Alkisahnye nak jahit jubah untuk diri sendiri. Dah elok dah potong kain semua. Plan nak beli zip lepas dah potong kain, sebab duk belek-belek baju yang sedia ada, zipnya panjang betul. yang ada dalam simpanan cuma zip 8 inci je.
Dengan pertolongan rakan-rakan group Kelas Menjahit dan Alatan Jahitan, saya dapat saiz zip yg biasa digunakan untuk jubah, antara 20-22 inci.
Cari di kedai (tak tahu sangat lagi kedai yang jual alat-alat jahitan kat area sini), zip panjang cuma ada zip sorok atau "invisible zipper" je. cara jahit zip sorok ni berbeza, dan dia ada tapak yg khusus untuk jahit.
Di rumah cuma ada tapak zip biasa je, tapi terpaksa lah beli jgk zip tu. Balik, terus search macam mana nak jahit zip sorok, dan alhamdulillah ada cara rupanya nak jahit zip sorok guna tapak zip biasa.
If you feel demotivated, stress, stuck etc..instead of telling your problem to others, motivate them..share positive vibes..this sound hard, but just give a try. You will see and feel the miracle..in sha Allah..
Credit to: FB Group PhotoKS
|| person sharing positive thing and motivation is not necessarily a highly motivated person all the time. he/she may have problems too ||
[published in FB Group Doctorate Support Group, 17 May 2015]
Tahu tak, satu doa yg sgt mudah utk diamalkan? In sha Allah, dengan mengamalkan doa ni, akhlak kita akan terjaga.
Kita ni, sehari kalau tak tengok cermin, memang tak sah kan? Jadi, seiring dengan itu jugalah, tak sah kalau kita tak amalkan doa utk elokkan akhlak setiap hari.
Mari sama-sama berdoa dari ayat al-Quran. Ini doa Nabi Yusof alahissalaam, mohon supaya diwafatkan dalam keadaan Islam.
"رب قد ءاتيتنى من الملك و علمتنى من تأويل الأحاديث، فاطر
السموت و الأرض أنت ولى فى الدنيا و الأخرة، توفنى مسلما و ألحقنى بالصالحين"
Baca: " Robbiqod aataitani minal mulki wa 'allamtani min takwiilil ahaadiith, faathiros samaawaatiwal ardhi anta waliyyi fiddunya wal aakhiroh, tawaffani musliman waalhiqni bissoolihiin"
Terjemahan: Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkann kepadaku sebahagian ta'bir mimpi, (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.
In sha Allah, lusa kita akan menyambut Ramadhan. Selamat datang Ramadhan.
Kenangan Ramadhan masa kecik2 dulu menggamit memori. Indahnya bila dapat bersama-sama keluarga. Begitu besar peranan ibubapa dalam membentuk institusi yang meraikan bulan mulia ini. Bukan dengan bermewah2 nya makanan dan juadah, tp dengan kebersamaan dalam setiap perkara. Terima kasih buat ma dan abah yg mencipta kenangan zaman kanak2 yg indah kepada kami semua.
Waktu sahur bulan Ramadhan, kami sekeluarga mesti akan bangun utk menjamah sedikit juadah (kecuali sekali sekala terlajak, semua tak terjaga). Pastinya insan yg paling awal bangun ialah Ma. Menu utama nasi panas, dan kebiasaannya lauk utama dh ada, tinggal utk dipanaskan shj. bagaimanapun, demi memenuhi keinginan anak2, mesti ada menu tambahan yg dimasak khas utk tambahkan selera anak2. ada anak yg mahukan ayam goreng, ada pula yg nak makan daging bakar, dan ada yg seleranya burger. walaupun seleranya berbeza2, sebolehnya akan dipenuhi oleh Ma supaya anak2 yg masih mamai kena kejut jam 4.30 - 5.00 pg tu, jadi segar dan berselera utk makan. bekal utk puasa di siang hari nanti. Alhamdulillah ..
Menjelang imsak, masing2 dh agak 'segar' dan masih ada masa utk menjamah menu ringan2, biskut ke .. roti ke .. nk minum air kesukaan masing2. kalau ada masa lebih, blh la selit skit borak2. Abah yg suka buat lawak. anak2 dh hilang rasa mengantuk, dan ready to go!
Kadang2 Abah ajak kami semua solat Subuh berjemaah di masjid, kadang2 kami solat berjemaah di rumah. biasanya kalau hari sekolah, lepas selesai je solat Subuh di masjid, masing2 terus berkejar utk naik bas sekolah .. kalau hari cuti, balik dari masjid kami akan berpagi-pagian membaca al-Quran. di dapur pula, Ma (dan kadang2 kami adik-beradik perempuan) terus akan kemaskan dapur sbb seharian ni dh x ke dapur sehingga lah waktu nak berbuka.
Ma menjalankan perniagaan kecil-kecilan membuat kerepek. jadi menjelang raya banyak juga yg harus disiapkan. suatu masa ketika bisnes nya bagus, Ma ada beberapa org pekerja. waktu cuti sekolah, kami adik -beradik pun ada tolong juga. petang, biasanya Ma dan abah akan keluar utk delivery kerepek2, tinggal kami adik beradik kt umah. sblm keluar, Ma dh siap2 bahagikan tugas, dan plan utk berbuka. adakalanya kami masak kuih dan nasi, nanti lauk2 nya Ma dan Abah akan beli di bazar Ramadhan, atau masak semua, atau beli semua. dan kerapkali juga Ma dan Abah tak sempat sampai bila azan berkumandang. kalau sudah ada makanan, kami jamah dulu sedikit sementara tunggu mereka sampai. solat Maghrib dulu, dan kemudian makan. begitulah sehari2, pengorbanan Ma dan Abah demi mencari sesuap nasi. kami adik-beradik yg dh besar2 akan jaga adik2 sepanjang Ma dan Abah keluar.
Dah habis makan, rehat sekejap, Abah akan mainkan peranan mengajak anak2 ke surau (ore kelate call it balaisoh) utk terawih. seingat sy, Ma selalunya kt rumah sbb selalu ada anak kecil utk dijaga. kami pula waktu tu ada 3 pilihan tpt utk solat terawih. kalau ke balaisah cuma berjalan kaki shj, tp kalau ke masjid, kami akan naik kereta. kenangan terawih pun, macam2 juga. ada yg tertidur waktu sujud, x sedar jemaah dah bangkit dan beri salam dh pun .. hahaha
Ya Allah, bersihkanlah hati-hati kami, temukanlah kami dengan Ramadhan, kurniakanlah kami keberkatan dan Rahmat-Mu. Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba-Mu yg selalu lalai dan leka, dan menzalimi diri kami sendiri. Sedangkan Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.
"من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من
ذنبه"
"Man qooma Romadhoona iimaanan wahtisaaban ghufirolahu ma taqoddama min zanbih"
Sesiapa yang melakukan qiam Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkannya segala dosa yang telah dilakukannya
- Riwayat al-Bukhori dalam Sahih al-Bukhori, bab Iman: Qiam Ramadhan sebahagian daripada iman
(Sumber: Ensiklopedia Solat, Telaga Biru Sdn Bhd, 2011, Kuala Lumpur)
Last 2 weeks, my first daughter was celebrating her fourth birthday .. in a very simple party.. only 4 of us, and her uncle ( a little brother of me ).
Dh besar dh ... cakap makin petah, menari bukan main lg lincah, menyanyi, berlakon, menyakat adik, dan yg terbaru ni, dh pandai menangis sedih bila kena marah. . teresak-esak ... siap merajuk masuk dlm bilik kunci pintu lg..hurm
Adiknye plak, this coming December, will turn to three. uuhh, how time flies. cakapnye pun dh makin petah dan jelas, geram jer tgk. menari pun boleh tahan jgk. semua ikut kakaknye, cara cakap pun sama, alahai ....
And me, huuu ... has turned thirty-one a day before my first daughter celebrated her birthday. dh umur2 macam ni, bkn lagi masa nak sambut2 birthday, tp memandangkan beza birthday cuma sehari dgn anak sulung, maka rezki lah dpt makan kek lg. ingatan keluarga dan sahabat2 n doa2 yg dikirimkan dh cukup utk kesejahteraan di hari2 mendatang.
But, this year special .. have received a grand prize from mr husband .. benda yg dh lama aim tp blum kesampaian. akhirnya, alhamdulillah telah ditunaikan hajat oleh mr husband. lepas ni, byk la masa spent utk new kesayangan ni. alhamdulillah, terima kasih abang , and semoga bermanfaat ( dan semoga tak terlalai n terabai study ).
umur baru, yg setakat ni terkesan apabila search job, atau nak apply apa2 ... rupa2 nya ada syarat umur kelayakan. ada yg nak 21 - 30 tahun, ahh ... tak layak umur plak, walaupun lain2 syarat cukup n ok sumer. sebelum ni x perasan pun .. ('o,')'