Wednesday, 18 March 2015

2nd International Materials, Industrial & Manufacturing Engineering Conference (MIMEC 2015) Bali, Indonesia

Eh..eh, baru beberapa minit dh ada sambungan entry Bali......

ok. berbalik kepada conference yg aku akan attend, ia diberi nama MIMEC 2015. conference ni anjuran UTM bersama beberapa institut lagi termasuk kolaborasi dgn sebuah universiti di Indonesia. kali pertama diadakan di UTM JB pada 2013, dan kali kedua ni di Bali. Jadi urusetia MIMEC 2015 ni kebanyakannya adalah di kalangan student dan staff UTM .

conference ni diadakan di Bali Nusa Dua Convention Centre (BNDCC) yg terletak hanya bbrp kilometer dari hotel tpt aku menginap. hari pertama memerlukan setiap peserta utk mendaftar. menurut google map yg aku dh buat kajian sebelum ke sini dan juga menurut petugas di kaunter hotel, aku boleh je kalau nak berjalan kaki ke BNDCC, yg hanya akan mengambil masa 10-15minit. cuma laluan nya jalan kampung dan aku rasa agak bahaya kalau aku berjalan sorg2. jadi, alternatif lain ialah naik taxi. tambangnya cuma IDR 30,000 (bersamaan RM8), so itu pilihan terbaik buat masa ni.

sampai di BNDCC, terus beratur utk pendaftaran dan seterusnya ada opening ceremony yg ringkas di dewan ballroom, sebelum program diteruskan dgn parallel session utk presentation. during parallel session, para presenter akan dibahagikan kepada sesi2 pembentangan yg diadakan di 4 dewan berlainan. para penonton pula, bebas nak tgk presentation yg mana, dan kt dewan mana..bergantung kepada research interest masing2 dan boleh refer schedule yg telah diberi oleh urusetia. hari ni aku cuma jadi penonton shj sbb sesi aku esok ptg. so, aku pilih topik2 yg ada kaitan dgn research aku utk aku utk tambah knowledge dan juga tgk macam mana diorg present sbg benchmark utk aku present esok. utk pengetahuan semua, participant conference ni dtg dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Korea, Scotland, Taiwan dll. Jadi, cara penyampaian mereka juga variety.






Conference dan makan2 x dpt dipisahkan. ada minum pagi, lunch, minum ptg yg disediakan semasa conference. masa makan ni, rasa ralat juga berseorangan je. sambil makan, sambil tgk sekeliling....macam2 ragam manusia ni. ada yg berkumpulan 3-4 org, dan ada juga yg berseorangan macam aku. yg pasti, bila kita dh berkumpulan dan ada kawan2 di sekeliling, kita dh xpedulikan org lain. itu lah pelajaran yg aku dpt, bila aku tegur sekumpulan 3 org female participant yg aku percaya mereka ni dari Malaysia, dan muslim dari gaya pemakaian mereka. mereka cuma jawab sepatah dan berlalu mcm tu je.. tp semasa lunch, aku dipertemukan dan ditaqdirkan duduk semeja dgn seorang female participant juga, yg berseorangan mcm aku. erm, ada chemistry yg wujud di situ sbb masing2 berseorangan jadi nya, masing2 seolah2 memahami situasi 'kesunyian' dan 'kejanggalan' yg dialami.  bermula dari perkenalan dgn sis fazira waktu lunch tu, aku akhirnya dpt kawan. kebetulan pula dia menginap d hotel yg sama dgn aku. alhamdulillah...


hari pertama berakhir, dlm kul 5ptg aku naik taxi blk ke hotel. n the rest of the day, aku spent time siapkan slide utk presentation esok. dan juga practice sket2.

Day 2- presentation day
aku ke BNDCC agak lewat sbb nk get ready utk presentation. sesi aku kul 2ptg, jadi dlm kul 11pg baru aku ke BNDCC. aku plan nk berjalan kaki dgn fazira, tp semalam lupa pulak nk ambil no fon dia, cuma ambil no bilik je. bila aku g ketuk bilik dia, mcm xde org. sampai di BNDCC, jumpa fazira di ballroom. rupa2nya dia dh dtg ke BNDCC awal. kami bertukar2 no fon, dan dia ajak aku join dia jalan2 esok sebelum bertolak pulang. katanya, dia pun sorg2, tp dia dh book supir (pemandu pelancong) utk esok dan lusa. alhamdulillah, lepas jalan2 supir tu blh terus hantar aku ke airport. set!

presentation aku selesai around 430ptg. seperti kebanyakn presentation n2 lain, xde soalan pun. tp lega dh selesai, alhamdulillah. what's next?

memandangkan aku dgr di Bali ni sunset nya cantik2 jadi aku nak juga la melihat sendiri kecantikan sunset Bali. ada bbrp pantai yg popular dgn sunset, tp aku pilih yg paling dekat dgn BNDCC iaitu pantai Jimbaran. disebabkan esok flight aku ptg dah x sempat nk tgk sunset, jadi hari ni je lah yg tinggal. walaupun sorg, aku dh book taxi utk ke Jimbaran. fazira xdpt join aku sbb dia join dinner conference (disebabkan aku student, jadi fee yg aku byr x include dinner). jam 5ptg, taxi sampai dan bawa aku ke Jimbaran. perjalanan dari BNDCC lebih kurang 20minit, dengan tambang IDR 90,000 (bersamaan RM25). agak awal lagi aku sampai kt sana, jadi lama sket la tunggu sunset. tp xpe lah, just rilex2 kt tepi pantai yg x berangin tu..sambil tgk anak2 Bali main bola dan layang2. around 6.45 baru btl2 nmpk sunset dan hari pun gelap dh.... xblh lama sgt ni, dh malam nk naik taxi sorg2. cari Wayan (nama drebar taxi) dan terus dia hantar aku balik ke hotel.








malam ni, plan nk g urut tradisional Bali dgn fazira, tp dia lewat pula pulang dari dinner. so, cancel. aku rest je kt bilik, sambil makan megi dan layan Running Man huhu. then, kemas barang sudah sbb esok pagi dh nak checkout. tido.......zzzzz

Day 3- Jalan2
Allah pertemukan aku dgn seseorg yg membolehkan aku utk melihat2 sekitar Bali ni dan blh cari sedikit buah tgn utk famili, alhamdulillah. aku just follow fazira punye plan. lepas check-out hotel, dlm kul 10pg supir dtg jemput kami. first, kami ke pantai Nusa Dua. cantik tp agak sunyi dan xramai org. kata supir kami, ada pantai baru dan lagi cantik, so dia bawa kami ke pantai Pandawa.











then, kami dibawa ke GWK Cultural Park. entry fee kt sin IDR100,000 (RM 28). tempat ni macam tpt suci mereka, byk patung2 dengan sejarah mereka yg tersendiri. selain daripada patung2 tu, ada view yg cantik dari atas bukit, blh nampak Bali dengan pesisiran pantai2 nya yg indah.



















then, hari pun dh tghr, perut pun dh lapar. utk cari kedai makan yg halal, better bgtahu supir sbb dia dh biasa n tahu tpt makanan halal. utk pertama kali nya sepanjang di Bali, sy makan di kedai makan. kami pilih kedai makan minang.




Selesai makan, kami ke kedai cenderahati. jamu mata dan blh la beli sket buah tgn utk bw pulang ke Malaysia. nama tpt ni Krisna Wisata Kuliner. ada jual pakaian, keychain, makanan kering, barang hiasan, beg, telekung sembahyang, dll. after shopping, singgah solat di Masjid Agung Asasuttaqwa.



Usai solat, jam dh kul 4ptg. flight aku 645ptg. tp kalau nk ke mana2 tpt lagi takut x sempat pulak. jadi, aku minta terus hantar aku ke airport. fazira ada plan lagi lepas ni..nk ke Kuta. nk tgk sunset, kechak dance dll. dan dia akan menginap 1 malam lagi di Kuta. utk aku, dh cukup dh aku jalan2 serba sikit. terima kasih pd fazira sbb sudi ajak aku join dia jalan2. selain sporting, fazira juga suka bergambar dan x keberatan utk tlg amek gambar aku. syukur juga aku bawa monopod, blh la berselfie2...Terima kasih Allah sbb mendatangkan fazira kpd aku. Syukur, alhamdulillah.



2 jam juga menunggu utk check-in airport. tiba masa nk depart, flight postpone selama 1 jam. masa ni lah aku dpt tgk sunset yg amat indah menjadi latar belakang kapal terbang berlepas dan mendarat. subhanallah... nk snap photo pun, bateri fon dh nk abes. tp cantik yg amat!






 mendarat di KLIA 2, dh dekat2 kul 11mlm. suami dan anak2 dh tunggu, jemput aku. Alhamdulillah, selesai sudah misi Bali.

"Faiza azamta fatawakkal alallaah"








Tuesday, 17 March 2015

Bali Aku Datang

Assalamualaikum semua..

Ni cerita 42 hari lepas, Bali aku datang!

Hehe.

Pada aku, this is a special trip. sebabnya? Ini kali pertama aku naik flight (walaupun ada org yg dh x heran pun naik flight kn?) dan juga kali pertama aku ke luar negara (walaupun negara sebelah je, org lain dh ke mana2 dh around the globe kn?). Jadi, lepas je my supervisor bagitahu ttg conference yg akan diadakan di Bali dan mencadangkan supaya aku participate conference ni, aku agak excited la.

Jadi, aku mula menyiapkan kertas pembentangan tentang research aku. Tambah mengujakan lagi pabila encik suami kata dia nak ikut skali, sambil aku present paper..boleh jalan2 skali. Oh, what a wonderful! a Bali trip with your loved one =)

Dari hari ke hari, rs x sabar pula nk tunggu pengesahan daripada pihak urusetia conference ttg participation aku, sama ada my paper accepted ke tidak dll. sehingga lah suatu hari keterujaan itu seumpama lenyap dan aku rasa aku nk batalkan je trip ke Bali. Sebab? around 1bulan lagi menuju tarikh conference tu, en suami discuss ngan aku...what if "kalau abg x ikut?". ms tu jgk la rasa sedey sgt dan down dan rs x nak g Bali. aku dh mula x endahkan paper ke, presentatian ke dan lain2 persiapan utk ke sana. macam mana nak g sorg2 ke tpt asing? lama2 aku cuba gagahkan diri nn kuatkan semangat utk tetap ke Bali demi utk pengajian aku. ye, ke sana hanya utk urusan conference shj, tidak lebih dari itu. dlm pada aku buat persiapan tu, aku cuba usha sape2 yg ada join conference yg sama di kalangan friend of friend. ada la jumpa 2 org, alhamdulillah...tp diorg pegi dgn suami n anak2, jadinya agak susah utk aku nk menyelit sewa hotel sama atau naik flight sama. kebetulan pulak bila schedule presentation keluar, my session dgn session diorg berbeza hari. diorg present hari kedua, aku pulak hari ketiga. dh tentu2 lepas present diorg nk g jalan2 ngan famili... fikir punya fikir, serap semangat sket dgn kawan2, dan akhirnya hati ku dh bulat utk ke Bali, sorg2. aku berdoa pd Allah agar perjalanan n urusan aku dipermudahkan dan tawakkaltu 'alallaah. mmg nk ke sana utk conference je, xde plan pun nk jalan2, shopping2 (ada unsur rajuk sedikit di situ, ala2 bawa diri..huhuhu)

pada hari yg ditetapkan, menurut tiket flight yg dh di book, suami n anak2 hantar aku ke airport. maka bermula lah perjalanan ku......



dalam filght, kt sblh aku sorg mat salleh. nasib baik sepanjang perjalanan tu dia tido je (mungkin dia dh xheran naik flight, hehe). aku je yg duk jakun sorg2..tgk pemandangan kut tingkap flight. kena pulak seat aku ni dkt dgn wing, jadi x abes2 aku duk jenguk component2 yg aku pernah 'deal' masa aku kerja kt subang dulu. moveable, spoiler, tailcone, semua nya ada kt situ...hoho.. pemandangan masa mula2 n dkt nk sampai je yg menarik sbb bila dh naik tinggi cuma nampak awan je, lama2 tgk jadi pening plak.


after 2jam 45minit, maka sampailah aku ke bumi Bali. airport ni namanya Ngurah Rai International Airport, tp kalau nk beli tiket flight..cari Denpasar [KUL-DPS].  sebagai memulakan perjalanan dari airport ke hotel yg telah aku book, aku gunakan khidmat urusetia utk tlg uruskan transport aku. mula2 ni agak takut juga nk naik taxi sorg2. alhamdulillah, selesai urusan imigresen, bagasi dll, keluar tu dh ada org yg tunggu aku. siap ada nama lagi...taxi dh ada, terus menuju ke Amaris Hotel Nusa Dua, Bali. perjalanan dlm 20minit je, tambang taxi IDR 150,000. Alhamdulillah, ujian pertama, lulus!


Hotel ni kira rate biasa je, 3hari 2malam dgn kos IDR 1,080,000 (bersamaan RM311). Check-in hotel. dpt bilik di tingkat 3. masuk bilik, perkara pertama yg aku buat adalah log-in wifi hotel dan terus connect dgn famili utk bgtah aku dh selamat sampai. perkara kedua pulak check plug yg diguna pakai oleh hotel ni. cuba test dgn adapter yg aku bawa dari malaysia, oo...nasib baik betul. so, kalau nk dtg Bali, make sure bawa international adapter ye, sbb walaupun negara jiran tapi plug yg diorg guna x sama dgn Malaysia.



then, rest la dulu. ptg n mlm ni xde aktiviti so, aku kt bilik je. menjelang petang, aku keluar bilik tgk2 area hotel ni. erm, kawasan kg je sekeliling ni. tgk jam baru pukul 6ptg lebih tp dh gelap. rupa2nya waktu kt sini beza 1 jam dari malaysia. Oh, dh nk maghrib ni, better aku masuk dlm..kt Bali ni juga majoriti agama Hindu, jadi akan jumpa byk patung2 keagamaan, tpt sembahyang mereka dan of course, kebanyakan makanan x halal.






 erm...rasa nya kita rest dulu la. dh panjang pulak nanti bosan nk habiskan. ok, next time kita sambung tentang conference dan pengalaman on my way back from Bali.

till then, thanks for reading... ;)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...