Monday 27 October 2014

Jatuh Cinta !



Assalamualaikum readers.....

Sekian lama tidak menulis, kerana keterbatasan waktu. banyak perkara yang dilalui tp tiada kesempatan untuk menulis n kongsi di sini.

Juz nak kongsi cinta dan minat sy sejak kebelakangan ni. indahnye bercucuk tanam!

saje je nk menghijaukan laman. tanam apa saja, asalkan hidup. mula2 dulu amek anak pokok dari kampung, then ada jgk yg beli kt nursery. pastu, yg terbaru ni, pantang ada biji buah ke apa, semua nk try semai. bkn nk harapkan berbuah sgt pn, yg pnting pokok tu hidup. bila biji tu mula2 keluarkan pucuk, hepinye rasa.. then, rajin2la siram n baja (kadang2 je membaja). untung2 ada rezeki, ada lah buahnye. kalau xde buah pon, dh menghijaukan laman pn alhamdulillah.

Pokok mangga - tumbuh dari biji yang dibuang kt sini

Pokok semalu - ahha, yg ni xtanam. tumbuh melata sampai memudaratkan plak, sbb batangnye berduri

Pokok kantan - anak pokoknye ambil dari kampung
Pokok pandan - anak pokok dari kampung

Kaktus ni pon amek dari kampung jgk

Ni kaktus jgk, tp xtau specific jenis dia. masa amek dari kampung dulu kecik je. dah 3kali tukar pasu, dan saiznye pn bertambah2 ikut saiz pasu

Pokok payung je panggil, xtau la plak nama rasmi nye. berkenan tgk pokok2 ni kat tepi2 jalan, so g cari kt nursery 4 pokok

Pokok temu - xpasti jgk. mula2 dulu amek dari kampung igtkan pokok kunyit. tp, tgk daunnye macam lain. so far, xpernah amek mkn pon isinye, just tanam sbg hiasan.

Pokok ni amek kt kampung jgk, xpasti pokok apa. tp ni jelah kot bunga yg ada kt laman ni.

Pokok lengkuas - asal anak pokoknye dari kampung. ni try pindahkan ke bbrp tpt kt tepi2 pagar. sbg hiasan, juz skali skala korek amek isinye buat gulai kuning / asam pedas / singgang

Pisang - anak pokok amek dari kampung. skrg sedang mengeluarkan hasil, tunggu lagi sebulan harap2 dpt petik la pisang ni

Pokok halia - baru je bertunas. antara projek terbaru dari halia kt dapur. harap2 sihat la pasni

Cili - ni pon projek sendiri, tanam dari biji cili kt dapur. asalnye banyak anak benih yg hidup, tp terpaksa cabut, tinggal sket je, sbb limited tanah available. ni pon berkongsi byk pokok dlm 1 pasu, xberapa nk cukup zat...tp, alhamdulillah la, dh ada bbrp biji cili

Bawang - projek suka2. tgk bawang kt dapur duk tumbuh je, tanam la sbg penghias n penhijau laman. Betik tu plak, tabur biji betik kt dapur. dh byk kali try sblm ni xmenjadi. alhamdulillah kali ni hidup. cuma xtaula ni betik jantan ke betina ke. kalau berbuah alhamdulillah...

Pokok kari - anak pokok ni dh lama amek kt kampung tp xbrapa nk hidup. last skali pindah kt pasu ni alhamdulillah, berhasil..

Ada lagi yg plg baru, cuba tanam biji2dari mknn kt dapur, antaranya tomato, asam jawa, jambu air, dan baru try beli biji benih kt kedai iaitu biji benih sawi n daun sup. Baru 2 hari, blum tau lg macamana..

Daun sup tu dh try tanam guna batang dari dapur, tp xmenjadi. kali ni try biji benih plak. Lg satu yg masih xberjaya nk tanam islah pandan. dh amek anak pokok yg bercambah dari pokok induk tu pun, masih xberjaya.

............................................


Makin lama makin jatuh cinta dgn menanam ni. byk dpt info berguna lepas join fb group Kebun Bandar, Kelab Kebun Keliling Rumah, dan  juga macam2 website antaranya Kebun Bandar. Bila ada rakan2 sekeliling yg sama minat tu yg makin seronok. tgk org tanam, kita pn nk tanam jgk, walaupun masih guna cara yg xproper. in sha Allah, tgk perkongsian rakan2 di alam maya ni, ada lah cuba sket2..

..............................................

Kalau nk diumpamakan menanam pokok ni, mcm jugak menjaga anak. untuk pastikan dapat pokok yg baik, benih dan tanahnye mestilah baik at the first place. Bila dh bercambah, disemai dgn rapi, then barulah pucuk tu blh membesar. then, nk pastikan pokok membesar dgn sihat dan mengeluarkan hasil, hendaklah dibekalkan dgn nutrien2 yg diperlukan, juga konsisten utk menyiram. kadang2 pokok2 ni pon nk kena belai dan bercakap2 jgk, n kadang2 ia perlukan sedikit kebebasan.

begitu juga kalau inginkan anak, at the first place kena pastikan ibubapa dari keturunan dan kalangan org baik2. then, bila dh bercambah, hendaklah dijaga dgn rapi sehingga lahir. dn utk membesarkan anak, perlukan keseimbangan dari segi keperluan jasmani, fizikal, rohani dan juga emosi. dan bila dah makin besar anak tu, perlu juga diberi sedikit kebebasan utk mereka meneroka dan memilih jalan yg terbaik, berpandukan asas yg telah dibina pada awalnya.

........................................

simptomnye, hari2 asyik nk jenguk je pokok2 tu, dh keluar pucuk ke belum, dh bercambah ke belum, dh berbuah ke belum, dh masak ke belum? haaisy, rs lmbt plak kalau duk menunggu je. jadi, skali skala xpayah jenguk pokok... bbrp hari or seminggu. so, bila g jenguk, msti teruja dgn berkembangan yg berlaku.

pst: di samping sibuk membesarkan pokok2 ni, kena jgk pay attention kpd lalang2 n rumput2 yg tidak diingini, bagi kemas laman..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...