Thursday, 19 October 2017

Tragedi Oktober

Oktober datang lagi. Pejam celik pejam celik, Oktober menjengah dengan seribu satu kenangan dan peristiwa.


Oktober, 9 tahun lepas, saya telah memiliki sebuah kereta milik saya sendiri. Dapat je slip gaji 3 bulan, Ma saya dah ajak saya tengok kereta dan terus book. Waktu tu, ada graduate scheme, so tak perlu bayar wang pendahuluan atau zero-deposit. Memandangkan waktu tu saya amat memerlukan kenderaan untuk bekerja di ibu kota, pinjaman kereta dibuat mengikut kemampuan waktu tu selama 9 tahun. Sebelum saya memiliki kereta sendiri, saya hanya mengharapkan ihsan housemate dan officemate yang setiap hari akan tumpangkan saya dari dan ke stesen komuter berdekatan. Oleh kerana risaukan keselamatan saya, dan tak mahu lagi menyusahkan orang lain, Ma saya cadangkan untuk membeli kereta sebaik sahaja saya layak memohon. Terima kasih juga buat Abah saya yang dahulukan duit booking sebanyak RM500.

Jadi, Oktober tahun ni 2017, saya akhirnya berjaya menyelesaikan bayaran kereta saya. Walaupun lama tempohnya dan sedar akan penurunan harga pasaran kereta, tapi saya puashati sebab saya membayar kereta tersebut dengan hasil titik peluh saya sendiri. Sementelah lagi, banyak sangat jasa dan kenangan kereta ni pada saya dan keluarga. Sayang sangat kat DBJ saya ni.





Oktober, 7 tahun lepas, saya telah memiliki sebuah rumah milik bersama saya dan suami. Proses pembelian bermula sebelum saya bernikah lagi dengan suami, tapi prosesnya mengambil masa beberapa bulan juga sebelum kami dapat kunci rumah. Tahun tersebut, saya dan suami melangsungkan pernikahan pada bulan Julai, tapi memandangkan kunci rumah masih belum dapat, kami masih tinggal berasingan iaitu di rumah sewa masing2 sewaktu belum bernikah selama 3 bulan. Akhirnya, 10.10.10, tarikh keramat, kami merasmikan kediaman milik kami ni. Alhamdulillah. Bermula daripada proses pembersihan rumah, pembelian perabot dan hiasan, dan lama kelamaan dah agak penuh juga rumah dengan barang, pokok (ada sedikit kawasan bercucuk tanam) dan orang (hehe, anak dah 3 orang). Dari tidur beralaskan toto, kemudian tilam, kemudian katil.

Namun, Oktober tahun ni 2017, saya terpaksa mengambil keputusan yang berat iaitu meninggalkan rumah yang telah 7 tahun saya diami ni. Tawaran kerja yang saya dapat ni di luar kawasan, jadi, saya tiada pilihan lain selain daripada berpindah ke rumah dan daerah baru. Agak berat hati saya untuk berpindah bukan sahaja sebab rumah ni, tapi juga sebab saya dah biasa dengan kawasan, kejiranan, kedai2, taska dan tadika anak2 dan sebagainya.







Oktober, 1 tahun lepas merupakan tarikh asal konvokesyen saya setelah usaha saya menyiapkan tesis pada bulan September. Tak sangka juga tesis saya tu sempat masuk mesyuarat senat Oktober dan diluluskan. Namun, disebabkan kekangan kesihatan, saya terpaksa memohon penangguhan konvokesyen ke bulan April 2017 (kisah selanjutnya di sini).


Oktober, 1 tahun lepas juga, saya secara rasminya bergelar penganggur. Kontrak saya dengan sebuah syarikat swasta, yang telah mengambil saya bekerja secara sambilan sewaktu saya menghabiskan pengajian PhD saya, tamat selepas 1 tahun 2 bulan.



Pada awalnya, saya sangkakan kontrak saya akan disambung ataupun saya akan diserap masuk sebagai penjawat jawatan tetap memandangkan ada projek yang sedang saya uruskan dan saya juga secara tak rasminya dah tamat PhD. Namun, percaturan syarikat tersebut tak seperti telahan saya. Bulan pertama saya hanya menanti kelahiran anak ketiga. Bulan kedua dan ketiga, saya dalam mood berpantang. Masuk bulan keempat menganggur, saya dah tak boleh duduk diam. Duit simpanan pun dah makin berkurang, jadi saya aktif job hunting sehinggalah saya akhirnya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat pemasangan kereta di ibu kota. Syukur saya kepada Allah kerana akhirnya saya dapat kerja setelah 7 bulan aktif job hunting. Setelah bekerja seminggu, saya dah jatuh cinta dengan kerja ni. Bukan sahaja skop kerja yang saya dah tahu selok-beloknya, tetapi juga bos dan team yang supporting, kebajikan yang terjamin dan persekitaran kerja yang baik. Namun, tak sempat lama saya bekerja di syarikat ni.


Oktober, tahun ni 2017, saya agak bersedih dan terkilan sebab terpaksa meninggalkan kerja yang saya suka dan dah selesa demi untuk kerjaya yang lebih secure dan bertepatan dengan kelulusan dan kelayakan saya. Beberapa minggu juga saya ambil masa sebelum keputusan dibuat. Dengan berat hati, saya meletak jawatan dengan notis 1 bulan dan pada 3.10.17 tamatlah perkhidmatan saya di syarikat tersebut.





Oktober, tahun ni 2017, selang beberapa hari setelah saya berhenti kerja, saya telahpun berada di daerah lain. Daerah yang asing bagi saya, memulakan pengalaman hidup yang baru. Rumah baru, tempat kerja baru, kejiranan baru, segalanya baru. 16.10.17 saya melapor diri sebagai kakitangan kerajaan di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Alhamdulillah. Apapun yang bakal dilalui pasti akan ada cabaran dan rintangannya. Semoga saya tabah.

 











Doakan saya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...