Tuesday, 7 July 2015

Macam mana nak menaip dalam Bahasa Arab?

Assalamualaikum...

Nak share di sini, cara-cara nak tukar input language komputer kita. By default, komputer kita kan dalam tulisan rumi. Dan, bagi saya, saya perlukan input language dalam Arabic sebagai tambahan. Bergantung kepada keperluan masing-masing. Tapi, dalam komputer kita memang dah ada macam-macam installed language, cuma tinggal nak tukar setting shj.

Jadi, jom saya tunjukkan macam mana nak tukar setting komputer dengan menambah Arabic language sebagai input language kedua.

Disebabkan keyboard yang sedia ada ni cuma ada huruf-huruf rumi, jadi kita kena gunakan On-Screen Keyboard sebagai rujukan huruf-huruf arab. Follow steps ni macam mana nak buka On-Screen Keyboard:-
[ Start - All Programs - Accessories - Easy of Access - On-Screen Keyboard ]



Ok. Biarkan On-Screen Keyboard tu On ye.

Kita teruskan untuk menambah Arabic language.Follow steps di bawah untuk tambah Arabic language (atau apa-apa bahasa yang dikehendaki):-
[ Start - Control Panel - Clock, Language and Region - Change keyboards or other input methods - Change keyboards - dan seterusnya.... ]




[ General - Add - Arabic (Saudi Arabia) - tick  Keyboard Arabic (101) dan Other Ink Correction - Add  ]





[ Language Bar - tick Floating On Desktop dan Show the Language bar on transparent when inactive - OK - OK  ]




Bila dah tutup window control panel tu, lihat di bawah sekali, taskbar sebelah kanan akan keluar Language Bar, menunjukkan input language yang aktif. Disebabkan by default adalah English, jadi boleh lihat di situ EN English (United States).


Sekarang, kita nak tukar input language.

On-Screen Keyboard yang masih On tadi, sila klik pada On-Screen Keyboard sebelum menukar input language. Selepas klik pada On-Screen Keyboard, pergi ke Language Bar dan tukar kepada AR Arabic (Saudi Arabia). Secara automatik, huruf-huruf Arab akan tertera di On-Screen Keyboard. Jadi, boleh lah mula menulis dalam tulisan arab.




Jom cuba...

Untuk meletakkan baris-baris huruf, sila manfaatkan SHIFT key. Contohnya, SHIFT + Q untuk baris atas, SHIFT + A untuk baris bawah dan sebagainya. boleh explore sendiri ye nanti..



Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Monday, 6 July 2015

Doa Menuntut Ilmu

Assalamualaikum,

Jom sama-sama amalkan doa ini supaya apa yang kita belajar, kita baca, kita hafal dapat dikembalikan kepada kita apabila kita memerlukan. Dengan doa ni, kita mengaku bahawa akal dan daya kita, manusia memang tak mampu nak menanggung begitu banyak ilmu dan pelajaran yang kita belajar setiap masa dan ketika. Jadi, apa sahaja yang kita pelajari, kita 'serahkan' pada Allah untuk menjaganya. Apabila tiba masanya kita memerlukan ilmu tersebut, maka hanya kepada Allah lah jua untuk kita 'minta kembali' ilmu-ilmu tersebut untuk dimanfaatkan, dan hanya Dia yang Mampu dan Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Ini doanya....

اَللّهُمَّ اِنِّى اَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِّمْتُهُ وَقَرَأْتُهُ وَحَفَظْتُهُ فَارْدُدْهُ إِلَىَّ عِنْدَ حَاجَتِى إِلَيْهِ

Baca: Allaahumma inni astaudi'ukama 'allimtuhu waqoro'tuhu wahafaztuhu fardud huilayya'indahaajati ilaih

Terjemahan: Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menyerahkan kepada-Mu apa yang telah aku pelajari, apa yang telah aku baca dan apa yang telah aku hafal, maka Engkau kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.


Aamiin.

Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dh 5 tahun di alam perkahwinan. kata orang, 5 tahun perkahwinan ni adalah fasa pertama dlm kehidupan berumahtangga. kalau lepas tempoh ni dengan jayanya (of course, after a lot of ups and downs -nanges je keje huhuh), in sha Allah akan berkekalan lah ikatan yang dibina.

Bukan untuk dibangga-banggakan, cuma nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada insan-insan yang banyak berkorban dan bersusah payah untuk menyatukan kami; famili ku, terutama Ma dan Abah dan juga famili suami, terutama kepada kakak iparku Kak Salwa (kakak sulung suami) yang mewakili mak dan abah yg sudah kembali ke rahmatullah sewaktu aku mengenali suami (mohon sedekahkan al-Fatihah kepada mereka).

Alhamdulillah, dalam 5 tahun ni, kami dikurniakan 2 orang cahayamata, dua-dua perempuan. kerenahnya, biasalah...budak-budak. tapi, memang betul-betul menguji kesabaran si ibu ni. Salute kepada ibu-ibu di luar sana yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak hinggalah dewasa.

Bagi yang belum berkahwin, harus diingatkan di sini, perkahwinan ni bukanlah pengakhiran sebuah cerita, tapi baru sahaja membuka lembaran muka surat iv.  Dengan perkahwinan ni, satu tanggungjawab yang besar tersedia di atas bahu-bahu kita; kedua-dua suami dan isteri. Anggaplah ia sebuah pelayaran di lautan yang luas. adakala lautan tenang, dan adakala lautan tu bergelora, malah mengganas. Adakah kita boleh mengawal lautan? tidak kan... Jadi, apa yang kita mampu buat adalah belajar macam mana nak menghadapi ketenangan dan kegeloraan lautan tu. Peranan kedua-dua suami isteri sama-sama penting, tetapi dalam sesebuah organisasi yang berjaya (dalam cerita ni, pelayaran. dalam kehidupan sebenar, adalah perkahwinan kamu), cuma ada SATU yang mengetuai, menakhodai, mengepalai. Ketua, nakhoda atau kepala ini lah yang layak selayaknya dalam membuat keputusan dalam apa jua urusan, selagi tidak mensyirikkan ALLAH dan menyalahi syariat agama. Jadi, untuk mengetuai, menakhodai dan mengepalai, sang suami haruslah menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi. bukan ilmu agama sahaja, tapi bermacam-macam ilmu yang pasti akan digunakan dalam menempuh perjalanan nanti; antaranya ilmu psikologi, ilmu teknologi maklumat, ilmu kira-kira, ilmu masak-memasak (jangan ingat perempuan je kena belajar masak ye wahai kaum adam), ilmu keibubapaan, ilmu alam dan manusia, ilmu pertukangan, ilmu kemahiran hidup, dan banyak lagi. Tapi jangan risau, bukannya perlu kuasai semua ilmu baru boleh kahwin, ada yang boleh belajar bersama-sama bila dah kahwin...lagi seronok rasanya. Belajar kan tiada batasan masa, usia dan tempat. Jadi, kepada yang belum berkahwin, banyakkan berdoa di samping menuntut ilmu-ilmu yang disebut di atas tu. Belajar tu usaha, doa pun usaha. Cuba doa ni:

"Ya Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah kumohon apa yang telah Kau taqdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaan-Mu"
 -Dipetik daripada lagu Doa Seorang Kekasih, In-Team

Bagi yang sudah berkahwin pula, tahniah diucapkan. Ada yang baru selamat diijabqobulkan, ada yang sudah melepasi fasa pertama (macam diriku), ada yang sudah berbelas-belas tahun malah berpuluh-puluh tahun menyemai kasih sayang dan amanah dalam perkahwinan. Syabas dan tahniah sekali lagi. Sekarang kita semua dah tahu selok-belok sebuah perkahwinan. Banyak yang kita belajar tentang pasangan kita (yang sebelum kahwin tu, baru tahu 10% je), kita belajar tentang keluarga baru pasangan kita yang semestinya berbeza cara hidup dan pendekatan, malah kadang-kadang pendirian (tak kan ada orang yang sama sebiji macam kita, atau famili kita, atau ayah kita. even kembar pun tak sama, inikan pula kalau berbeza negeri dan negara), kita belajar tentang kehidupan, kita belajar tentang hati, kita belajar tentang tanggungjawab, kita belajar tentang tolak ansur, kita belajar tentang memberi, dan masih lagi belajar.. Semoga kita semua diberi kekuatan, kesabaran dan kewarasan untuk melayari bahtera perkahwinan sehingga ke hujung nyawa. Selalulah amalkan doa ni lepas solat:


[ ربنا هب لنا من ازواجنا و ذرياتنا قرة اعين، واجعلنا للمتقين إماما ]
 Baca: Robbana hablana min azwaajina wazurriyyaatina qurrotaa'yun, waja'lna lilmuttaqii naimaama.
Terjemahan: Ya Tuhan kami, Engkau kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat-zuriat yang menyejukkan mata memandang, dan jadikanlan kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Aamiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...