Ni cerita 42 hari lepas, Bali aku datang!
Hehe.
Pada aku, this is a special trip. sebabnya? Ini kali pertama aku naik flight (walaupun ada org yg dh x heran pun naik flight kn?) dan juga kali pertama aku ke luar negara (walaupun negara sebelah je, org lain dh ke mana2 dh around the globe kn?). Jadi, lepas je my supervisor bagitahu ttg conference yg akan diadakan di Bali dan mencadangkan supaya aku participate conference ni, aku agak excited la.
Jadi, aku mula menyiapkan kertas pembentangan tentang research aku. Tambah mengujakan lagi pabila encik suami kata dia nak ikut skali, sambil aku present paper..boleh jalan2 skali. Oh, what a wonderful! a Bali trip with your loved one =)
Dari hari ke hari, rs x sabar pula nk tunggu pengesahan daripada pihak urusetia conference ttg participation aku, sama ada my paper accepted ke tidak dll. sehingga lah suatu hari keterujaan itu seumpama lenyap dan aku rasa aku nk batalkan je trip ke Bali. Sebab? around 1bulan lagi menuju tarikh conference tu, en suami discuss ngan aku...what if "kalau abg x ikut?". ms tu jgk la rasa sedey sgt dan down dan rs x nak g Bali. aku dh mula x endahkan paper ke, presentatian ke dan lain2 persiapan utk ke sana. macam mana nak g sorg2 ke tpt asing? lama2 aku cuba gagahkan diri nn kuatkan semangat utk tetap ke Bali demi utk pengajian aku. ye, ke sana hanya utk urusan conference shj, tidak lebih dari itu. dlm pada aku buat persiapan tu, aku cuba usha sape2 yg ada join conference yg sama di kalangan friend of friend. ada la jumpa 2 org, alhamdulillah...tp diorg pegi dgn suami n anak2, jadinya agak susah utk aku nk menyelit sewa hotel sama atau naik flight sama. kebetulan pulak bila schedule presentation keluar, my session dgn session diorg berbeza hari. diorg present hari kedua, aku pulak hari ketiga. dh tentu2 lepas present diorg nk g jalan2 ngan famili... fikir punya fikir, serap semangat sket dgn kawan2, dan akhirnya hati ku dh bulat utk ke Bali, sorg2. aku berdoa pd Allah agar perjalanan n urusan aku dipermudahkan dan tawakkaltu 'alallaah. mmg nk ke sana utk conference je, xde plan pun nk jalan2, shopping2 (
pada hari yg ditetapkan, menurut tiket flight yg dh di book, suami n anak2 hantar aku ke airport. maka bermula lah perjalanan ku......
dalam filght, kt sblh aku sorg mat salleh. nasib baik sepanjang perjalanan tu dia tido je (mungkin dia dh xheran naik flight, hehe). aku je yg duk jakun sorg2..tgk pemandangan kut tingkap flight. kena pulak seat aku ni dkt dgn wing, jadi x abes2 aku duk jenguk component2 yg aku pernah 'deal' masa aku kerja kt subang dulu. moveable, spoiler, tailcone, semua nya ada kt situ...hoho.. pemandangan masa mula2 n dkt nk sampai je yg menarik sbb bila dh naik tinggi cuma nampak awan je, lama2 tgk jadi pening plak.
after 2jam 45minit, maka sampailah aku ke bumi Bali. airport ni namanya Ngurah Rai International Airport, tp kalau nk beli tiket flight..cari Denpasar [KUL-DPS]. sebagai memulakan perjalanan dari airport ke hotel yg telah aku book, aku gunakan khidmat urusetia utk tlg uruskan transport aku. mula2 ni agak takut juga nk naik taxi sorg2. alhamdulillah, selesai urusan imigresen, bagasi dll, keluar tu dh ada org yg tunggu aku. siap ada nama lagi...taxi dh ada, terus menuju ke Amaris Hotel Nusa Dua, Bali. perjalanan dlm 20minit je, tambang taxi IDR 150,000. Alhamdulillah, ujian pertama, lulus!
Hotel ni kira rate biasa je, 3hari 2malam dgn kos IDR 1,080,000 (bersamaan RM311). Check-in hotel. dpt bilik di tingkat 3. masuk bilik, perkara pertama yg aku buat adalah log-in wifi hotel dan terus connect dgn famili utk bgtah aku dh selamat sampai. perkara kedua pulak check plug yg diguna pakai oleh hotel ni. cuba test dgn adapter yg aku bawa dari malaysia, oo...nasib baik betul. so, kalau nk dtg Bali, make sure bawa international adapter ye, sbb walaupun negara jiran tapi plug yg diorg guna x sama dgn Malaysia.
then, rest la dulu. ptg n mlm ni xde aktiviti so, aku kt bilik je. menjelang petang, aku keluar bilik tgk2 area hotel ni. erm, kawasan kg je sekeliling ni. tgk jam baru pukul 6ptg lebih tp dh gelap. rupa2nya waktu kt sini beza 1 jam dari malaysia. Oh, dh nk maghrib ni, better aku masuk dlm..kt Bali ni juga majoriti agama Hindu, jadi akan jumpa byk patung2 keagamaan, tpt sembahyang mereka dan of course, kebanyakan makanan x halal.
erm...rasa nya kita rest dulu la. dh panjang pulak nanti bosan nk habiskan. ok, next time kita sambung tentang conference dan pengalaman on my way back from Bali.
till then, thanks for reading... ;)
No comments:
Post a Comment