Assalamualaikum...
Tiada kata lagi yang mampu diungkapkan. Biarlah gambar yang berbicara ...
Sunday, 11 June 2017
Tuesday, 6 June 2017
HIDUP ADALAH PILIHAN, HIDUP ADALAH UJIAN
Setiap kali berdepan dengan persimpangan besar dalam hidup, saya serinkali teringat-ingat sajak "The Road Not Taken" karangan Robert Frost, yang saya belajar sewaktu di sekolah menengah dulu.
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam membuat pilihan, yang mana ianya bergantung kepada tahap kematangan, atitud, orang sekeliling, keadaan ekonomi, masa, dan macam-macam lagi.
Dalam dunia motivasi dan kaunseling, kita digalakkan menyenaraikan pro and con, atau kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang ada, dan dari situ lah pertimbangan dibuat.
Dalam dunia kajian pula, seringkali metod AHP atau ANP digunakan untuk menentukan keputusan yang kita buat adalah yang paling signifikan. Metod ni sebenarnya boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian, tetapi jarang ada orang yang nak buat kira-kira yang begitu detail, lagi-lagi kalau masa untuk memilih adalah amat terhad.
Dalam Islam, kita diajar untuk intikhooroh bilamana kita berada di persimpangan yang kita amat2 buntu untuk memilih. Istilah Melayu menyebut "ditelan mati mak, diluah mati bapak" keadaannya. Memohon kepada Yang Maha Esa agar dilorongkan hati dan minda kita kepada pilihan yang akan memberi lebih manfaat, bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada insan-insan di sekeliling kita dan mungkin juga untuk masyarakat, agama dan negara. Allah knows BEST.
Apapun, setelah pilihan dibuat, yakinlah dengan pilihan kita dan bertawakkal. Apa sahaja yang bakal kita lalui di jalan pilihan kita itu, tempuhilah dengan tabah dan sabar. Itulah ujian dan cabarannya.
Jangan sekali-kali kita ber'kalau-kalau' sebab semuanya telah ditakdirkan. Jangan pandang belakang dan teruskan berjalan!
Subscribe to:
Posts (Atom)