Tuesday, 3 January 2012

Menjelang 2012

Salam n selamat sejahtera..
Alhamdulillah, sudah 3 hari kita menjalani hidup di tahun baru 2012. Semoga tahun baru menjanjikan kehidupan yang lebih stabil, ceria dan paling penting diberkati n dirahmati.

Menyingkap kenangan 2011, tiada yg lebih berharga melainkan hadiah istimewa daripada pernikahan kami, iaitu permata hati kami Tengku Amirah Irdina. Tanggal keramat 30 Mei 2011 sentiasa terpahat d hati, tatkala menatap wajah comel Irdina. Alhamdulillah, di penghujung tahun 2011 iaitu 30 Dis 2011, umur Irdina sudah pun menjangkau 7bulan.

Jom kita lihat wajah Irdina 7bulan lepas...
 Setelah penantian lebih 10hari, akhirnya Irdina lahir ke dunia seberat 3.33kg di Hospital Universiti Kubang Kerian, jam 4.18ptg. Alhamdulillah sepanjang proses bersalin, abang sentiasa di sisi memberikan kata2 semangat.. n lahirnya Irdina disambut dengan laungan iqamat daripada abah.

Dan, setelah mengharungi susah senang n saat2 manis bersama Irdina n abah, Irdina sekarang membesar sebagai anak yg ceria n sihat,alhamdulillah..mari kita lihat aksi2 Irdina pada umur 7bulan..







Hurm..seronok melayan kerenah Irdina skrg,sgt suka bermain n yg penting time dia bermain ummi atau abah mesti ada di sisi. Semoga Irdina membesar dgn sihat n cergas..Rabbi yassir wala tu'assir, Ya Latiif....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...