Tuesday, 25 October 2016

Wordless Wednesday | Kadang-kadang


Thursday, 20 October 2016

Majlis Konvokesyen UTM ke-57 | 22-25 Oktober 2016

http://www.utm.my/convocation/ 

 It is happening soon...

Ya, Majlis Konvokesyen UTM ke-57 akan berlangsung pada 22-25 Oktober 2016 di UTM Skudai. Saya, setelah berjaya menamatkan pengajian PhD dalam Kejuruteraan Mekanikal dan telah lulus senat pada awal Oktober 2016, adalah salah seorang graduan yang bakal menjejakkan kaki di pentas ini. Untuk graduan Doktor Falsafah, semua akan menghadiri sesi pertama Majlis Konvokesyen UTM ke-57 yang dijadualkan pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) pagi.

Tomorrow is the day...tapi, atas sebab-sebab tertentu, saya tak dapat hadir esok. Walaupun ikutkan hati saya memang inilah masa yang sesuai untuk saya meraikan kejayaan saya berhempas pulas menamatkan pengajian terutamanya pada tahun terakhir ni, sehingga sempat masuk ke mesyuarat senat yang terakhir sebelum konvo, dan senat telah luluskan. Saya mulakan pengajian pada awal 2012, berhenti kerja untuk belajar sepenuh masa <Kisah lanjut di sini>.

Hari pendaftaran sebagai pelajar pada 2012
Saya telah memohon penangguhan konvokesyen, dan permohonan tersebut telah diluluskan. Jadi, in sya Allah tahun hadapan saya akan menerima scroll PhD saya. Bagaimanapun, surat senat telahpun saya terima yang menyatakan bahawa saya telah lulus senat dan secara rasminya, telah dianugerahkan Degree of Doctor of Philosophy (Mechanical Engineering) bermula 05 September 2016.

Alhamdulillah...semoga saya dan orang-orang tersayang dapat menghadiri Majlis Konvokesyen UTM ke-58 tahun 2017.

https://www.facebook.com/events/1207525895976847/



Dah sampai bulan ni.....

Alhamdulillah, to-do-list dan to-buy-list utk kelahiran ketiga ni dah banyak settle.

Last 2 weeks, dah dapat set bersalin "Spa & Ma" yang saya order dari Kak Engku Bidan Bersalin. Setakat ni, dah mula guna minyak kelapa dara dari set bersalin ni, dari Week 34 untuk sapu-sapu. Next week, masuk Week 36, nak mula minum minyak kelapa dara ni..salah satu usaha untuk memudahkan bersalin nanti. Sesudu besar setiap hari sehinggalah hari nak bersalin. Moga-moga dipermudahkan. Misi kali ni, cuba untuk mengurangkan dan mengelakkan koyakan perineum.


Dah nak masuk Week 36..dah sampai bulan. Dalam mode 'standby' utk sebarang kemungkinan. Dalam kereta pun dah standby beg pakaian utk wad dan labour room. Kakak-kakak plak, hari-hari tanya bila baby nak keluar? Ummi saja jawab "20 hari lagi" semalam, sambil doa untuk bersalin awal atau sebelum tarikh due. So, kalau kakak-kakak tanya lagi hari ni, bila baby nak keluar? Ummi akan jawab "19 hari lagi". Aamiin..


Sambil-sambil tu, boleh amalkan doa ni untuk kesejahteraan baby dalam kandungan:



اللهم احْفَظ وَلَدى ما دام فى بطْني
و اشْفِه انت شافٍ لا شِفاءَ اِلاَّ شفاؤك شفاءً لا يُغادِر سَقَما
اللهم صوِّرْهُ حسَنةً و ثبِّتْ قلْبَه ايمانا بِكَ و بِرَسولِكَ.


Maksudnya: Ya Allah, Engkau peliharalah anakku selama mana dia di dalam perutku. Dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik penyembuh tiada penawar melainkan penawar-Mu. Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadiannya dan tetapkanlah hatinya supaya beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu.

Aamiin.


Tuesday, 18 October 2016

Menunggu hari kelahiran...

Sekarang, dah 35 weeks...5 weeks more to go. Semalam regular checkup, so far alhamdulillah semua ok. Cuma, disebabkan ada diabetes (on diet control), saya kena g jumpa pakar O&G kat hospital tempat nak bersalin untuk detail scan dan advise untuk further decision. Kalau ada diabetes ni, memang tak boleh overdue. Kalau dah sampai tarikh dan tak bersalin lagi, memang kena admit wad dan akan masuk ubat lah. Kalau masuk ubat pun tak bersalin jgk, ceaser la jawabnya. Tapi, memang mintak jauh sgt, taknak ceaser...!

So, doa sgt2 kali ni supaya sakit dan bersalin sebelum due on 19.11.2016.  Dan, semoga semua urusan bersalin nanti dipermudahkan.



اللهم اخرجه من بطنى يوم ولادته سهلا وتسليما

Nampaknya set biru kali ni...last minute shopping

Thursday, 6 October 2016

Kehamilan Ketiga


Kehamilan yang tidak didendang

**********

Semalam, baru berkesempatan membasuh pakaian-pakaian dan kelengkapan baby untuk kelahiran bulan November nanti. Sepanjang kehamilan kali ni, terlalu banyak perkara yang berlaku, membuatkan Ummi banyak berfikir sehingga terlupa akan baby kat dalam ni. Jarang sekali Ummi bercakap-cakap dengan baby, macam yang Ummi buat semasa kehamilan-kehamilan yang terdahulu. Banyak kali Ummi termenangis dek kerana tekanan. Semalam, Ummi termenangis bila fikirkan baby. Kehamilan ketiga ni, agak sentimental sikit sebab Ummi pun anak ketiga, lalu Ummi membayangkan yang apa yang Ummi lalui sekarang ni lah telah dilalui oleh Ma Ummi (Opah) semasa mengandungkan Ummi lebih 30 tahun lepas. Masa tu umur Opah lagi muda, sekitar 23 tahun. Ternyata Opah lagi hebat daripada Ummi. Dalam umur yang begitu muda, Opah dah ada anak 3 orang, sedangkan Ummi dapat anak pertama pun sewaktu berusia 27 tahun.

Usia kandungan dah masuk 32 minggu, tapi apa-apa persediaan pun belum dibuat lagi. Sebelum ni Ummi sibuk sangat dengan pembelajaran PhD, hingga tak sempat nak buat persiapan. Lagipun, banyak barang-barang yang dah ada, cuma tinggal nak basuh dan siapkan dalam beg je. Dah 2 minggu ni, baru Ummi lapang sikit setelah berjaya menyiapkan PhD. Bila dah lapang ni, baru fikir nak beli macam-macam untuk baby, tapi ada kekangan kewangan pula. Kontrak Ummi dengan syarikat sekarang ni akan berakhir hujung bulan 10, dan masih tak tahu adakah akan disambung atau tidak. Jadi, ada kemungkinan Ummi bersalin dan berpantang tanpa gaji. Risau lagi Ummi dibuatnya.

**********

Di awal kewujudan baby, Ummi dah struggle siapkan tesis sebab target Ummi nak submit bulan Feb. Sebab, tarikh akhir untuk submit semester ni. Kalau sempat submit, maksudnya Ummi tak perlu daftar untuk semester baru. Waktu tu, badan Ummi memang lemah dan mual-mual. Tapi, Ummi tanggung sendiri dan tahan sorang-sorang sebab tak ada siapa pun di ofis yang tahu Ummi mengandungkan baby. Baru berapa minggu kan..Ummi pun takde bising-bising.

Setelah berhempas pulas siapkan tesis, Ummi dapat berita yang menyakitkan hati di saat-saat akhir sebab tiba-tiba sahaja penyelia Ummi cakap dia tak available. Setelah berfikir itu ini, begitu dan begini, akhirnya Ummi ambil keputusan untuk membatalkan submit tesis kali ni. Ummi menangis teresak-esak sebab rasa kepenatan struggle, bertahan melawan alahan macam tak berbaloi pula. Jadi, Ummi terpaksa daftar semester baru, dan yuran terpaksa dibayar. Abah meredakan Ummi yang teresak-esak. Abah cakap tak elok untuk baby.

Sebulan selepas kekecewaan tu, Ummi langsung tak pandang tesis. Walaubagaimanapun, Ummi sibuk pula dengan program IRT yang mana Ummi jadi ahli jawatankuasa nya. Ummi seronok dengan program ni. Walaupun masih ada alahan dan lemah-lemah, Ummi bertahan. Cuma, kalau kena angkat berat-berat tu, Ummi memang minta tolong AJK lain yang buat. Masa ni, Ummi terpaksa beritahu yang Ummi mengandungkan baby pada insan-insan terdekat untuk kemaslahatan Ummi. Jadi, Ummi dapat excuse untuk tidak melakukan kerja-kerja berat dan orang sekeliling yang tahu tentang keadaan Ummi akan lebih menjaga perasaan dan emosi Ummi. Program IRT yang berlangsung di Melaka, memaksa Ummi 2 kali ke Melaka sebelum program (dengan rakan sepejabat), dan pada hari program tersebut, Ummi pandu kereta sorang-sorang ke Melaka. Alhamdulillah, segalanya okay sahaja, sebab cuma pandu kereta sahaja dan masa diambil cuma sekitar 2 jam.
 
 



Tamat program IRT bulan April, Ummi kembali siapkan tesis. Target baru Ummi, nak submit bulan Mei. Jadi, Ummi sekadar semak kembali tesis sebab semuanya dah selesai pada bulan Feb. Tinggal lagi untuk plan macam mana, bila, akan ke UTM Skudai. Setelah temujanjii dah dibuat dengan penyelia dan semua pihak yang terlibat, Ummi decide akan ke UTM Skudai sorang-sorang. Abah tak boleh temankan sebab mana lah Abah boleh cuti lama-lama. Ummi mungkin akan habiskan 3-4 hari di sana. Jadi, Ummi dah tempah hotel murah untuk Ummi menginap sorang. Jadi, Ummi drive ke UTM Skudai sorang-sorang waktu usia baby 3 bulan dalam kandungan. Mengikut nasihat kawan-kawan, Ummi pandu perlahan je (tak lebih 90km/j) dan kerap berhenti untuk hilangkan lenguh-lenguh badan. Alhamdulillah, perjalanan okay dan selamat tiba di Skudai.

Proses submit tesis, banyak peringkat nya. Ummi follow satu, satu dengan berhati-hati agar berjaya submit kali ni. Tapi, ada lah halangan juga, sebab Ummi masih belum bayar yuran semester ni. Kalau tak bayar, consider ada hutang dan Ummi tak boleh submit. Masa tu, kecewa lagi. Dahlah badan penat, lepas tu jauh berjalan naik turun bukit ulang alik ke SPS, Pejabat Bendahari, bilik penyelia dll, Ummi menangis lagi. Penat, lepas tu dah berkorban minda dan simpan kerisauan untuk travel sorang-sorang tapi misi tak berjaya. Sedih sangat. Ummi minta tolong Abah, kalau-kalau Abah boleh bantu. Alhamdulillah, Abah boleh pinjamkan duit dulu untuk Ummi bayar yuran. Dan, Abah akan cuba secepat mungkin sebab lambat ke cepat Ummi boleh proceed untuk submit tesis bergantung kepada status hutang Ummi dengan universiti. Alhamdulillah, Abah masukkan duit keesokan harinya dan Ummi selesai submit tesis seperti yang dirancang.

Pulang ke rumah dengan perasaan lega. Tapi, keesokannya kelegaan Ummi tergugat pula, sebab ada something wrong pada tesis Ummi. Ummi lupa tandatangan tesis!! Ya Allah risau takut ada masalah. Jadi, setelah difikir dan berbincang dengan Abah, Ummi ambil keputusan untuk ke Skudai lagi untuk tandatangan. Tapi, tak larat nak drive, jadi kami decide untuk Ummi naik bas sahaja. Boleh rileks, katanya. Selesai beli tiket, dan keesokannya Ummi gamble je naik bas ke JB. Tak pernah naik bas ke JB, tak tahu pun stesen tau tempat berhenti. Cuma, hasil maklumat yang diperolehi dari Google, dapatlah sikit-sikit gambaran. Waktu perjalanan ke JB, tiada masalah dan masa perjalanan pun seperti yang dijangkakan. Sesampai di JB, ambil teksi pula ke UTM. Nasib baik SPS cuma berdekatan dengan pintu masuk UTM sahaja. Urusan di SPS tu mengambil masa cuma 15 minit sahaja. Dan, sekarang kena bergerak balik KL pula. Ummi kena ambil teksi ke stesen bas berdekatan (Larkin) yang perjalanannya leboh kurang setengah jam. Sampai di sana, bergegas cari tiket bas sebab belum beli lagi tiket balik KL. Dapat tiket 5.30ptg yang membolehkan Ummi solat dulu dan makan untuk alas perut. 5.30ptg bas dah ada, dan mula bertolak perlahan-lahan masuk laluan bandar, pukul 7ptg baru mula masuk highway. Sesampai di melaka, jalan sesak. 2 ke 3 jam juga sangkut jem. Bila dah lepas jem, Ummi lega sebab macam dah nak sampai. Bukan apa, pinggang dah lenguh sangat lama duduk dalam bas. Tapi, jangkaan Ummi meleset sebab bas ni menghala ke KL, bukan Shah Alam dan Klang. Rupa-rupanya bas ni ke TBS dulu baru patah balik ke Shah Alam. Bayangkan, pukul 1 pagi baru Ummi sampai di Stesen Bas Klang. Lenguhnya badan hanya Allah yang tahu. Abah datang jemput Ummi, nasib baik dia cepat, Ummi tak perlu menunggu lagi. Kalau tak, mahu menangis Ummi dibuatnya. (Kisah selanjutnya di sini)

Tak lama selepas tu, bulan Ramadhan tiba. Ramadhan kali ni, Abah bertekad nak habiskan banyak masa di masjid. Hatta berbuka puasa pun di masjid. Ummi makan hati berulam jantung, sedih sebab buka puasa sorang-sorang. Makan pun ala kadar sahaja, lauk-lauk biasa. Kadang-kadang telur goreng dengan kicap sahaja. Bazar Ramadhan, Ummi pergi beberapa kali sahaja, tu pun sorang-sorang. Ya Allah, sunyi sepi tak berteman waktu tu. Sebulan memendam rasa...sampai hari raya. Tahun ni pula beraya di Johor. Nasib baik beraya di Johor seronok, jadi lepas seminggu beraya, kesedihan tu dah terubat dan keadaan kembali seperti biasa.

Sedar tak sedar, dah dekat 2 bulan dari tarikh submit tesis. Ummi mula follow up dan akhirnya dapat tarikh untuk viva. Kali ni, Ummi dah tak berani nak drive sorang-sorang. Masa ni kandungan dah masuk 6 bulan. Tambahan pula dengan keadaan kereta yang dah tak berapa muda, risau kalau jadi apa-apa di perjalanan. Jadi, Ummi memilih untuk berteman. Ayohteh dan Cikta temankan Ummi untuk hadir ke sesi viva di UTM Skudai. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan Ummi berjaya lulus viva dengan minor correction. (Kisah selanjutnya di sini)

Pulang dari viva, Ummi cuma ada sebulan untuk siapkan correction. Waktu ni, Ummi mula stress balik. Pada jangkaan Ummi, selepas viva dah boleh rileks, tp rupa-rupanya tak boleh. Ummi kena pastikan Ummi selesai correction dan submit dalam masa sebulan. Jadi, selepas 3 minggu balik dari Skudai, Ummi kena plan ke Skudai lagi. Ummi tak pasti berapa lama diperlukan untuk urusan kali ni. Ummi tanya kawan-kawan yang dah lepas, jadi Ummi plan seminggu untuk selesaikan final submission ni. Abah, memang tak boleh temankan Ummi. Lagipun, Abah nak simpan cuti untuk konvo Ummi nanti. Jadi, Ummi redha dan cuba cari alternatif lain. Tanya kawan-kawan yang ada masa untuk temankan Ummi ke JB, tapi semua tak dapat. Akhir sekali, Ummi dapat bantuan daripada Opah dan Aki. Opah sudi 'lepaskan' Aki untuk temankan Ummi ke JB, walaupun waktu tu minggu terakhir sebelum hari raya korban. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan bantuan Opah dan Aki. Memang tak terbalas jasa mereka untuk Ummi dan kita semua.

**********

Lalu, Ummi bersama Aki (Aki datang dari Kelantan dengan bas tau) dan Kak Maya ke UTM Skudai, Abah dan kak Dina tinggal di rumah sebab Abah kerja dan Kak Dina sekolah. Jangkaan Ummi viva lah penyudah PhD ni, tp rupa-rupanya proses submit correction lagi banyak cabaran. Mula-mula kena dapatkan kelulusan penyelia untuk correction yang dibuat, submit correction, tunggu surat untuk approve correction, print, kelulusan abstrak, tunggu surat untuk jilid, jilid. Proses-proses ni Ummi lalui...ulang alik dari SPS, bilik penyelia, bilik student untuk print, kedai jilid tesis, fakulti untuk dapatkan kelulusan abstrak, dan hotel tempat kami menginap sebab kena jaga juga kebajikan Aki dan Kak Maya. Waktu makan kena lah bagi mereka makan. Kalau Ummi sorang, bolehlah kalau Ummi nak berlapar pun. Apapun, Aki memang sangat sporting. Hari mula-mula Aki yang bawa Ummi ke situ sini. Hari kedua, Ummi bagi kereta kat Aki untuk Aki ke mana-mana untuk hilangkan bosan sementara Ummi print 7 salinan tesis. Hari-hari seterusnya, Ummi dah tak boleh nak bagi Aki guna kereta sebab Ummi perlu ke sana sini untuk urusan-urusan ni. Mula-mula bawa perut je, dekat-dekat nak submit tu, bawa perut dan bawa 7 salinan tesis ke situ sini. Allah, ada kalanya memang rasa penat sangat, tapi Ummi kena maintain semangat dan momentum untuk Ummi cuba juga submit hardbound thesis kali ni. Ummi cuma ada masa 5 hari sahaja minggu ni, dari Ahad sampai Khamis (tu pun pejabat tutup awal, 3 ptg). Kebiasaannya, berdasarkan pengalaman-pengalaman kawan-kawan proses untuk final submission ni ambil masa beberapa minggu. Ummi, cuba sedaya upaya untuk suubmit dalam masa seminggu sebab susah untuk dapat masa, peluang, teman untuk datang ke UTM Skudai lagi pada masa depan, lagipun kandungan lagi membesar, dan minggu depan dah raya haji jadi Ummi tak boleh lagi nak tunggu untuk minggu depan. Alhamdulillah juga, petugas di SPS tu, Encik Suhaimi sangat membantu. Dari hari pertama hingga submit, separuh tenaga dan semangat Ummi datang dari Encik Suhaimi ni. Dia monitor perkembangan dan progress akak, dan cuba bantu untuk Ummi mempercepatkan proses dan submit palong lambat hari Khamis. Kalaupun ada masalah dan kalau terlambat sikit, Encik Suhaimi sanggup tunggu walaupun pejabat dah tutup. Alhamdulillah. Cuma, dalam pada tu, ada lah keadaan yang Ummi stress sebab di luar kawalan Ummi. Waktu Ummi nak ambil borang dari penyelia, dia tak ada di pejabat pula, terpaksa tunggu beberapa jam. Lepas tu, petugas di pejabat fakulti yang dah janji akan selesaikan kelulusan abstrak untuk Ummi, tiba-tiba emergency leave pula hari berikutnya. Ummi terpaksa buat muka kesian dengan petugas ganti untuk dia tolong selesaikan urusan tu untuk Ummi. Akhirnya, atas doa dan sokongan daripada semua orang, Ummi berjaya submit hardbound thesis ke SPS sebelum pukul 3.30 ptg hari Khamis, 8 September 2016. Masa dah siap jilid 7 salinan tesis, rasa lega. Aki pun nampak bersemangat. Aki temankan Ummi naik ke SPS untuk final submission tu. Submit 3 salinan sahaja, lain-lain salinan untuk ummi sendiri, untuk penyelia 2 orang dan untuk penaja, MyBrain15. Alhamdulillah....walaupun penat. Berbaloi sebab misi kali ni berjaya, walaupun dekat-dekat nak submit tu Ummi terfobia sikit takut-takut ada yang tertinggal signature macam yang berlaku semasa submit bulan Mei yang lepas. Petang tu juga, Ummi bersama Aki dan Kak Maya bergerak pulang ke KL.



 
  


**********

Sehari je rehat selepas pulang dari Skudai. Esoknya, kami sekeluarga bertolak balik Kelantan pula sebab nak raya haji. Aki dan Ayohteh ikut skali. Pada mulanya, Abah tak nak ikut, tapi selepas mengambil kira yang Ummi nak tangguh konvo ke tahun depan, akhirnya Abah mohon cuti dan ikut kami juga balik Kelantan. Kereta penuh kali ni, jalan pula jem. Perjalanan balik ke Kelantan mengambil masa 17 jam. Lenguhnya duduk lama dalam kereta tapi bersabar ajelah. Cuma kali ni Ummi tak perlu drive sebab Abah, Aki dan Ayohteh (Ayohteh dah dapat lesen memandu ;))  yang gilir-gilir drive. Kali ni, Ummi tak ada sangat perasaan untuk beraya, cuma untuk release kan tension ... yahoo, dh merdeka! .. jumpa Opah dan adik-beradik Ummi yang lain dan rehat. Last balik Kelantan sebelum bulan Ramadhan lepas.
 
 
 

Cuti dah habis, akhirnya sampai masa kami semua kembali ke KL. Ayohteh pun ikut sekali untuk sambung kelas di Shah Alam. Timing kali ni ok, sebab jalan tak jem. Cuma sikit (3 jam sahaja) di Gua Musang sebab ada kemalangan. Selebihnya lancar. Sehinggalah kami sampai di Lebuhraya Karak. Waktu tu lebih kurang jam 3 pg. Tiba-tiba ada bunyi kat engine kereta dan kereta cuma oleh gerak perlahan. Masa tu, Abah yang drive. Abah cuba bawa perlahan-lahan hingga sampai di Hentian Genting Sempah. Sempat isi petrol, ke tandas dan lain-lain. Abahh dan Ayohteh cuba cek keadaan kereta, Abah kata boleh lagi ni. So, kami teruskan perjalanan tapi tak sampai 15 minit, keadaan kereta makin perlahan dan tekan pedal minyak pun kereta dah tak boleh bergerak. Gear dah jem! Masa tu, Ayohteh yang drive. Ayohteh bawa kereta perlahan-lahan ke bahu jalan dan berhenti. Lampu kecemasan dihidupkan, dan kami semua ter'mati kutu' sekejap. Pukul 3 pagi di Lebuhraya Karak...agak menakutkan juga. Bukan takutkan hantu ke apa, tapi Abah risaukan keselamatan kami semua, sebab dalam keadaan macam ni lah akan ada samseng-samseng jalanan yang 'cari makan'.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kami ialah hubungi peronda lebuhraya. Alhamdulillah ada kemudahan internet, dapat cari nombor telefon peronda. Baru saja nak hubungi, peronda dah sampai. Kebetulan waktu tu mereka melalui kawasan tu dan ternampak kereta kami. Pihak lebuhraya ada sediakan khidmat towing, dan mereka minta kami tunggu tow truck lebuhraya, yang akan bawa kami ke bengkel terdekat. Peronda tu pun beredar. Dalam masa menunggu tu, kami cari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah. Abah cadangkan Ummi hubungi pihak insurans kereta. Dan, selepas dihubungi alhamdulillah khidmat towing di cover oleh insurans, cuma perlu tambah RM60 sebab lebih milage. Jadi, kami tunggu kedua-dua tow truck...dalam pada tu lah, ada yang nak buang air kecil. Terpaksalah buang air kat tepi lebuhraya tu. Dan, seperti yang Abah risaukan, ada 2 motosikal yang datang dari arah belakang kereta kami, seolah-olah sebuah motosikal tu rosak. Tapi, bila dah sampai ke depan, kedua-duanya patah balik ke arah kami dengan laju sambil mata mereka memerhati ke dalam kereta kami. Masa tu memang takut sangat, ternyata mereka nak 'usha line'. Ummi rasa syukur sangat sebab Abah ada sekali, kalau tak tak tahulah macam mana. Abah, pastikan kereta berkunci dan saja tunjuk muka bengis masa mereka 'usha line' tu.

Sedar tak sedar, dekat 3 jam juga kami menuggu dan seperti yang dijangkakan, tow truck lebuhraya tak sampai-sampai. Jadi, kami minta tow truck insurans untuk ambil kami di sini, dan bawa ke bengkel berdekatan rumah. Abah dan Ayohteh naik bersama dengan driver tow truck, Ummi dan anak-anak pula terpaksa duduk dalam kereta yang sudahpun selamat ditarik ke atas tow truck. Walaupun salah di sisi undang-undang tapi nak  buat macam mana, dah tak muat. Ummi dan anak-anak kena menyorok-nyorok la kalau ada polis. Masa kat dalam tu, kereta bergoyang dan terhentak-hentak. Ummi bertahan je sambil pegang perut, doa tak putus-putus agar tak ada perkara buruk yang berlaku. Kak Dina dan Kak Maya, alhamdulillah tak buat perangai dan tidur sepanjang di atas tow truck. Dari Genting Sempah ke bengkel, lebih kurang 1 jam juga perjalanan. Alhamdulillah, menjelang Syuruk kami tiba di rumah. Kereta tinggalkan dulu di bengkel.
 


Hari ni Ahad, rehat. Dan, kereta Ummi di bengkel. Ya, gearbox problem. Ribuan juga lah habis duit. Padanlah dengan umur kereta Ummi dah 8 tahun. Mungkin Selasa baru siap repair. Jadi, Ummi tak boleh masuk pejabat lagi. Secara jujurnya, bertambahlah kerisauan Ummi untuk drive sorang-sorang. Nasib baiknya, urusan PhD dah selesai. Jadi, tak ada lagi nak travel jauh sorang-sorang.

Akhirnya, Ummi masuk pejabat setelah hampir 3 minggu tak masuk. Ummi dah inform pihak-pihak tertentu tentang Ummi tamat dah PhD dan mohon perhatian mereka untuk status employment Ummi. Kalau ikutkan perjanjian sekarang, Ummi tamat kontrak di sini sehingga akhir Oktober. Jadi, cabaran dah tamat PhD ni adalah untuk mendapat pekerjaan pula. Dalam pada menunggu jawapan syarikat ni, Ummi cuba juga intai-intai peluang. In sya Allah, rezeki Allah yang bagi. Yang penting kita usaha, kata Abah.

**********

Masa dah agak lapang sikit sekarang, baru lah Ummi sempat buat persiapan bersalin. Alhamdulillah, beg bersalin dah ready, set bersalin pun dah order, dan seluar bersalin dah ada. Kandungan pun dah masuk 8 bulan, Ummi kena bertahan lagi sebulan lebih menantikan kelahiran baby, yang masih tak tahu jantina nya. Kalau ikutkan Abah, memang dia inginkan baby lelaki, nak bawa teman ke masjid katanya. Tapi, kalau dapat perempuan pun alhamdulillah. Baby, kalau doktor scan tu, janganlah nak menyorok pulak ya..


 **********

2 minggu lepas repair gearbox, kereta Ummi buat hal lagi. Kali ni waktu Ummi on the way ke pejabat, sorang-sorang. Masa nak susur keluar tol, tina-tiba ada bunyi kat bawah kereta. Ummi jangkakan tayar pancit. Kereta masih boleh bergerak, jadi Ummi drive perlahan-lahan ke tol dan kebetulan selepas tol tu, ada pusat khidmat pelanggan. Ummi masuk ke situ dan park. Masalahnya, telefon Ummi kehabisan tempoh kredit, jadi Ummi tak boleh nak hubungi sesiapa untuk minta bantuan. Ummi cuba bertenang dan dapat idea untuk minta bantuan dari pejabat khidmat pelanggan tu. Petugas kaunter bantu Ummi dengan menghubungi peronda lebuhraya. Tak sampai 10 minit, mereka sampai dan tolong Ummi periksa apa yang tak kena dengan kereta Ummi sebab tayar tak pancit pun. Rupa-rupanya, break pump bocor dan memang tak selamat untuk drive. Jadi, mereka cadangkan Ummi panggil towing. Tapi, Ummi sekarang tak boleh hubungi sesiapa, buat muka kesian minta pinjam telefon mereka untuk buat panggilan. Mula-mula Ummi hubungi Abah tapi tak berjawab. Kemudian Ummi hubungi rakan sepejabat untuk tolong ambil Ummi dulu ke pejabat, sementara Ummi fikir apa yang perlu dibuat seterusnya. Sesampai di pejabat, Ummi tambah kredit dan barulah boleh hubungi Abah. Abah minta Ummi hubungi khidmat towing insurans macam hari tu. Alhamdulillah towing tak perlu bayar sebab masih dalam milage yang di cover. Jadi, Ummi tunggu tow truck di sini, dan bila sampai di bengkel, Abah yang akan uruskan. Kebetulan hari ni Abah MC. Jadi, separuh hari ni dah habis uruskan kereta. Tapi Ummi masih di pejabat dan petang Abah datang jemput Ummi. Alhamdulillah, repair kereta sekejap saja dan tak mahal sangat. Cuma, kerisauan Ummi makin bertambah untuk drive, lebih-lebih lagi setiap hari ulang alik ke pejabat mengharungi jem. Semoga semuanya selamat.

Ada rakan sepejabat yang nasihatkan untuk tukar kereta baru. Bukan taknak, tapi masa dan keadaan masih belum mengizinkan buat masa sekarang.

**********

Sebagai penutupnya, semalam Ummi baru dapat semak nama Ummi untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-57 UTM pada 22 Oktober nanti. mestilah happy sebab akhirnya Ummi dah lulus senat dan bergraduasi. Tapi, kemungkinan besar, kalau diluluskan, Ummi terpaksa menanggguhkan konvokesyen ni sebab waktu tu nanti kandungan dah masuk 36 minggu. Rasanya tak larat dah nak travel ke UTM Skudai lagi buat masa sekarang. Lagipun, famili dari Kelantan mungkin ada yang nak ikut dan masa agak suntuk untuk merancang. Jadi, kalau lulus permohonan penangguhan konvokesyen Ummi, Ummi akan menghadiri Istiadat Konvokesyen ke -58 bulan April akan datang, dengan baby sekali. Kalau tak lulus, Ummi gagahkan juga ke UTM Skudai bawa perut.


**********

Apa-apa pun, perancangan Allah lah yang terbaik. Kita usaha setakat yang termampu. Setiap apa percaturan hidup ni, doa banyak-banyak semoga Allah jadikan kita di kalangan orang-orang yang sabar dan bersyukur.

Aamiin ya Robbal 'aalamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...