Monday, 30 July 2012

Aku Ditakdirkan Di Sini - Episod 1

 __________ Episod 1__________

Tingkatan 6 bawah hari ini riuh rendah. Kelas yang biasanya hanya dipenuhi oleh separuh daripada bilangannya, hari ini penuh. Pelbagai ragam yang dapat diperhatikan. Ada yang gembira, sedih, dan ada yang termenung sendirian. Itulah aku. Di suatu sudut di belakang kelas, aku hanya memerhatikan teman-teman yang lain berkongsi perasaan mereka. Sedangkan aku masih dalam kebingungan. Tatkala ada kawan-kwan yang bersedih kerana tidak mendapat tawaran ke KPM, aku pula berduka kerana diterima masuk ke KMM. "Kenapa dengan kau ni Hana? Happylah sket......"."Entahlah. Syukurlah kau dapat tawaran, cerah masa depan. Aku ni....tak tahu apa nasibnye lepas ni......". Usikan dua teman mengganggu lamunanku. Suraya berjaya ke KMPP manakala Murni pula gagal. Sebetulnya aku patut bersyukur...

*****

Tension, bingung, serabut. Itulah perasaan yang silih berganti dalam hatiku sekarang. Kalau di sekolah kawan-kawan sibuk bercerita persiapan ke KPM, di rumah pula, Mama dan Papa tak lekang dari menanyakan perihal aku, "Macamana Hana, nak pergi ke tak?". Persoalan inilah yang sering diajukan. Dan, pertanyaan inilah yang menimbulkan serba salah di hatiku. Aku sedar, Mama dan Papa amat berharap agar aku dapat melanjutkan pelajaran ke UIAM. Aku sendiri memang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada warga UIAM itu sendiri. Tapi, betapa susah untuk aku menolak peluang ini, yang hanya datang sekali sahaja. Akhirnya setelah berunding dengan keluarga dan rakan-rakan, aku terima juga tawaran itu, walaupun dengan hati yang berat. Semoga aku dikurniakan kawan yang baik, tempat yang diberkati dan ilmu yang bermanfaat di sana. Amiiin.

*****

Dua minggu berlalu, segala persiapan sudah beres. Beberapa buah beg tersusun rapi di satu sudut di bilikku. Lagi dua hari, aku dan keluarga akan bertolak ke KMM. Oleh kerana semua kelengkapan sudah siap, aku hanya menghabiskan masa menonton tv. Boringnya!!!
"Mama, Hana rasa Hana nak ke rumah Murni lah". Aku mencelah ke dapur. Tak tahan rasanya dengan masakan Mama. Aromanya bisa menaikkan selera makan. Lepas ni, tak boleh lagi merasa masakan Mama setiap hari. "Sejak keputusan KPM diumumkan, Murni tak pergi ke sekolah. Kalau pergi pun, dia selalu bersendirian", aku menyambung. "Bagus juga cadangan Hana tu". "Kalau macam tu, Hana pergi dulu ya!". "Kalau iya pun, makanlah dulu nasi goreng ni. Nanti berkeroncong perut tu...". Ketawa kami memecah keheningan pagi.

*****

 < bersambung..... >



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...