Friday 15 July 2016

Raya oh Raya ... ke Batu Pahat kita ...


Assalamualaikum...Salam 10 Syawal...

Dah terlambat baru nak update pasal raya. Biasalah, mencari mood lepas raya ni, makan seminggu juga. Lagipun, lepas raya ni, tak sihat sikit. Sejak hari raya ketiga sampai sekarang, datang sakit kepala berdenyut-denyut pula. Risau takut tekanan darah tinggi, pergi cek di klinik. Tapi, tekanan darah normal je. Doktor kata ni sebab pregnant je. It's normal. Dan, doktor hanya boleh bagi ubat panadol je untuk kurangkan sakit kepala sebab ubat-ubat lain yang tinggi dosnya orang mengandung tak boleh makan, takut bahayakan kandungan. Tapi, makan panadol pun tak ada kesan. Jadi, bertahan jelah kalau masa sakit kepala datang tu, berdenyut-denyut. Kalau sujud masa solat, sakitnya bertambah-tambah. Kena banyakkan rehat kot. Dengan kandungan makin membesar ni, mungkin hormon pun tak stabil. Kaki dah mula 'membesar' dan urat-urat di kaki dah mula kelihatan....bertabahlah wahai diri..

Berbalik kepada cerita raya, tahun ni suami awal-awal dah cop untuk balik beraya Aidilfitri di kampungnya di Batu Pahat. Jadi, perancangan dah dari awal untuk ke Johor. Tapi, kami ambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas solat hari raya, konon-kononnya nak elakkan jem. Sebelum bertolak pulang, bergambar lah dulu sekeping dua, tapi tak dapat nak bergambar berempat, tak ada tukang snap.


 


 


Disebabkan berlambat-lambat, dah dekat tengahari juga kami bertolak. Rupa-rupanya di highway dah banyak kereta. Jem jugalah di sesetengah kawasan tu. Kami pun berlambat-lambat ditambah dengan suami mengantuk, jadi petang pukul 6 petang baru sampai di kampung.

Mak dan ayah suami kedua-duany telah kembali ke rahmatullah, jadi di kampung cuma ada adik beradik suami. Walaupun ada 14 orang adik beradik, tapi bukan senang nak berkumpul semua. Tambah pula kebanyakan dah ada keluarga mertua. Jadi, raya pertama tu cuma berkumpul separuh adik beradik je. Tapi, kami tak tunggu semua berkumpul, sebab ada yang masih di KL, ada yang masih di Perak. Jadi, kami teruskan je berkunjung ke rumah-rumah sekitar ni, yang mana kebanyakannya adalah saudara suami. Yang sebelah-sebelah ni ayah saudara suami. Ni lah antara yang sempat snap....




Anak-anak pula, selain seronok dapat duit raya, seronok dapat jumpa dan bermain dengan sepupu-sepapat. Alhamdulillah, 2 beradik tu dapat 'masuk' dengan sepupu-sepapat mereka. Dah besar kan...berbeza dengan masa diorang kecil dulu, tak boleh berenggang dengan Ummi.


Waktu bermain tak ingat dunia, langsung tak rehat. Bila bersendirian, barulah tertidur kepenatan...


Baju raya anak-anak tahun ni 3 pasang. Beli sepasang (terpergi pula ke jualan murah Jakel Shah Alam) dan terbeli baju ni:


Sepasang Opah diorang bagi, surprise...siap pos dari kampung:


Sepasang lagi saya jahit sendiri.. walaupun baju kurung je, tapi berapa hari juga mengadap sebab dah lama tak jahit baju:


Saya pula sempat la bergambar kenang-kenangan dengan ipar, biras. Jarang-jarang sekali jumpa ni. Haa, cuba teka siapa lagi muda? Huhu, bukan apa, saya nyaris-nyaris diberi sampul duit raya oleh saudara suami hari tu. Nasib baik dia tengok perut membuyong, terus tak jadi. Agaknya nampak macam budak-budak kot (Maaf, kalau ada yang nak termuntah, huhu).



Apapun, seronok juga beraya tahun ni, walaupun bukan di tempat sendiri. Keluarga belah suami ni sangat besar, tak habis kalau nak pergi beraya semua. Mana yang sempat je lah. Bayangkan, anak saudara belah suami dah 50 orang lebih. Ni ha sebahagiannya....


Selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin.

Thanks for reading!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...