12] abah 2: Hok jadi tok guru doh pun baca tok berapo kena jugok.
[08/08 11:14] abah 2: Hok pandai sungguh dok kkapong dia tok tunjuk.
[08/08 11:22] abah 2: Sehari dalam sejarah.
Hari Sabtu. Nok gi ngajar di Kuala Balah kot sungai dgn motobot. Naik di Tangga Krai pukul 3 ptg.
Saing dari T merah mari sapa drumoh pukul 11 pg nok gi sama sama. Almarhum Kak Som pun masaklah nok make tgh hari.
[08/08 11:26] abah 2: Lepas smaye zohor nok make lah. Masak belako doh lauk. Terlupo nok masok nasi. Maso lewat doh. Tok jadi make sebab takut tok dae motobot. Sapa pengkalan drebar laung kali terakhir. Mujur dengar. Dia pun tunggu kita naik jah. Motobot pun mula bertolak.
[08/08 11:32] abah 2: Dalam pukul 5 motobot mapuh. Tepat tu nama Bunga Raya. Buke motorbot sebenarnya. Tok ingat. Ore panggil moto galoh.
Drebar kata patoh batang sat. Takdok aroh nok buat. Moto hok ngelah doh ni. Hok lain pah depan belako.
Dengarlah sayup sayup enjin motobot alah mari.
Drebar pun tahan motorbot. Semua ore naik bot. Moto sangkut hok rosak tu tarik dengan penuh barang.
[08/08 11:38] abah 2: Lambat lah banding nga moto galoh gak. Sapa Dabong pukul 8 mlm. Sepatut pukul 6 lagi sapa doh dkoloh. Pakat lapar belako. Ada ko dok makanan ni. Jauh lagi nih. Moto ni sapa dabong jah. Tok gi doh. Drebar nok beki.
Ada sore tu dia kenal rumoh tok ngulu. Kedai make takdok. Dia ajok 4 ore gi nga dia. Alhamdulillah. Bulih make nasi sini. Kenyang jugok.
[08/08 11:40] abah 2: Pukul 11 mlm siap beki moto galoh. Drebar panggil semua penumpang. Semua cukup. Bertolaklah menuju destinasi sebenar. Sk Kuala Balah.
[08/08 11:43] abah 2: Pukul 12 mlm sapa lah di k balah.
Ore kapong penuh dok tunggu tebing sungai. Terharu jugok rasa tiko tu.
Cerita ni ingat sokmo sokmo. Ore panggil pengalaman yg tak dapat dilupakan.
Saing tu lama doh mati tebalik mutosikal.

*********************************


Semua org pn sama mhadapi cabaran dlm hidup. Kalau kita rasa kita susah nk belajar atau nk dpt kerja, percayalah senior2 kita pn pernah lalui yg sama atau mungkin lg susah. Ada yg rs kesukaran nk manage famili, percayalah mereka pn pernah lalui yg sama atau mungkin lg sukar. Tpulang pd mereka sama ada nk kongsi utk bg pengajaran, atau utk biarkn bulat2 pd kita utk menanganinya..mungkin sbb dulu mereka pn selesaikan masalah mereka sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Dlm hidup, akan ada susah payah jerit perih yg mmg kita kena tempuh. Berpindah randah, pn mmg akan ada. Dulu, sy mula berhijrah ke KL lps dpt tawaran kerja. Waktu tu tak terasa sgt sbb dh biasa duk KL waktu belajar. Lagipun ada kwn yg sm2 bekerja di sini. Kbtln bertemu jodoh pn di KL. Sy mmg igt sy dh settle down kt KL. Dgn rumah dh beli kt sini, sekolah anak2 pn dh survey.

Tp, lepas hampir 10 tahun, rupa2nya rezeki sy ada di tempat lain. Bkn senang juga utk sy buat keputusan utk berhijrah ke tpt baru, kwn baru, semua baru dan asing lah bg sy. Tp, itulah. Akhirnya keputusan dibuat, disertakan dgn perancangan dan pertimbangan, of course.

Masalah, di mana2 pn ada. Tp, mcm mn kita mhadapi dan menyelesaikannya tu penting. Ke mana pn kita pergi, apa pun yg kita buat, buatlah sehabis baik dan termampu dan bawalah nilai diri yg ada pd kita. Sy igt lg cikgu skolah rendah sy pernah ckp dulu..awk g skolah mn2 pn sama, kalau awak pandai bw diri....waktu tu sy dlm dilema sama ada nk masuk asrama penuh atau sekolah agama. Jadi, we are who we are.

Bersyukurlah dan buat yg terbaik! Nanti blh cerita kisah kita plak kt ank cucu.


Also available at FB Page My Learning Hub:
https://www.facebook.com/MLH.mylearninghub/posts/501549473561309


Thank you (^-^)

Saturday 4 November 2017

Teringin bekerja di bangunan tinggi

Pernah, suatu ketika dulu terdetik utk bekerja di bangunan yg tinggi...perasaan tu lebih wujud lagi bila waktu belajar phd, sy diberi bilik student di BATC, iaitu cuma tingkat 2. Sedangkan bangunan sebelahnya iaitu Menara Razak, ada berbelas-belas tingkat. Setiap kali melihat Menara Razak dari jendela BATC, terbayang mcm mn lah bekerja di bangunan tinggi.

Waktu bekerja, memang sah2 la xde bangunan tinggi sebab semuanya kilang. Paling tinggi pun cuma 2 tingkat.

Tak tahu lah, mungkin biasa bg org lain, tp sedikit special bg diri saya.

Alhamdulillah, sekarang keinginan tu mcm dh tercapai. Tinggi, taklah setinggi Menara Razak, tp utk keadaan di tpt baru ni, kira di tingkat yg teratas dh la.

Nah, belanja sikit beberapa view dari tpt sy bekerja ....




Di sini, creating new memories while surrounded by old memories.
Pusing kanan, ada UIA; kenangan paling indah dlm hidup sy. Pusing belakang pula, UTM; kenangan yg mendewasakan sy dan menempatkan sy di mana sy berada sekarang.

Alhamdulillah 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...