Tuesday, 29 April 2014

Aku Ditakdirkan Di Sini - Episod 4 (Finale)

 __________ Episod 4__________
Hari ini merupakan hari yang bahagia buatku. Apa tidaknya, setelah seminggu terperap di bilik berhawa dingin ini, aku dapat juga menghirup udara yang segar. Apabila selesai semua urusan, aku disorong oleh Mama berjumpa dengan Kak Ima dan Dr. Iskandar, doktor yang merawatku, kerana menjaga aku selama aku di sini. Berbekalkan sepasang tongkat, aku meninggalkan HUSM, tempat yang banyak mencoretka kenangan dalam hidupku.
Setelah hampir dua bulan berehat, akhirnya ku dapat berjalan semula. Betapa nikmatnya berjalan. Ini semua berkat kesungguhan dan kesabaran Mama dan Papa menjaga aku. Setiap hari, Mama lah yang menyediakan makanan untuk aku, memandikanku dan juga memberi dorongan untukku terus berusaha. "Jangan risau Hana. Mama yakin dengan keputusan yang Hana perolehi dalam SPM, Hana layak ke universiti. Mama  sentiasa doakan kejayaan Hana". Itulah kata-kata Mama yang menerjah ke benak fikiranku tatkala aku fikirkan nasibku. Sebenarnya, setelah berbincang dengan keluarga, kami sepakat untuk membatalkan pengajianku di KMM, sebaliknya menunggu panggilan universiti yang aku pohon melalui UPU.

*****
 Pada hari keputusan UPU diumumkan, hatiku berdebar-debar. Keputusan inilah yang bakal mencorak masa depanku. Setelah berkali-kali mendail talian 600-83-7890, kedengaran suara operator "Tahniah! Anda diterima untuk kemasukan Sesi 02/03 dalam jurusan kejuruteraan, kod no.......".

Mama, Hana berjaya!!!!!!
*****
Akhirnya, genap usiaku 18 tahun, aku menjejakkan kakiku di bumi bertuah ini, Matriculation Centre of International Islamic University Malaysia. Dendangan "We are the model of the ummah....guided by Quran and Sunnah...Matriculation Centre of IIUM...the gate of garden knowledge and virtue..." bergema. Apa yang paling menggembirakan aku ialah, Murni sama-sama menyambut hari lahirku di sini; MCIIUM.

*****

 Puteri Sunsilk (sunsilk_29@yahoo.com)
 2003
*****
 <TAMAT>
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...