Friday 31 October 2014

Rezeki datang lagi... Alhamdulillah


Seperti kebiasaan, pagi2 saya akan spent 15 - 30 minit untuk mengemaskini laman, meyiram pokok2 dan meninjau2 perkembangan anak2 saya..

pg semalam punye cerite, sy dapat mengesan perubahan pada salah satu pokok pisang kt blkg rumah. hah, dh ada isi!! excited nye, mcm baru dpt baby rasanya.... =)


Nampak tak, jantung pisang baru nk mula terbentuk tu? Alhamdulillah, ada rezeki lagi. Bbrp bulan lepas, pokok pisang kt bhgn depan laman start berbuah. dh dkt 3 bulan ni, pun masih belum masak... tunggu masa la tu kot. Kwn2 kt fb Kebun Bandar ckp mungkin sbln lg baru boleh dituai hasilnye..


Dh masak nnti blhla bagi2 kt jiran2... nk makan sdiri x abes setandan tu.


Monday 27 October 2014

Jatuh Cinta !



Assalamualaikum readers.....

Sekian lama tidak menulis, kerana keterbatasan waktu. banyak perkara yang dilalui tp tiada kesempatan untuk menulis n kongsi di sini.

Juz nak kongsi cinta dan minat sy sejak kebelakangan ni. indahnye bercucuk tanam!

saje je nk menghijaukan laman. tanam apa saja, asalkan hidup. mula2 dulu amek anak pokok dari kampung, then ada jgk yg beli kt nursery. pastu, yg terbaru ni, pantang ada biji buah ke apa, semua nk try semai. bkn nk harapkan berbuah sgt pn, yg pnting pokok tu hidup. bila biji tu mula2 keluarkan pucuk, hepinye rasa.. then, rajin2la siram n baja (kadang2 je membaja). untung2 ada rezeki, ada lah buahnye. kalau xde buah pon, dh menghijaukan laman pn alhamdulillah.

Pokok mangga - tumbuh dari biji yang dibuang kt sini

Pokok semalu - ahha, yg ni xtanam. tumbuh melata sampai memudaratkan plak, sbb batangnye berduri

Pokok kantan - anak pokoknye ambil dari kampung
Pokok pandan - anak pokok dari kampung

Kaktus ni pon amek dari kampung jgk

Ni kaktus jgk, tp xtau specific jenis dia. masa amek dari kampung dulu kecik je. dah 3kali tukar pasu, dan saiznye pn bertambah2 ikut saiz pasu

Pokok payung je panggil, xtau la plak nama rasmi nye. berkenan tgk pokok2 ni kat tepi2 jalan, so g cari kt nursery 4 pokok

Pokok temu - xpasti jgk. mula2 dulu amek dari kampung igtkan pokok kunyit. tp, tgk daunnye macam lain. so far, xpernah amek mkn pon isinye, just tanam sbg hiasan.

Pokok ni amek kt kampung jgk, xpasti pokok apa. tp ni jelah kot bunga yg ada kt laman ni.

Pokok lengkuas - asal anak pokoknye dari kampung. ni try pindahkan ke bbrp tpt kt tepi2 pagar. sbg hiasan, juz skali skala korek amek isinye buat gulai kuning / asam pedas / singgang

Pisang - anak pokok amek dari kampung. skrg sedang mengeluarkan hasil, tunggu lagi sebulan harap2 dpt petik la pisang ni

Pokok halia - baru je bertunas. antara projek terbaru dari halia kt dapur. harap2 sihat la pasni

Cili - ni pon projek sendiri, tanam dari biji cili kt dapur. asalnye banyak anak benih yg hidup, tp terpaksa cabut, tinggal sket je, sbb limited tanah available. ni pon berkongsi byk pokok dlm 1 pasu, xberapa nk cukup zat...tp, alhamdulillah la, dh ada bbrp biji cili

Bawang - projek suka2. tgk bawang kt dapur duk tumbuh je, tanam la sbg penghias n penhijau laman. Betik tu plak, tabur biji betik kt dapur. dh byk kali try sblm ni xmenjadi. alhamdulillah kali ni hidup. cuma xtaula ni betik jantan ke betina ke. kalau berbuah alhamdulillah...

Pokok kari - anak pokok ni dh lama amek kt kampung tp xbrapa nk hidup. last skali pindah kt pasu ni alhamdulillah, berhasil..

Ada lagi yg plg baru, cuba tanam biji2dari mknn kt dapur, antaranya tomato, asam jawa, jambu air, dan baru try beli biji benih kt kedai iaitu biji benih sawi n daun sup. Baru 2 hari, blum tau lg macamana..

Daun sup tu dh try tanam guna batang dari dapur, tp xmenjadi. kali ni try biji benih plak. Lg satu yg masih xberjaya nk tanam islah pandan. dh amek anak pokok yg bercambah dari pokok induk tu pun, masih xberjaya.

............................................


Makin lama makin jatuh cinta dgn menanam ni. byk dpt info berguna lepas join fb group Kebun Bandar, Kelab Kebun Keliling Rumah, dan  juga macam2 website antaranya Kebun Bandar. Bila ada rakan2 sekeliling yg sama minat tu yg makin seronok. tgk org tanam, kita pn nk tanam jgk, walaupun masih guna cara yg xproper. in sha Allah, tgk perkongsian rakan2 di alam maya ni, ada lah cuba sket2..

..............................................

Kalau nk diumpamakan menanam pokok ni, mcm jugak menjaga anak. untuk pastikan dapat pokok yg baik, benih dan tanahnye mestilah baik at the first place. Bila dh bercambah, disemai dgn rapi, then barulah pucuk tu blh membesar. then, nk pastikan pokok membesar dgn sihat dan mengeluarkan hasil, hendaklah dibekalkan dgn nutrien2 yg diperlukan, juga konsisten utk menyiram. kadang2 pokok2 ni pon nk kena belai dan bercakap2 jgk, n kadang2 ia perlukan sedikit kebebasan.

begitu juga kalau inginkan anak, at the first place kena pastikan ibubapa dari keturunan dan kalangan org baik2. then, bila dh bercambah, hendaklah dijaga dgn rapi sehingga lahir. dn utk membesarkan anak, perlukan keseimbangan dari segi keperluan jasmani, fizikal, rohani dan juga emosi. dan bila dah makin besar anak tu, perlu juga diberi sedikit kebebasan utk mereka meneroka dan memilih jalan yg terbaik, berpandukan asas yg telah dibina pada awalnya.

........................................

simptomnye, hari2 asyik nk jenguk je pokok2 tu, dh keluar pucuk ke belum, dh bercambah ke belum, dh berbuah ke belum, dh masak ke belum? haaisy, rs lmbt plak kalau duk menunggu je. jadi, skali skala xpayah jenguk pokok... bbrp hari or seminggu. so, bila g jenguk, msti teruja dgn berkembangan yg berlaku.

pst: di samping sibuk membesarkan pokok2 ni, kena jgk pay attention kpd lalang2 n rumput2 yg tidak diingini, bagi kemas laman..

Tuesday 29 April 2014

Aku Ditakdirkan Di Sini - Episod 4 (Finale)

 __________ Episod 4__________
Hari ini merupakan hari yang bahagia buatku. Apa tidaknya, setelah seminggu terperap di bilik berhawa dingin ini, aku dapat juga menghirup udara yang segar. Apabila selesai semua urusan, aku disorong oleh Mama berjumpa dengan Kak Ima dan Dr. Iskandar, doktor yang merawatku, kerana menjaga aku selama aku di sini. Berbekalkan sepasang tongkat, aku meninggalkan HUSM, tempat yang banyak mencoretka kenangan dalam hidupku.
Setelah hampir dua bulan berehat, akhirnya ku dapat berjalan semula. Betapa nikmatnya berjalan. Ini semua berkat kesungguhan dan kesabaran Mama dan Papa menjaga aku. Setiap hari, Mama lah yang menyediakan makanan untuk aku, memandikanku dan juga memberi dorongan untukku terus berusaha. "Jangan risau Hana. Mama yakin dengan keputusan yang Hana perolehi dalam SPM, Hana layak ke universiti. Mama  sentiasa doakan kejayaan Hana". Itulah kata-kata Mama yang menerjah ke benak fikiranku tatkala aku fikirkan nasibku. Sebenarnya, setelah berbincang dengan keluarga, kami sepakat untuk membatalkan pengajianku di KMM, sebaliknya menunggu panggilan universiti yang aku pohon melalui UPU.

*****
 Pada hari keputusan UPU diumumkan, hatiku berdebar-debar. Keputusan inilah yang bakal mencorak masa depanku. Setelah berkali-kali mendail talian 600-83-7890, kedengaran suara operator "Tahniah! Anda diterima untuk kemasukan Sesi 02/03 dalam jurusan kejuruteraan, kod no.......".

Mama, Hana berjaya!!!!!!
*****
Akhirnya, genap usiaku 18 tahun, aku menjejakkan kakiku di bumi bertuah ini, Matriculation Centre of International Islamic University Malaysia. Dendangan "We are the model of the ummah....guided by Quran and Sunnah...Matriculation Centre of IIUM...the gate of garden knowledge and virtue..." bergema. Apa yang paling menggembirakan aku ialah, Murni sama-sama menyambut hari lahirku di sini; MCIIUM.

*****

 Puteri Sunsilk (sunsilk_29@yahoo.com)
 2003
*****
 <TAMAT>
 

Aku Ditakdirkan Di Sini - Episod 3

 __________ Episod 3__________
Sejuk. Badanku menggigil. Dalam separuh sedar, aku terdengar suara Mama dan Papa. "Syukurlah, anak kita dah selamat." Aku jadi bingung. Apa yang telah terjadi? Aku rasa diriku disorong dan tiba di suatu tempat, aku dipindahkan ke katil. Kepalaku berdenyut-denyut. Aku masih kepeningan dan akhirnya aku terlena dalam kesejukan.

Berat rasanya mata ini untuk dibuka. Namun, aku cuba juga lantaran kudengar suara Mama memanggil-manggil namaku, "Hana, Hana, bangun sayang....". Aku seolah-olah terjaga dari mimpiyang ngeri. Kulihat satu persatu wajah yang ada di sekelilingku; Mama, Papa, dan Murni! Kemudian aku perhatikan pula pada diriku. Tangan kiriku dicucuk, tangan kananku pula berbalut kemas. Sebelah kakiku terasa berat untuk diangkat. Aku cuba menoleh, tetapi kepalaku pula rasa berat. Tiba-tiba hatiku menjadi sayu dan aku menangis tersedu-sedan apabila mendapati aku sekarang berada di hospital. Mama menusap lembut kepalaku, "Sabarlah Hana, semuanya selamat". Kulihat Murni mengangguk memberikan kepastian.
*****

Seawal dua hari aku di sini, aku dapat rasakan perubahan terhadap diriku. Fikiranku bercelaru. Aku tak banyak bercakap, termasuk dengan Mama. Aku masih tak dapat menerima ketentuan ini. Kenapa aku yang menjadi mangsa? Mengapa Allah mentakdirkan ini tatkala aku ingn mengotakan impianku untuk ke menara gading? Aku rasa segala-galanya telah lenyap dan aku hilang arah tuju. "Hana, kenapa macam ni? Hana tak patut bersikap begini. Hana orang terpelajar, tahu agama. Adakah betul tindakan Hana mempersoalkan ketetapan Allah?". Aku hanya membisu. Suasana sepi seketika. "Hana, di waktu Murni dalam kesusahan, Hana berikan Murni semangat untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah, Murni dapat atasi semuanya. Tapi sekarang, Hana pula buat macam ni. Murni tak mahu Hana terus-menerus menyalahkan Allah atas segala yang berlaku!". Murni berlalu meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.

Astaghfirullaahalazim....apa yang telah aku lakukan ini! Aku seolah-olah tersedar dari mimpi yang dahsyat. Betapa aku telah berdosa kepada-Nya. Ampunkan aku Ya Allah! Aku bersemangat kembali dan aku berjanji aku akan berubah!
*****

"Mama, Mama, bangun. Dah pagi ni". Manja suaraku mengejutkan Mama yang tidur di atas kerusi di sebelah katilku. Sejak tiga hari di hospital, Mama lah yang bersusah payah menjaga aku. Aku dibelainya seperti anak kecil. Walaupun terpaksa meninggalkan kerjany buat sementara waktu, Mama tidak pernah mengeluh. Betapa mulia hati seorang ibu. Semoga Allah merahmatimu, Mama; dan juga Papa.

"Hana nak minum?"
"Eh, Mama! Dah selesai solat?"
"Dari tadi lagi Mama tercegat kat sini. Mama tengok Hana asyik termenung aje. Jadi, Mama siapkan minuman untuk Hana"

Subhanallah.....aku mengelamun rupanya!

*****

Selesai makan dan dimandikan oleh Mama, aku terlantar lagi di katil ini. Hari ni sudah masuk empat hari aku terperosok di bangunan konkrit ini. Hidupku hanya bertemankan tilam dan bantal yang putih. Tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan melayan perasaanku yang menerawang jauh memikirkan ketetapan Allah ke atas diriku. "Hana kemalangan semasa pulang dari rumah Murni. Menurut saksi, motosikal yang Hana pandu dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu Hana keluar dari selekoh. Tapi, kereta tu melarikan diri. Sampai sekarang masih tiada apa-apa berita mengenainya", panjang lebar Papa menjelaskan keadaanku yang sebenar. Aku dibawa ke hospital oleh keluarga Murni yang mendapat berita kemalanganku daripada penduduk kampung. Menurut Papa lagi, aku hanya mengalami luka di tangan kanan, manakala kaki kananku pula terpaksa dijahit akibat luka yang parah. "Adik, buka mulut ye..", sapaan seorang jururawat yang kukenali dengan nama Kak Ima menoktahkan lamunanku. Itulah tugas Kak Ima setiap hari, mengambil suhu badanku. Selang empat jam, dia akan memeriksa aku dan menyuntikku dengan antibiotik. Tiada apa yang boleh aku lakukan hanya menahan kesakitan...

*****
 < bersambung..... >

Tuesday 22 April 2014

Mahir Excel #2


Salam

Kerapkali sy menghadapi masalah kalau ingin menaip ayat yg panjang menggunakan Excel. Jadi, kali ini sy akan kongsikan 2 function dlm Excel untuk menukar susunan ayat kita di dalam sesebuah Cell. maksudnya, ayat yang panjang bukan lagi hanya berada pada susunan 1 baris dan berkemungkinan akan terselindung dgn ayat di dalam Cell bersebelahan, tetapi akan muat di dlm 1 Cell dalam susunan bbrp baris.

di bwh ni, contoh ayat dlm Cell (kuning)yg terselindung..

jadi, guna Function Wrap Text utk memastikan keseluruhan ayat kita muat di dalam 1 Cell shj. 
select Cell-klik Wrap Text. done!
 

seterusnya, dalam ayat yg sama, kita boleh menggunakan Alt + Enter key utk berfungsi sbg Enter kalau menggunakan Microsoft Word. 
letak Cursor sblm perkataan yg hendak di-Enter, tekan Alt + Enter.... hasilnye jadi begini:-

smg mambantu, slmt mncuba v('',)

Be Careful With My Heart OST



***
If you love me like you tell me
Please be careful with my heart
You can take it just don't break it
Or my world will fall apart

You are my first romance
And I'm willing to take a chance
That 'till life is through
I'll still be loving you

I will be true to you
Just a promise from you will do
From the very start
Please be careful with my heart

***

I love you and you know I do
There'll be no one else for me
Promise I'll be always true
For the world and all to see

I'll be right beside you forever
I won't let your world fall apart
From the very start
I'll be careful with your heart

***

You are my first (and you are my last) romance
And I'm willing to take a chance (I've learned from the past)
That 'till life is through
I'll still be loving you

I will be true (I will be true) to you
Just a promise from you will do (only to you)
From the very start (from the very start)
From the very start (from the very start)
From the very start
Please be careful with (I'll be careful with)
my heart (your heart)

 ***

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-33 (PBAKL) 2014


Jom ramai2 ke pesta buku!

Tahun ni tahun ke-2 berpeluang dpt baucer buku 1Malaysia. jadi, kita tgk apa yg boleh borong kt pesta buku dgn baucer tu. tambah plak dgn Kad Siswa.....

Tahun lepas, sy grab buku2 kt bwh ni during pesta buku. tahun ni plan nk cari buku2 berkenaan research method, dan yg seumpama dgnnya.


@@ adios @@

Monday 21 April 2014

Mahir Excel #1

Salam buat kawan2 dan readers yg dihormati...

apa khabar semua?

dlm kesibukan kita menjalani kehidupan seharian, dan dengan kecanggihan teknologi yg ada skrg, sy percaya kita masih lagi menggunakan microsoft word, excel etc. utk menyelesaikan tugas2 kita, kan? x kira lah..yg kerja ke, yg belajar ke, yg berbisnes ke.. xbyk, sket pn msti ada. walaupun dh wujud mcm2 lg perisian yg lagi canggih, kdg2 yg basic tu tetap nk guna word, excel.

nk di jadikan cerita, sy pn slalu guna 2 perisian tu. yg beza nya, kalau dulu guna yg asas2 je..skrg ni, kena pndai manipulate ikut keperluan. kdg2 keperluan kerja, "eh, blh ke x ye buat camni...camtu"..."google lah....". rupenye blh buat mcm2 lagi kt dlm word, excel tu...cuma bila search google, kbykn nye source drpd english-language-medium website / blog. agaknye blog2 malay-language-medium ni duk sibuk citer psl apa ye?

jd, just nk share serba sket kalau ada yg memerlukan. mungkin ramai yg dh tau, tp pasti ada yg blum tau lg... at least ada ilmu baru, kn?


Function: Format Painter

# Fungsi: untuk Copy format daripada satu2 Cell kepada Cell yg lain. contohnye format font, colour dsb.
# 1 Cell telah di set kan formatnye. [CONTOH]. kemudian Cell kedua mengandungi text [Format Painter] yg kita nk formatkan sama dgn [CONTOH].
 # Pilih Cell [CONTOH], klik Format Painter, dan klik Cell [Format Painter]
 # secara automatik, format telah di Copy. (font, colour)

 
cukup dulu utk kali ni. next time sambung lg ye....

nk cntinue study plak ;)




Thursday 6 March 2014

Lagu OST Jihad Iskandar : Matahari by Hafiz Suip


Duk tercari2 lagu sape lah yg jd OST drama Jihad Iskandar kt Astro tu. best lagu nye, tp xde mention plak lagu kt penghujung drama tu. bila search kt google, pon susah nk jumpa..

lastly, dpt tau .. ni lah gerangan nye... hafiz suip, patutla best!

jom layan, moga bermanfaat ;)



Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Sunday 16 February 2014

Nk download lagu / video kesukaan?


Salam sejahtera semua.

Teringat masa study dulu, ada sorg kakak senior yg mperkenalkan sy dgn keepvid ni. ni salah satu tool utk download lagu, video lah. senang. xpyh install downloader ke apa..just perlukan url je.

kt sini ada lah sket step-by-step utk sape2 yg blum tau mcmn nk download lagu/video...ataupun yg dh tau tp sbg penambahbaik kpd cara yg sedia ada..k.

mmndangkn bdk2 skrg ber'hantu' lg ngan karakter upin-ipin ni..kita test download satu video upin-ipin ye....


1) search la mana2 lagu/video kesukaan



2)  kt Toolbar tu kn, ada url dia..hah, right-click pastu Copy url tersebut



3) dlm Tab yg berasingan, taip www.keepvid.com utk buka page mcm kt bwh ni



4) url yg kita dh Copy dr Youtube td tu, Paste la kt ruang donwload, then klik Download (perhatian: sila abaikan button DOWNLOAD n INSTALL yg besar tu, sbb tu hanya iklan semata-mata). satu popup akan keluar, klik Run



5)  then, dia akan keluar list of format yg available utk lagu/video yg kita download td.pilih la mana2 yg berkenan



6)  last skali, save.




dh selesai, mudah je kn..

Thursday 13 February 2014

My PhD Journey

Februari datang lg

dan

bulan ni dh genap 2 tahun (started on 18feb12) aku bergelumang dgn dunia penyelidikan
 1 more year to go, kalau nak G.O.T (graduate-on-time)


tp, based on current progress... mcm kena struggle sket, arghhh!


hrp2 dgn keep in touch dgn kwn2 yg same kapal, dpt lah kiranya kekalkan momentum study ni. antaranya....
kak safina
dll


other than that, ada follow jgk bbrp scholars utk dapatkan tip2 berguna dlm study:


adios.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...