Thursday, 26 May 2016

Tesis ooo tesis...fobia jadinya...

Alkisahnya pada minggu lepas, saya luangkan 3 hari 2 malam di universiti di selatan tanah air untuk urusan penghantaran tesis untuk viva. Alhamdulillah, perancangan kali kedua ni nampaknya okay dari segi masa dan slot temujanji saya dengan insan-insan yang berkenaan dalam proses penyerahan ini. Walaupun kali ni saya terpaksa memandu seorang diri selama berjam-jam, dan walaupun saya terpaksa membayar sendiri penginapan saya selama 2 malam (atau mungkin 3 malam, bergantung kepada keberjayaan misi kali ni), tapi saya gagahi jua demi menyempurnakan pengajian saya yang sudah menjangkau 9 semester ni. <Baca kisah terdahulu>

HARI PERTAMA
Saya bertolak dari rumah jam 9 pagi, saya jangka trafik pun dah agak lengang waktu ni. Saya ambil pendekatan cool and steady je sepanjang pemanduan, memandangkan jadual hari ni tak terlalu padat dan keadaan kandungan yang masih baru. Beberapa kali saya berhenti untuk hilangkan penat dan mengantuk, akhirnya dalam pukul 2 petang, saya sampai di universiti. Saya terus ke bilik pelajar phd, bertemu dengan seorang kenalan yang memang station di situ. Saya print 1 set tesis, untuk tujuan semakan terakhir supervisor dan juga semakan format oleh pusat pengajian siswazah. Memandangkan temujanji dengan supervisor tengahari esok, saya ambil keputusan untuk ke pusat pengajian siswazah terlebih dahulu untuk semakan format.

Sesampai di sana, tak ramai orang di kaunter. Bila tiba giliran saya, petugas tersebut membuat semakan dan cuma sedikit sahaja saya perlu perbetulkan. Saya beritahu yang saya datang dari KL untuk buat penghantaran tesis dalam sehari dua ni, beliau semak status hutang saya dengan universiti. Saya tahu saya belum lagi membayar yuran semester ni, sebab saya menunggu keputusan pengurangan yuran yang saya mohon bulan lepas. Bila dah dapat keputusan pengurangan yuran tu, barulah saya akan membuat pembayaran dengan mengeluarkan duit KWSP. Keputusan tu dijangka akan diketahui hujung bulan depan. Jadi, macam mana saya nak proceed dengan penghantaran tesis ni? Dah risau dah...kalau-kalau misi kali ni tak boleh diteruskan. Petugas tersebut mencadangkan agar saya ke Pejabat Bendahari, jelaskan situasi saya dan cuba minta surat pelepasan dari pihak Bendahari untuk membolehkan saya menghantar tesis. Nampaknya, bertambahlah senarai to-do saya untuk esok.

Selesai urusan di pusat pengajian siswazah, saya menuju ke tempat penginapan yang saya dh tempah awal. Tak jauh dari universiti, saya chek-in dan rehat dulu. Menjelang malam, saya buat sedikit pembetulan tesis dan semak balik perancangan untuk hari esok. Harap-harapnya semua berjalan lancar.

HARI KEDUA
Pagi-pagi saya dah menghubungi PA kepada supervisor saya yang sekarang berada di Korea untuk dapatkan cop tandatangan beliau. Perkara ini sudah saya bincangkan dengan pusat pengajian siswazah dan cop tandatangan boleh digunakan (sebab supervisor bersama).

Selesai di situ, saya terus ke Pejabat Bendahari untuk bertanyakan perkara yang dicadangkan oleh petugas pusat pengajian siswazah. Awal saya sampai, dahla parking jauh..rupa-rupanya pejabat tersebut mula beroperasi jam 9 pagi. Sambil tunggu pejabat buka, otak ligat berfikir sebarang kemungkinan yang akan berlaku selepas ni, sambil mengharap yang segalanya berjalan lancar. Jam 9 pagi, dapatkan nombor giliran dan tak lama selepas tu, giliran saya. Saya menjelaskan situasi saya kepada petugas di kaunter, dan beliau pun masuk bertanyakan pegawai tentang hal saya..tapi jawapannya mengecewakan. Saya mesti juga menjelaskan yuran sebelum saya memperolehi surat pelepasan. Saya masih ingin mencuba, saya minta izin untuk berjumpa sendiri dengan pegawai. Saya sendiri masuk ke bilik orang no. 2 di pejabat berkenaan, dan jawapannya hampa juga. Saya memang kena jelaskan hutang yuran tu. Walaupun saya masih menunggu keputusan pengurangan yuran, saya boleh jelaskan yuran sedia ada dulu, sekiranya permohonan pengurangan yuran berjaya, duit saya akan di refund.

Tak sempat sampai ke kereta, mata saya dah berair. Saya dah kecewa sebab walau macam mana pun saya teruskan misi ni, saya masih tak boleh serah tesis sebab saya tak ada cash untuk membayar yuran tu. Saya ambil masa bertenang sekejap, memikirkan apa lagi alternatif yang saya ada untuk menjayakan juga misi ini. Lalu saya dapat idea untuk minta bantuan dari encik suami, nanti bila saya dah claim dengan KWSP, saya bayar balik duit dia. Saya tahu dia ada sedikit simpanan, cuma sama ada dia boleh tak keluarkan duit tu dan bank-in kepada saya dengan sesegera yang mungkin.

Sementara tunggu respon encik suami, saya cari tempat makan dulu. Dah lapar sangat ni, dari tengahari semalam tak makan. Malam semalam lepas dah check-in hotel, dah tak larat dan tak berani nak keluar malam-malam, sorang-sorang. Jadi, cuma alas perut dengan minuman oat 3-in1 dan juga biskut. Sambil makan tu, saya dapat respon dari encik suami yang dia boleh usahakan duit tu esok pagi-pagi. Alhamdulillah.

Lepas makan, dah free sekarang sementara menunggu temujanji dengan supervisor pukul 2 petang. Saya cuba hubungi PA supervisor saya kalau-kalau saya boleh jumpa beliau awal sedikit, tapi beliau ada urusan lain. Jadi, saya tunggu sahaja lah. Ada masa terluang ni, saya ke centre sekejap untuk binding 1 set tesis yang saya print semalam, senang nanti supervisor saya nak semak. Selepas tu, saya ke masjid universiti sambil-sambil menjamu mata dan meneroka universiti yang jarang-jarang sekali saya kunjungi ni. Sementara menunggu azan Zuhr, saya nap sekejap. Kesian baby umi ni...

Selesai solat, saya terus ke pejabat supervisor saya. Saya sampai awal, bukan apa..sebab saya standby masa kalau-kalau supervisor saya minta saya buat apa-apa perubahan lagi, risau masa tak cukup pula. Supervisor saya semak page-by-page dan fokus cuma pada flow tesis dan bukan kandungan nya. Selesai semak, cuma ada sedikit sahaja yang kena betulkan, alhamdulillah. Selepas tu, beliau tandatangan bebarapa borang dan kami berbincang perkara-perkara lain lagi sebelum bersurai.

Kemudian, saya terus ke pejabat fakulti untuk mendapatkan tandatangan dan kelulusan daripada Pengurus Akademik. Beliau semak plagiarism dan published papers. Alhamdulillah selesai. Nampaknya saya dah boleh print beberapa set untuk penyerahan nanti..in sya Allah, esok.

Saya menuju ke bilik pelajar phd untuk print. Sebelum tu saya betulkan apa yang supervisor saya semak tadi. Saya print 5 set tesis 300 mukasurat. Jadi, saya perlukan 1500 helai kertas dan mengambil masa 4 jam. Sambil print tu, saya search kedai binding tesis di sekitar ni, kalau elok lagi yang masih beroperasi sekarang sebab saya nak tinggal tesis untuk binding, dan ambil keesokan hari. Alhamdulillah jumpa sebuah kedai yang berhampiran dengan hotel tempat saya menginap, dan bila saya buat panggilan, kedai masih beroperasi sehingga pukul 8.30 malam. Siap print, dah pukul 8 malam dan suasana di luar bilik pelajar phd ni memang dah gelap. Di tempat parking, cuma ada sebuah kereta selain kereta saya. Perasaan takut menyelubungi tapi saya gagahkan jua. Sikit lagi..sikit lagi...sambil tak putus-putus bacaan ayat kursi dari bibir dan hati saya. Saya terpaksa ulang 2 kali angkut tesis, labtop dan lain-lain barang ke kereta. Dah selesai tu, lega sangat! Terus  saya bergegas ke kedai binding. Sempat saya tinggal tesis di situ dan paling lambat boleh siap binding jam 1 tengahari.

Dah selesai semua, baru terasa lapar. Dari pagi tadi saya tak makan, jadi sebelum balik ke hotel, saya beli makanan dulu. Sampai di hotel, rehat sambil otak masih berfikir-fikir perancangan untuk esok hari. Harapnya semua berjalan lancar.

HARI KETIGA
Check-out hotel.

Pagi-pagi saya dh ke bilik pelajar phd untuk print 1 mukasurat yang bila saya semak semalam agak senget, dan mukasurat tu adalah mukasurat yang supervisor saya tandatangan semalam. Jadi, saya print sahaja standby kalau-kalau saya berkesempatan jumpa supervisor saya hari untuk tandatangan balik dan saya terus hantar ke kedai binding untuk tukar mukasurat tersebut sebelu mereka mula binding (katanya semalam mereka akan mula binding jam 11 pagi).

9 pagi temujanji saya dengan Timbalan Dekan Akademik di pejabat fakulti. Sekejap saja dapatkan kelulusan daripada beliau. Selepas tu, saya cuba hubungi supervisor saya dan saya nak jumpa dia secepat mungkin. Sementara menunggu respon beliau, saya sarapan dulu. Sambil tu juga, saya semak duit daripada encik suami dan alhamdulillah, dah masuk ke akaun saya.

Supervisor saya respon dan saya boleh jumpa beliau sekarang di tempat beliau bermesyuarat. Saya ambil sedikit masa beliau untuk tandatangan balik mukasurat tersebut. Dan, saya terus ke kedai binding untuk tukar mukasurat, nasib baik mereka belum lagi mula binding. Selesai.

Kembali ke universiti, keluarkan duit tunai dan terus ke Pejabat Bendahari untuk membayar yuran. Tak ramai orang waktu tu, jadi cepat je dah selesai dan saya dapatkan sekali surat pelepasan dari Pejabat Bendahari yang membolehkan saya serah tesis. Alhamdulillah..

Sebelum saya take a rest sekejap sementara menunggu tesis siap dibinding, saya ke pusat pengajian siswazah untuk menyemak borang dan apa-apa syarat lagi yang perlu lakukan untuk membolehkan saya buat penyerahan tesis. Alhamdulillah, dah disemak oleh petugas dan semuanya okay. Cuma tunggu tesis je dan saya dah boleh serah tesis.

Sementara menunggu tesis siap binding, ada masa luang untuk saya 'lepak' sekejap dengan seorang kawan phd yang baru masuk semester 6. Kajian beliau ada kaitan dengan kajian saya, jadi kami banyak bertukar-tukar idea dan berkongsi pendapat. Kami makan tengahari bersama-sama sambil bercerita, selepas tu beliau temankan saya ke kedai binding untuk ambil tesis, dan ke pusat pengajian siswazah untuk penyerahan tesis. Alhamdulillah, ada orang tolong bawakan 3 salinan tesis ke kaunter penyerahan tesis di tingkat 3. Akhirnya, selesai misi penyerahan tesis saya untuk kali ni. Alhamdulillah, syukur sangat dah berjaya melepasi tahap ni.

Saya terus bertolak balik KL petang tu, sebab hotel pn dah check-out. Selepas 5 jam, saya selamat sampai di rumah. Alhamdulillah.

HARI KEEMPAT
Eh, kenapa ada hari keempat ni...bukan dah selesai ke?
Hurm, alkisahnya saya off-day hari ni sebab nak rehat selepas 3 hari menjalankan misi. Sedang saya kemas-kemas barang, tergerak hati pula nak belek tesis yang ada dengan saya 1 set ni. Masuk mukasurat ke ii, saya perasan ada something wrong. Ya, mukasurat yang dikhaskan untuk saya tandatangan (declaration page) tapi ianya kosong! Saya sendiri yang lupa tandatangan, sedangkan dalam masa yang sama saya terkejar-kejar untuk dapatkan tandatangan orang lain! Hari yang sepatutnya tenang dan mendamaikan, dah jadi tak keruan pula.

Nasib baik sempat lagi saya call pusat pengajian siswazah dan menjelaskan perkara ni, saya diminta untuk datang tandatangan. Bila saya cakap saya sekarang di KL dan saya tanya adakah beliau akan proses tesis saya tanpa tandatangan tu, dijawabnya "entah". Lagi saya tak keruan sebab jawapannya tu tak meyakinkan. Saya tak nak ambil risiko apa-apa delay dengan tesis saya, jadi saya fikir saya kena ke universiti lagi sekali dalam masa terdekat. Paling awal Ahad ni..lagi 2 hari. Tapi, bagaimana cara, kos dan semua saya kena tunggu encik suami balik dan bincang dengan beliau.

Risaunya....takut encik suami marah pun ada juga..kenapa cuai sangat?

Bila encik suami dah balik dan dah agak free, baru saya ceritakan alkisah ni. Mula-mula dia terkejut, tapi nasib baik dia cakap "dah benda nak jadi, nak buat macam mana..". Selepas berbincang, kami ambil keputusan untuk saya ke sana menaiki bas. Tak perlu saya penat-penat drive dan mungkin jimat sedikit kosnya daripada bawa kereta sendiri. Cabarannya adalah saya tak pernah ke sana menaiki bas, dan juga tak kenal terminal bas, stesen bas yang berdekatan dengan universiti. Let's see how..

HARI KELIMA
Saya dah masuk ofis. Sambil-sambil tu saya cuba search tiket bas, stesen bas berdekatan dan lain-lain maklumat yang perlu untuk misi tambahan hari Ahad nanti. Walaupun ada rasa menyesal dan terkilan, dan menyalahkan diri sendiri, tapi saya pegang kata-kata encik suami. Bertabahlah..

HARI KEENAM
Bawa anak-anak ke stesen bas cari tiket bas, encik suami ada kursus pula hari ni. Alhamdulillah tiket ada, jam 9.30 pagi.

HARI KETUJUH
Sebelum gerak ke stesen bas, sempat la saya masak sedikit untuk suami dan anak-anak kat rumah hari ni. Kesian pula anak-anak cuti, tapi ummi kena ke universiti pula. Paling awal balik pun malam ni.

Mereka hantar saya ke stesen bas. Bas bertolak agak lambat juga, dekat pukul 10 pagi. Pada perkiraan saya, pukul 2 petang baru sampai ke destinasi, tapi belum lagi sampai di universiti. Mengikut kajian saya, bas ekspress ada berhenti di perhentian bas berdekatan universiti. Memang betul dan kebetulan ada beberapa orang juga penumpang yang turun di situ. Saya pun turun sekali. Terus saya ambil teksi untuk ke universiti. Perjalanan dalam 10 minit dah sampai ke pusat pengajian siswazah. Saya terus ke kaunter penyerahan tesis dan beritahu tujuan saya untuk datang tandatangan mukasurat yang tertinggal. Saya diarahkan untuk berjumpa dengan person-in-charge di pejabat. Person-in-charge cuti pulak 3 hari...nasib baik ada staf yang baik hati tolong cari tesis saya. Alhamdulillah, dapat seikat tesis sekali dengan borang-borang semua kat depan mata saya, saya pandang je...Kenapalah jauh sangat kau ni...huhu...

Apapun, saya terus tandatangan ketiga-tiga set dan dek kerana kerisauan dan fobia, saya belek-belek tesis tu banyak kali, takut-takut ada lagi yang tertinggal.  Dah puas hati, saya serahkan balik tesis tu kepada staf berkenaan sambil doa dalam hati semoga perjalanan tesis tu selepas ni lancar.

Kemudian, it's time for me to balik KL! Ha, masih tak jelas lagi sebenarnya jalan nak ke terminal bas, tapi memandangkan tak nak ambil risiko kalau naik bas bandar, jadi saya ambil teksi je untuk ke terminal bas. Bayar mahal sikit pun okay, janji selamat dan cepat sampai di terminal bas sebab saya nak kejar beli tiket bas petang ni. Dalam 20 minit sampai di terminal bas. Dalam pukul 4 petang. Bas terawal pukul 4.30 petang tapi kebanyakannya dah habis terjual. Jadi, saya pusing-pusing mencari tiket dan akhirnya dapat tiket pukul 5.30 petang. Sementara menunggu bas, saya solat dan makan dulu.

Sambil menunggu bas, sambil mengimbau memori pula. Sebab dah agak lama tak naik bas sejak dah ada kenderaan sendiri. Sambil tengok gelagat manusia juga, hari ni ramai orang sebab hari Ahad. Ramai orang nak balik ke tempat mencari rezeki dan tempat belajar selepas cuti hujung minggu.

Bas sampai on-time, tapi banyak menyinggah dan mula masuk ke highway dah dekat pukul 7 malam. Dalam bas ni agak kurang selesa sebab tak duduk single seat, dan kerusi nya agak besar. Bagi orang kecik macam saya ni, tergantung la kaki sampai lenguh lutut. Tahan je la, 5 jam je pun. Sampai di Melaka, jalan jem dari Ayer Keroh ke Seremban, tengok jam dah dekat pukul 11 mlm. Agak-agak pukul 12 tgh malam sampai lah ni. Tapi, rupa-rupanya bas ni ke TBS dulu, baru patah balik ke Shah Alam dan akhir sekali ke Klang. Jadi, saya mendarat di Klang pukul 1 pagi. 7 jam perjalanan dah macam balik Kelantan dah.

Sampai di stesen bas, encik suami dah ada menunggu dan kami pulang ke rumah. Perasaan tak tahu macam mana, lega bercampur terkilan dan penat! Tidur dulu sebab esok kena masuk ofis.

**********
Pengajaran dari misi ini ialah, segala perancangan milik Allah, sehebat mana pun kita merancang, Allah Maha Mengetahui. Jadi, kita kenalah banyak bersabar.


Sepanjang misi ini juga, saya banyak menggunakan khidmat Mr. Waze, sebab walaupun dalam universiti, kebanyakan tempat saya tak tahu sebab jarang sekali saya datang ke sini. Alhamdulillah, dengan teknologi makin canggih ni, banyak kelebihan dan kesenangan yang kita dapat. Cuba bayangkan macam mana orang-orang dahulu buat phd......

Sekian, thanks for reading.


Wednesday, 4 May 2016

Tesis dah siap..tp tak submit-submit lagi :(




Assalamualaikum semua,

Tesis dah siap..tp tak submit-submit lagi :(



Plan asal saya nak submit bulan Februari lepas, sbb tarikh akhir utk submit sem lepas. Tapi, memandangkan supervisor saya masih ada suruh buat penambahan, saya extend hingga bulan Mac, bermakna saya masih kena daftar untuk sem baru (sem sekarang) dan membayar yuran sendiri sebab dah sem ke-9 dan MyPhd dah buat pelanjutan maksimum. Tak apa, duit KWSP ada...



Jadi, bulan Mac saya usaha berhabis-habisan menyiapkan tesis, dalam masa yang sama saya berusaha menetapkan temujanji dengan kedua-dua supervisor, Dekan Akademik dan pihak-pihak yang saya akan berurusan semasa submit tesis nanti. Sebabnya, saya di KL dan segala urusan submit tesis, supervisor saya semua nun jauh di Selatan Semenanjung. Jadi, berdasarkan masa yang kesemua mereka available, saya rancang untuk ke kampus dalam masa 3-4 hari untuk tujuan submit. Kebetulan suami kena habiskan cuti tahunan dia sebelum April, jadi saya merancang untuk bawa suami dan anak-anak sekali. Kebetulan juga salah seorang supervisor saya menawarkan kami untuk menetap di homestay milik beliau selama kami di sana.



Menjelang akhir bulan Mac, iaitu minggu akhir sebelum saya submit, badan rasa semacam dan mual-mual, dan setelah diperiksa, saya didapati berbadan dua. Tapi, saya masih juga berusaha membuat yang terbaik, finalize semua benda, dan akhir sekali saya ingatkan supervisor saya bahawa saya akan ke sana esoknya. Bersemangat betul saya waktu tu, tak sabar rasanya!



Tiba-tiba saya dapat balasan mesej daripada supervisor saya mengatakan yang jadual dia penuh pada tarikh yang saya nak ke sana. Saya jadi hairan sebab saya dah berurusan dengan PA dia sebelum ni, dan tarikh pun berdasarkan availability supervisor utama saya ni. Baru lah saya dapatkan temujanji dengan pihak-pihak lain.



Tak lama lepas tu, co-supervisor saya pula mesej beritahu tentang supervisor utama yang tak available. Dalam pada tu, saya dah sampai rumah dan berbincang dengan suami. Sama ada saya nak pergi je uruskan yang mana boleh, atau macam mana. Belum sempat saya fikir habis, co-supervisor pula beritahu yang homestay yang di reserve untuk saya, dah diberi kepada pelanggan lain. hah? Satu hal pula saya kena cari tempat penginapan.



Saya hubungi supervisor utama minta dia luangkan sedikit masa untuk saya, waktu malam pun tak kisah sebab saya tinggal beberapa hari kat sana untuk urusan submit tesis ni. Nampaknya dia keberatan, katanya dia dah tak larat sebab dua hari dia menyampaikan ceramah dari pagi sampai petang. Co-supervisor pula, tiba-tiba ada pula kena hadir mesyuarat, viva pelajar lain dan lain-lain. Saya tak boleh nak paksa, walaupun rasa ralat.



Saya hubungi PA supervisor utama kenapa boleh jadi macam ni, sedangkan saya dah pilih tarikh tu dari awal lagi. Jawabnya, dia terlupa nak maklumkan saya balik. Masa tu saya memang rasa down dan terus buat keputusan untuk tidak ke sana untuk kali ni. Saya batalkan semua temujanji saya dengan Dekan Akademik, dan lain-lain. Tinggal lagi, suami saya dah minta cuti 4 hari...Kesian kat dia, 4 hari dia duduk rumah je. Saya pula kena la pergi ofis sebab saya minta off-office 4 hari untuk urusan submit tesis. Dah tak jadi submit, saya masuk ofis.



Bulan selepas tu, April .. saya sibuk dengan satu program. Lagipun, memang ikut plan asal saya, lepas saya submit tesis bulan Mac, saya akan fokus pula pada program ni. Jadi, tesis saya letak tepi dulu. Lagipun, hati masih sedih lagi. Disebabkan saya tak submit bulan Mac, saya tak boleh mohon untuk pengecualian yuran, maka saya kena bayar yuran untuk sem ni.



Setelah program selesai, hati pun dah terubat sikit, saya hubungi kembali mereka yang berkenaan untuk saya teruskan submit. Target saya, bulan Mei..mungkin minggu ke-tiga atau ke-empat, bergantung kepada masa mereka. Saya memang available, dan kali ni saya terpaksa ke sana seorang diri memandangkan suami dah tak ada cuti lagi. Saya hubungi PA supervisor utama, beberapa hari juga baru dapat masa, disebabkan jadualnya yang padat. Bila dah dapat masa supervisor utama, baru saya tanya co-supervisor. Dapat berita yang mengejutkan lagi, co-supervisor saya berada di Korea sehingga hujung Julai! Sentap lagi saya....Saya maklumkan kepada supervisor utama (sepatutnya dia pun tahu sebab rakan sekerja dia), untuk dapatkan nasihat macam mana saya nak proceed, sebab supervisor utama saya nak sangat perjumpaan untuk finalize tesis ni antara kami bertiga. Tapi, sampai sekarang masih belum dapat maklumbalas.



Perasaan saya sekarang, ralat sebab tesis dah siap lama, tapi macam tak dialu-alukan untuk submit pula. Kalau saya gagal submit menjelang Ogos, saya terpaksa daftar lagi untuk sem depan, dan membayar yuran pengajian lagi untuk nothing. Target asal saya nak konvo bulan Oktober nanti, tapi wallaahua'lam.



Saya jadi tak fikir sangat tentang tesis, tambah lagi sekarang dah bekerja dan juga sibuk dengan kandungan yang baru nak membesar. Saya harap sangat segala ni akan selesai secepat mungkin. Walau tak mengikut perancangan saya, sedangkan perancangan Allah lah yang paling sempurna. Semoga saya lebih banyak bersabar dan tabah.



Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...