Thursday, 1 November 2012

Kandungan Kafein Dalam Kopi Bermanfaat??



ADA orang berasakan hidupnya kurang sempurna jika tidak dimulakan dengan secawan kopi. Peminum kopi mendakwa sukar berfikir jika tidak mendapat bekalan kafein pada awal pagi atau sekurang-kurangnya sebelum memulakan kerja.

Sebenarnya, kandungan kafein dalam kopi atau teh memang boleh membuatkan seseorang lebih segar. Ini sebabnya individu yang mengalami masalah sukar tidur tidak digalakkan minum minuman berkafein pada waktu malam, terutama dua atau tiga jam sebelum tidur.

Kajian terbaru mendapati, tabiat minum minuman mengandungi kafein juga ada faedahnya kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mengelakkan risiko kematian akibat serangan jantung, terutama warga emas.
 

Kajian ke atas 6,594 responden dewasa selama sembilan tahun yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika edisi Februari 2007 melaporkan, pengambilan kafein setiap hari didapati mampu mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung di kalangan individu yang mempunyai tekanan darah normal.

Sepanjang tempoh kajian, seramai 426 responden meninggal dunia diserang penyakit jantung. Responden yang minum empat atau lebih hidangan mengandungi kafein setiap hari mempunyai risiko 53 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding responden yang cuma mengambil setengah hidangan (setengah cawan) sehari.

Individu yang minum minuman berkafein antara dua hingga empat hidangan sehari boleh merendahkan risiko kematian akibat diserang sakit jantung sehingga 32 peratus.

Alasan diberikan ialah, kafein boleh meningkatkan tekanan darah yang biasanya turun sedikit selepas makan, satu fenomena yang semakin biasa di kalangan orang tua.

Tidak kira kopi baru dikisar atau kopi segera, kedua-duanya mempunyai kandungan kafein tinggi dan boleh memberi manfaat. Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat di kalangan responden yang sememangnya menghadapi masalah tekanan darah tinggi atau berumur kurang daripada 65 tahun.

Penemuan ini mungkin berita baik bagi penggemar kopi memandangkan ia minuman paling popular dan sakit jantung pula pembunuh nombor satu di seluruh dunia, tetapi seperkara yang perlu diingat ialah, apa juga jika diambil berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan.

Bagaimanapun, banyak kajian lain turut mendapati minuman berkafein seperti kopi mempunyai manfaatnya kerana ia turut mengandungi methylzentin; iaitu bahan yang digunakan dalam ubat asma.

Jadi kopi pekat boleh dijadikan ‘ubat kecemasan’ jika seseorang pesakit asma mendapat serangan jika ubat yang biasa diambil tiada. Namun, ini bukan bermakna kopi boleh menggantikan ubat yang disarankan doktor.

Hasil analisis data 126,000 orang yang dikumpul selama 18 tahun dilakukan penyelidik Universiti Harvard mendapati, pengambilan satu hingga tiga cawan minuman berkafein sehari boleh merendahkan risiko kencing manis sehingga 10 peratus.

Malah, ada juga kajian menunjukkan, kafein boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Lebih menarik, kebanyakan penyelidik mendapati lebih banyak kita mengambil kafein, lebih baik untuk kesihatan kerana ia juga merendahkan risiko kanser usus (25 peratus), sirosis hati (80 peratus) dan batu karang (50 peratus).

Kafein juga mempunyai kesan terhadap psikologi seseorang. Apa berlaku sebenarnya ialah kafein merangsang otak dan sistem saraf untuk bekerja dengan cara berbeza, kata Pakar Fisiologi Universiti Guelph, Kanada, Dr Terry Graham.

Antaranya ialah memberi isyarat untuk tidak mempedulikan keletihan atau menggunakan beberapa unit otot bagi melakukan aktiviti cergas. Malah, kafein mungkin mempunyai kesan langsung kepada otot yang membolehkan ia mengecut lebih kuat. Kesan ini membuatkan seseorang rasa lebih bertenaga.

Kajian mendapati kopi juga kaya dengan antioksidan, termasuk komponen dipanggil kuinin, dan apabila diuji ke atas tikus, bahan berkenaan boleh meningkatkan sensitiviti badan untuk bertindak balas terhadap insulin.

Atas alasan ini, kopi yang tiada kafein juga dikatakan baik untuk pesakit kencing manis. Namun, saintis belum dapat menerangkan sepenuhnya bagaimana kopi boleh memberi manfaat kepada pesakit kencing manis.


Itu antara kajian yang dilakukan pada minuman mengandungi kafein, terutama kopi. Namun seperkara yang perlu diingat ialah, budaya minum kopi masyarakat Barat tidak sama dengan budaya kita di sini.

Masyarakat Barat kebanyakannya minum kopi pahit (tanpa gula) sedangkan kita suka jika ia berasa sedikit manis, malah ada juga yang mahu kopi mereka lebih gula.

Kandungan gula ini membimbangkan kita. Walaupun kajian menyarankan kita minum antara tiga hingga enam cawan sehari, saranan itu mungkin kurang praktikal bagi masyarakat di negara kita yang sememangnya menghadapi masalah pengambilan gula harian berlebihan.

Setiap minuman atau makanan akan diperoleh manfaatnya jika diambil secara sederhana. Ingat, apa juga yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan. 


 
(sumber: harian metro)

 

Second Pregnancy - Part 5


 Slm...

sedar x sedar, dh sebulan berlalu. kandungan pn dh makin sarat...dh mula terasa 'beban' sampai kekadang rasa xlarat nk bawa perut..walaupun kalau nk dibandingkan dgn 1st pregnancy dulu, yg ni lebih ringan. so far, last skali scan ( 2 weeks ago ), berat baby anggarannye 1.6kg. according to doctor, berat baby ni average la.. x berat n x ringan, kira match la ngan body ummi yg bersaiz kecik ni. bila doctor tnya 1st baby lahir brp kilo, terkejut dia ummi cakap 3.3kg n lahir normal plak tu.. sbb badan ummi kecik. doctor ckp yg ni mungkin x seberat yg 1st, n hopefully senang la nk bersalin. pertambahan berat badan ummi pn normal, average 500gm dlm masa seminggu. stkt arini, my weight dh naik sebyk 9kg compare ngan before pregnant.


LOW BLOOD PRESSURE??

dlm entry yg lepas, ummi ada ckp psl bad news... ni nk citer sket walaupun bad news tu dh berlalu. nk dijadikan cerita, ms checkup last month, ummi ada gtau nurse yg ummi kerap sakit kepala. nurse ckp biasa la tu... ok. tp, bila jumpa doctor, dia baca plak report dr nurse psl sakit kepala tu n order from doctor, ummi kena check blood pressure (bp) 2kali seminggu. alamak! takkan nk kena dtg klinik 2kali seminggu..pastu checkup lg..hu, mcm xlarat je? pastu, check BSP plak kena wat sekali seminggu, sbb ada 1 reading yg high. byknye consume masa ngan urusan klinik! ms tu dh bengang n xtanya apa2 dh kt doctor. kuar jmpa nurse jap, dia kata bp ni blh tumpang kt mana2 klinik berdekatan..oic.. but, still kena buat..

dlm bengang2 pn, terpaksalah ikut order doctor. so, the following week tu check bp ( nasib baik bp blh cek kt farmasi n foc je ) n BSP, then jmpa doctor lagi. kali ni, rasa cuak jgk la nk jmpa doctor. but, fortunately, everything went ok. this time bkn doctor yg last week (doctor pompuan), tp doctor lelaki yg dh biasa jmpa sblm ni. bila dia tgk order yg doctor pompuan tu bagi, dia mcm rileks je...n dia revise blk apa yg tertulis tu, back to normal. maksudnye, bp xpyh cek sbb normal ( yelah, yg check setiap kali checkup tu pn, normal je ), n BSP pn kembali buat 2 weeks once. alhamdulillah.....rasa lega sgt. baguslah doctor ni, kiranya buat keputusan n order ada pakai logic jgkla, bkn semata2 teori. mungkin doctor pompuan tu baru lagi kot, buat decision terlalu ikut buku. syukur sgt, lega yg amat......


RISIKO ANEMIA

erm, this pregnancy...start dr mula2 checkup, mmg reading hemoglobin (hb) darah agak kurang, ie below than 11.0. memandangkan every week sama je, ummi dikira berisiko utk anemia. actually reading 9.0 - 11.0 ni kira low risk lah. doctor pn ckp, stkt reading ummi range 10.7~ 10.9 mcm tu, xde apa nk dirisaukan lah. cuma, as preventive action xmau reading makin turun, dos zat besi tu doctor tambah la, dari 1tablet daily to 2tablets. last check arini pon, still reading below 11.0, tp doctor xckp pape pon. more info psl anemia ni blh jgk refer kt sini.


PERSEDIAAN BERSALIN

this week, pregnancy dh masuk 33 weeks ( or, kalau ikut kira2 yg asal, dh 35 weeks ). mmg dh kena get ready la utk apa2 kemungkinan. brg2 baby, langsung xde beli lagi.. iyelah, dh anak kedua ni, brg2 basic tu kira dh ada la. cuma nk tmbh sket2 je. sian baby, mcm x endahkan dia plak..huhu. sori baby, minggu ni kita ajak abah g shopping ye! ;)

utk ummi plak, stlh survey2 set bersalin, ummi decide this time nk cuba set bersalin amway, Tropical Herbs. ni beli ngan fren abah. nk tahu keberkesanannye, kenalah tunggu lps abes pantang br blh citer ye..


plannye nk bersalin kt kampung n also berpantang kt sana. yelah, br kali kedua ni, blum cukup pengalaman lg nk berpantang sdiri...lagi2 plak ada Irdina yg sgt keletah n xreti duk diam tu. tgkla telatah Irdina.......

orang pakai skaf, dia pon nk jgk!

gaya 'peace' Irdina...xtaula sape yg ajar dia

masuk dlm kotak??


7 weeks more to go, hrp2 nye sumer bjalan lancar...
"Allahummakhrujhu min batni yauma wiladatihi sahlan wa tasliiman"
Amiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...