Tuesday, 7 July 2015

Macam mana nak menaip dalam Bahasa Arab?

Assalamualaikum...

Nak share di sini, cara-cara nak tukar input language komputer kita. By default, komputer kita kan dalam tulisan rumi. Dan, bagi saya, saya perlukan input language dalam Arabic sebagai tambahan. Bergantung kepada keperluan masing-masing. Tapi, dalam komputer kita memang dah ada macam-macam installed language, cuma tinggal nak tukar setting shj.

Jadi, jom saya tunjukkan macam mana nak tukar setting komputer dengan menambah Arabic language sebagai input language kedua.

Disebabkan keyboard yang sedia ada ni cuma ada huruf-huruf rumi, jadi kita kena gunakan On-Screen Keyboard sebagai rujukan huruf-huruf arab. Follow steps ni macam mana nak buka On-Screen Keyboard:-
[ Start - All Programs - Accessories - Easy of Access - On-Screen Keyboard ]



Ok. Biarkan On-Screen Keyboard tu On ye.

Kita teruskan untuk menambah Arabic language.Follow steps di bawah untuk tambah Arabic language (atau apa-apa bahasa yang dikehendaki):-
[ Start - Control Panel - Clock, Language and Region - Change keyboards or other input methods - Change keyboards - dan seterusnya.... ]




[ General - Add - Arabic (Saudi Arabia) - tick  Keyboard Arabic (101) dan Other Ink Correction - Add  ]





[ Language Bar - tick Floating On Desktop dan Show the Language bar on transparent when inactive - OK - OK  ]




Bila dah tutup window control panel tu, lihat di bawah sekali, taskbar sebelah kanan akan keluar Language Bar, menunjukkan input language yang aktif. Disebabkan by default adalah English, jadi boleh lihat di situ EN English (United States).


Sekarang, kita nak tukar input language.

On-Screen Keyboard yang masih On tadi, sila klik pada On-Screen Keyboard sebelum menukar input language. Selepas klik pada On-Screen Keyboard, pergi ke Language Bar dan tukar kepada AR Arabic (Saudi Arabia). Secara automatik, huruf-huruf Arab akan tertera di On-Screen Keyboard. Jadi, boleh lah mula menulis dalam tulisan arab.




Jom cuba...

Untuk meletakkan baris-baris huruf, sila manfaatkan SHIFT key. Contohnya, SHIFT + Q untuk baris atas, SHIFT + A untuk baris bawah dan sebagainya. boleh explore sendiri ye nanti..



Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Monday, 6 July 2015

Doa Menuntut Ilmu

Assalamualaikum,

Jom sama-sama amalkan doa ini supaya apa yang kita belajar, kita baca, kita hafal dapat dikembalikan kepada kita apabila kita memerlukan. Dengan doa ni, kita mengaku bahawa akal dan daya kita, manusia memang tak mampu nak menanggung begitu banyak ilmu dan pelajaran yang kita belajar setiap masa dan ketika. Jadi, apa sahaja yang kita pelajari, kita 'serahkan' pada Allah untuk menjaganya. Apabila tiba masanya kita memerlukan ilmu tersebut, maka hanya kepada Allah lah jua untuk kita 'minta kembali' ilmu-ilmu tersebut untuk dimanfaatkan, dan hanya Dia yang Mampu dan Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Ini doanya....

اَللّهُمَّ اِنِّى اَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِّمْتُهُ وَقَرَأْتُهُ وَحَفَظْتُهُ فَارْدُدْهُ إِلَىَّ عِنْدَ حَاجَتِى إِلَيْهِ

Baca: Allaahumma inni astaudi'ukama 'allimtuhu waqoro'tuhu wahafaztuhu fardud huilayya'indahaajati ilaih

Terjemahan: Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menyerahkan kepada-Mu apa yang telah aku pelajari, apa yang telah aku baca dan apa yang telah aku hafal, maka Engkau kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.


Aamiin.

Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dh 5 tahun di alam perkahwinan. kata orang, 5 tahun perkahwinan ni adalah fasa pertama dlm kehidupan berumahtangga. kalau lepas tempoh ni dengan jayanya (of course, after a lot of ups and downs -nanges je keje huhuh), in sha Allah akan berkekalan lah ikatan yang dibina.

Bukan untuk dibangga-banggakan, cuma nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada insan-insan yang banyak berkorban dan bersusah payah untuk menyatukan kami; famili ku, terutama Ma dan Abah dan juga famili suami, terutama kepada kakak iparku Kak Salwa (kakak sulung suami) yang mewakili mak dan abah yg sudah kembali ke rahmatullah sewaktu aku mengenali suami (mohon sedekahkan al-Fatihah kepada mereka).

Alhamdulillah, dalam 5 tahun ni, kami dikurniakan 2 orang cahayamata, dua-dua perempuan. kerenahnya, biasalah...budak-budak. tapi, memang betul-betul menguji kesabaran si ibu ni. Salute kepada ibu-ibu di luar sana yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak hinggalah dewasa.

Bagi yang belum berkahwin, harus diingatkan di sini, perkahwinan ni bukanlah pengakhiran sebuah cerita, tapi baru sahaja membuka lembaran muka surat iv.  Dengan perkahwinan ni, satu tanggungjawab yang besar tersedia di atas bahu-bahu kita; kedua-dua suami dan isteri. Anggaplah ia sebuah pelayaran di lautan yang luas. adakala lautan tenang, dan adakala lautan tu bergelora, malah mengganas. Adakah kita boleh mengawal lautan? tidak kan... Jadi, apa yang kita mampu buat adalah belajar macam mana nak menghadapi ketenangan dan kegeloraan lautan tu. Peranan kedua-dua suami isteri sama-sama penting, tetapi dalam sesebuah organisasi yang berjaya (dalam cerita ni, pelayaran. dalam kehidupan sebenar, adalah perkahwinan kamu), cuma ada SATU yang mengetuai, menakhodai, mengepalai. Ketua, nakhoda atau kepala ini lah yang layak selayaknya dalam membuat keputusan dalam apa jua urusan, selagi tidak mensyirikkan ALLAH dan menyalahi syariat agama. Jadi, untuk mengetuai, menakhodai dan mengepalai, sang suami haruslah menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi. bukan ilmu agama sahaja, tapi bermacam-macam ilmu yang pasti akan digunakan dalam menempuh perjalanan nanti; antaranya ilmu psikologi, ilmu teknologi maklumat, ilmu kira-kira, ilmu masak-memasak (jangan ingat perempuan je kena belajar masak ye wahai kaum adam), ilmu keibubapaan, ilmu alam dan manusia, ilmu pertukangan, ilmu kemahiran hidup, dan banyak lagi. Tapi jangan risau, bukannya perlu kuasai semua ilmu baru boleh kahwin, ada yang boleh belajar bersama-sama bila dah kahwin...lagi seronok rasanya. Belajar kan tiada batasan masa, usia dan tempat. Jadi, kepada yang belum berkahwin, banyakkan berdoa di samping menuntut ilmu-ilmu yang disebut di atas tu. Belajar tu usaha, doa pun usaha. Cuba doa ni:

"Ya Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah kumohon apa yang telah Kau taqdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaan-Mu"
 -Dipetik daripada lagu Doa Seorang Kekasih, In-Team

Bagi yang sudah berkahwin pula, tahniah diucapkan. Ada yang baru selamat diijabqobulkan, ada yang sudah melepasi fasa pertama (macam diriku), ada yang sudah berbelas-belas tahun malah berpuluh-puluh tahun menyemai kasih sayang dan amanah dalam perkahwinan. Syabas dan tahniah sekali lagi. Sekarang kita semua dah tahu selok-belok sebuah perkahwinan. Banyak yang kita belajar tentang pasangan kita (yang sebelum kahwin tu, baru tahu 10% je), kita belajar tentang keluarga baru pasangan kita yang semestinya berbeza cara hidup dan pendekatan, malah kadang-kadang pendirian (tak kan ada orang yang sama sebiji macam kita, atau famili kita, atau ayah kita. even kembar pun tak sama, inikan pula kalau berbeza negeri dan negara), kita belajar tentang kehidupan, kita belajar tentang hati, kita belajar tentang tanggungjawab, kita belajar tentang tolak ansur, kita belajar tentang memberi, dan masih lagi belajar.. Semoga kita semua diberi kekuatan, kesabaran dan kewarasan untuk melayari bahtera perkahwinan sehingga ke hujung nyawa. Selalulah amalkan doa ni lepas solat:


[ ربنا هب لنا من ازواجنا و ذرياتنا قرة اعين، واجعلنا للمتقين إماما ]
 Baca: Robbana hablana min azwaajina wazurriyyaatina qurrotaa'yun, waja'lna lilmuttaqii naimaama.
Terjemahan: Ya Tuhan kami, Engkau kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat-zuriat yang menyejukkan mata memandang, dan jadikanlan kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Aamiin.

Tuesday, 30 June 2015

Macam mana nak jahit zip sorok atau "invisible zipper"?

Alkisahnye nak jahit jubah untuk diri sendiri. Dah elok dah potong kain semua. Plan nak beli zip lepas dah potong kain, sebab duk belek-belek baju yang sedia ada, zipnya panjang betul. yang ada dalam simpanan cuma zip 8 inci je.

Dengan pertolongan rakan-rakan group Kelas Menjahit dan Alatan Jahitan, saya dapat saiz zip yg biasa digunakan untuk jubah, antara 20-22 inci.

Cari di kedai (tak tahu sangat lagi kedai yang jual alat-alat jahitan kat area sini), zip panjang cuma ada zip sorok atau "invisible zipper" je. cara jahit zip sorok ni berbeza, dan dia ada tapak yg khusus untuk jahit. 

Di rumah cuma ada tapak zip biasa je, tapi terpaksa lah beli jgk zip tu. Balik, terus search macam mana nak jahit zip sorok, dan alhamdulillah ada cara rupanya nak jahit zip sorok guna tapak zip biasa.

Nah, blh refer kt sini:


Yang penting kena kreatif, sabar dan teliti.

Semoga berjaya utk diri sendiri dan kawan2...hehe. nanti kita share hasilnya (kalau menjadi la.....)

Monday, 29 June 2015

Indahkan Ramadhan bersama Ayuinsyirah

Assalamualaikum,

Hari ni terasa nak bersegmen pula...

http://www.ayuinsyirah.my/2015/06/segmen-indahkan-ramadhan-bersama.html
Sambil bersegmen, sambil tambah kenalan. semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada sebelumnya. Klik banner di atas untuk join yer.
Tq
(^,^)v

Tutorial Menjahit

Assalamualaikum,

Nak save kt sini dulu, beberapa video tutorial menjahit (mood kemaruk):-

1) Cara mudah potong jubah - badan
2) Cara mudah potong jubah - lengan
3) Tutorial mencantum lengan baju
4) Cara guna tapak gulung (Singer)
5) Cara guna tapak tepi (Singer)
6) Cara guna tapak zip (Singer)

Ni utk reference diriku nanti..dan juga rakan-rakan yang baru na belajar menjahit =)

Saturday, 27 June 2015

How to release stress?



If you feel demotivated, stress, stuck etc..instead of telling your problem to others, motivate them..share positive vibes..this sound hard, but just give a try. You will see and feel the miracle..in sha Allah..
Credit to: FB Group PhotoKS
|| person sharing positive thing and motivation is not necessarily a highly motivated person all the time. he/she may have problems too ||

[published in FB Group Doctorate Support Group, 17 May 2015]





Friday, 26 June 2015

Doa Melihat Diri di Cermin

Assalamualaikum semua,

Tahu tak, satu doa yg sgt mudah utk diamalkan? In sha Allah, dengan mengamalkan doa ni, akhlak kita akan terjaga.

Kita ni, sehari kalau tak tengok cermin, memang tak sah kan? Jadi, seiring dengan itu jugalah, tak sah kalau kita tak amalkan doa utk elokkan akhlak setiap hari.


Apa doanya?

[ اللهم كما حسنت خلقى فحسن خلقى ]

Baca: Allaahummakama hassantakholqi fahassin khuluqi

Terjemahan: Ya Allah ya tuhanku, sepertimana Engkau mencantikkan kejadian (penciptaan) ku, maka Engkau cantikkan jugalah akhlaqku

 

 Hafal doa ni ye kawan-kawan, pendek je ni. Bila melihat diri di cermin, baca (dalam hati pun takpe). Mudah-mudahan diperkenankan Allah.

Aamiin.


Thursday, 25 June 2015

Cuma ada masa 2 minggu je lagi...

Assalamualaikum....salam Ramadhan

Tengah search tutorial utk jahit baju raya. sempat ke nak jahit dalam masa 2 minggu ni??? hahaha, apepun, cuba je dulu.

Simpan kt sini dulu, utk rujukan nanti

1) Tutorial jahit jubah pricess cut - Florabeadz Academy
2) Tutorial pola baju kurung moden / simple blouse- Kak Azz
3) Tutorial pola jubah biasa - Fauziah Ismail
4) Pelbagai jenis pola - Serihati

Terima kasih kepada pemilik2 tutorial ini kerana sudi berkongsi. Semoga dimurahkan rezeki kalian semua.

Thursday, 18 June 2015

Doa Nabi Yusof


 بسم الله الرحمن الرحيم

Mari sama-sama berdoa dari ayat al-Quran. Ini doa Nabi Yusof alahissalaam, mohon supaya diwafatkan dalam keadaan Islam.




"رب قد ءاتيتنى من الملك و علمتنى من تأويل الأحاديث، فاطر السموت و الأرض أنت ولى فى الدنيا و الأخرة، توفنى مسلما و ألحقنى بالصالحين"           

Baca: " Robbiqod aataitani minal mulki wa 'allamtani min takwiilil ahaadiith, faathiros samaawaatiwal ardhi anta waliyyi fiddunya wal aakhiroh, tawaffani musliman waalhiqni bissoolihiin"

Terjemahan: Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkann kepadaku sebahagian ta'bir mimpi, (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.

Surah Yusof, Ayat 101


Monday, 15 June 2015

Let's welcome her "Ahlan wa sahlan ya Ramadhan"

I'm in the mood of writing ...

In sha Allah, lusa kita akan menyambut Ramadhan. Selamat datang Ramadhan.



Kenangan Ramadhan masa kecik2 dulu menggamit memori. Indahnya bila dapat bersama-sama keluarga. Begitu besar peranan ibubapa dalam membentuk institusi yang meraikan bulan mulia ini. Bukan dengan bermewah2 nya makanan dan juadah, tp dengan kebersamaan dalam setiap perkara. Terima kasih  buat ma dan abah yg mencipta kenangan zaman kanak2 yg indah kepada kami semua.

Waktu sahur bulan Ramadhan, kami sekeluarga mesti akan bangun utk menjamah sedikit juadah (kecuali sekali sekala terlajak, semua tak terjaga). Pastinya insan yg paling awal bangun ialah Ma. Menu utama nasi panas, dan kebiasaannya lauk utama dh ada, tinggal utk dipanaskan shj. bagaimanapun, demi memenuhi keinginan anak2, mesti ada menu tambahan yg dimasak khas utk tambahkan selera anak2. ada anak yg mahukan ayam goreng, ada pula yg nak makan daging bakar, dan ada yg seleranya burger. walaupun seleranya berbeza2, sebolehnya akan dipenuhi oleh Ma supaya anak2 yg masih mamai kena kejut jam 4.30 - 5.00 pg tu, jadi segar dan berselera utk makan. bekal utk puasa di siang hari nanti. Alhamdulillah ..

Menjelang imsak, masing2 dh agak 'segar' dan masih ada masa utk menjamah menu ringan2, biskut ke .. roti ke .. nk minum air kesukaan masing2. kalau ada masa lebih, blh la selit skit borak2. Abah yg suka buat lawak. anak2 dh hilang rasa mengantuk, dan ready to go!

Kadang2 Abah ajak kami semua solat Subuh berjemaah di masjid, kadang2 kami solat berjemaah di rumah. biasanya kalau hari sekolah, lepas selesai je solat Subuh di masjid, masing2 terus berkejar utk naik bas sekolah .. kalau hari cuti, balik dari masjid kami akan berpagi-pagian  membaca al-Quran. di dapur pula, Ma (dan kadang2 kami adik-beradik perempuan) terus akan kemaskan dapur sbb seharian ni dh x ke dapur sehingga lah waktu nak berbuka.

Ma menjalankan perniagaan kecil-kecilan membuat kerepek. jadi menjelang raya banyak juga yg harus disiapkan. suatu masa ketika bisnes nya bagus, Ma ada beberapa org pekerja. waktu cuti sekolah, kami adik -beradik pun ada tolong juga. petang, biasanya Ma dan abah akan keluar utk delivery kerepek2, tinggal kami adik beradik kt umah. sblm keluar, Ma dh siap2 bahagikan tugas, dan plan utk berbuka. adakalanya kami masak kuih dan nasi, nanti lauk2 nya Ma dan Abah akan beli di bazar Ramadhan, atau masak semua, atau beli semua. dan kerapkali juga Ma dan Abah tak sempat sampai bila azan berkumandang. kalau sudah ada makanan, kami jamah dulu sedikit sementara tunggu mereka sampai. solat Maghrib dulu, dan kemudian makan. begitulah sehari2, pengorbanan Ma dan Abah demi mencari sesuap nasi. kami adik-beradik  yg dh besar2 akan jaga adik2 sepanjang Ma dan Abah keluar.

Dah habis makan, rehat sekejap, Abah akan mainkan peranan mengajak anak2 ke surau (ore kelate call it balaisoh) utk terawih. seingat sy, Ma selalunya kt rumah sbb selalu ada anak kecil utk dijaga. kami pula waktu tu ada 3 pilihan tpt utk solat terawih. kalau ke balaisah cuma berjalan kaki shj, tp kalau ke masjid, kami akan naik kereta. kenangan terawih pun, macam2 juga. ada yg tertidur waktu sujud, x sedar jemaah dah bangkit dan beri salam dh pun .. hahaha

Ya Allah, bersihkanlah hati-hati kami, temukanlah kami dengan Ramadhan, kurniakanlah kami keberkatan dan Rahmat-Mu. Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba-Mu yg selalu lalai dan leka, dan menzalimi diri kami sendiri. Sedangkan Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.


"من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه"
"Man qooma Romadhoona iimaanan wahtisaaban ghufirolahu ma taqoddama min zanbih"
Sesiapa yang melakukan qiam Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkannya segala dosa yang telah dilakukannya

- Riwayat al-Bukhori dalam Sahih al-Bukhori, bab Iman: Qiam Ramadhan sebahagian daripada iman
(Sumber: Ensiklopedia Solat, Telaga Biru Sdn Bhd, 2011, Kuala Lumpur)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...